CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57535|Reply: 593

[Tempatan] EDISI CASH:Tahu suami kahwin lagi selepas kemalangan maut

[Copy link]
Post time 18-6-2015 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KOTA TINGGI - [DIKEMASKINI] Seorang isteri terkejut apabila mendapati wanita yang maut dalam kemalangan yang turut meragut nyawa suami dan ibu mertuanya semalam adalah isteri kedua suaminya, dipercayai baru bernikah beberapa hari lalu.

Abdullah Suhaime Abd Rahman, 30, yang bekerja sebagai pembantu juru X-Ray di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan Rohayu Abas, 29, serta ibu Abdullah Suhaime, Rokiah Abu Bakar, 52, maut di tempat kejadian selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 42.2 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran stesen minyak di Batu 1 Jalan Mawai kira-kira jam 5 pagi.

Kemalangan berlaku apabila kereta Ford Fiesta dipandu Rohayu yang merupakan jururawat di HSA, bertembung dengan sebuah lori pasir.

Pemandu lori cedera di mata dan dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Isteri pertama mangsa, Farah Fadila Faizal, 27, berkata, dia mendapat tahu kejadian menimpa suaminya daripada rakan melalui aplikasi WhatsApps sebelum dimaklumkan anggota polis.

Dia yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga dan hamil empat bulan, terkejut menerima berita buruk itu.

“Ahad lalu, suami ada beritahu saya dia hendak pergi kursus beberapa hari.

"Saya ada mengirim pesanan ringkas melalui telefon ketika dia sedang berkursus mengadu kaki saya sakit, tapi suami tak balas.

“Saya tak tahu ibu mertua dan wanita itu bersamanya sehingga terima berita tentang kemalangan ini,” katanya.

Sementara itu, adik Abdullah Suhaime, Maizatul, 25, berkata, dia mendapat tahu tentang kejadian tersebut kira-kira jam 7 pagi daripada ibu saudaranya sebelum bergegas ke HKT bersama ayahnya, Abd Rahman Ali, 58.

Katanya, dia mengetahui ibu, abang dan kakak iparnya maut sebaik tiba di balai polis.

“Rohayu merupakan isteri kedua abang dan mereka baru melangsungkan pernikahan di Terengganu. Mereka ke Terengganu tiga hari lalu.

“Saya dan abang hanya dua beradik. Selepas abang tidak tinggal bersama, saya jarang berbual dengannya. Malah akhir-akhir ini, dia (nampak seperti) tidak seceria selalu,” katanya ditemui di unit forensik HKT, semalam.

Jenazah dibawa untuk dikebumikan di kampung neneknya dekat Kampung Kuala Sentul, Maran, Pahang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, nahas dipercayai berlaku apabila Ford Fiesta dinaiki ketiga-tiga mangsa dari arah Mersing menghala ke Johor Bahru, bertembung dengan lori yang datang dari arah Johor Bahru.

“Hasil siasatan mendapati tempat kejadian merupakan jalan lurus, jalan berkembar dua hala serta mempunyai garisan berkembar sebagai pembahagi jalan,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2015 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
dah meninggal..takleg tau citer di pihak sana
tapi mak mertua pon subahat sekali
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 11:30 AM | Show all posts
kasihannya.. kasihan kt isteri pertama, ditinggalkan tanpa penjelaskan oleh suami.. Isteri pulak mengandung 4 bulan... Moga tabah mengharungi dugaan hidup..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 11:31 AM | Show all posts
Tuhan nk tunjuk camne nk sorok sekalipun, ianya akan terbongkar jua...

sbb bila baca cite ni mengingatkan ai pada cerita kawan ai...  
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 11:32 AM | Show all posts
hmm..takziah..bertabah la kak..

ni mcm citer yg ade cheta,zamarul hisyam & fiza tu. zamarul kwin dgn cheta diam2.diorang eksiden,baru fiza dpt tau yg diorang tu dh menikah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 11:32 AM | Show all posts
masalah ialah kenapa mesti menipu.. kalau tak menipu, masakan isteri pertama tak tahu menahu..

suami tu tak fikir ker kalau dia mati dulu dari bini-bini ni tiba2
bini 1 dapat tahu ada bini 2 yg perlu dibahagi semuanya..
silap2 hutang pun kene tanggung..

kalau tak buat tu, tanggung dosa sampai akhirat..
ni la contoh laki yang fikir diri sendiri jer..

yang lebih sadis, mertua yang meninggal sama pun macam subahat..
kes tak suka menantu kah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2015 11:33 AM | Show all posts
bini no. 1 lagi muda dari binik baru tu... muda belia lg... motip kawen sesenyap? yg maknyer pun subahat sekali..

apepun.. innalillah pd semua mangsa.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 11:33 AM | Show all posts
Family mentua semua tau si suami tu kawen len kecuali si isteri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2015 11:33 AM | Show all posts
kesiannya....baru dua tahun kawen, pregnant 4 bulan, suami dah kawen lain...
Adakah bukan menantu pilihan???



Innalillahiwainnailaihirojiun.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 11:34 AM | Show all posts
cash tu sama tak ngan selayaknya?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Agknya bini pertama bkn menantu pilihan.
Mendpt cash ke ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Bini tua lg muda dr bini baru.. Kawin baru 2thn.. Kes mak mertua tak suka menantu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 11:35 AM | Show all posts
kesiannyaa...
apa perasaan nya yer nk sedih ker nak apa..
rasanya lg rasa sedih rasa tertipu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 11:35 AM | Show all posts
kesiannyaa...
apa perasaan nya yer nk sedih ker nak apa..
rasanya lg rasa sedih rasa tertipu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 11:37 AM | Show all posts
ok. till jannah ye...

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 11:38 AM | Show all posts
kesian dah la bini tgh mengandung 4 bulan.....pas ni nak mengadu sakit kaki kat sapa la..

mertua pun sama subahat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2015 11:38 AM | Show all posts
al fatihah....semoga jd pengajaran pd kite semua
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 11:38 AM | Show all posts
Ee...nasib dah mati..kalau x, buat sakit hati jah ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 11:38 AM | Show all posts
bersimpati kepada arwah dan kuarga...
tp lebih simpati kepada isteri yg diduakan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 11:39 AM | Show all posts
akhirnya tiga-tiga pun 'mendapat'..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.097640 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list