CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3168|Reply: 2

[Trending] Kuih raya dari China??

[Copy link]
Post time 18-6-2015 03:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by seramado at 18-6-2015 03:09 PM

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menyiasat di bawah Akta Perihal Dagangan sekiranya pengguna membuat aduan mengenai keraguan mereka terhadap kuih raya yang dilapor diimport dari China.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, sekiranya kuih itu didakwa sebagai halal tetapi sebenarnya ia tidak halal, maka ia adalah menyalahi akta berkenaan.

"Namun sekiranya logo halalnya mengelirukan, ia perlu dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menentukan sama ada produk itu halal atau sebaliknya," katanya.

"Saya alu-alukan aduan daripada pengguna sekiranya terdapat produk yang diragui dan KPDNKK akan menyiasat atau menghubungi Jakim untuk membantu. Tetapi secara rasmi saya tidak menerima apa-apa laporan (berhubung kuih raya dari China)," katanya.

Alias yang ditemui selepas menghadiri Majlis Perundingan Tahunan KPDNKK bersama Sektor Koperasi di sini hari ini, diminta mengulas laporan mengenai kuih dan biskut raya yang dikatakan diimport dari China dan dijual pada harga rendah.

Biskut dan kuih raya itu dijual serendah RM9 hingga RM12 bagi bekas seberat 200 gram hingga 400 gram mengikut jenisnya. - Bernama


]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2015 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
ada letak lemak babi ganti marjerin eh. baik ambil tindakan jakim
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 10:47 AM | Show all posts
MAKANAN DARI CHINA NI DAH LAMA KOT??? BUAH JERUK DARI CHINA DAH LAMA ADA MASA AKU KECIK DULU...HALAL KE TIDAK? MAKANAN ASAL DARI CHINA NI MEMANG MERAGUKAN...KENA SIASAT NI..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

    24-4-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.197176 second(s), 33 queries .

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list