CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15845|Reply: 101

'Pelik pulak ana tak boleh selfie lps beribadah' - Johan As’ari

[Copy link]
Post time 24-6-2015 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Johan As’ari Pelik Selfie Lepas Solat Terawih Boleh Hapus Semua Pahala


Kelmarin Pengerusi Majlis Agama Negeri Johor (MAINJ) Datuk Nooh Gandut mengeluarkan statement bahawa ambil gambar atau orang kita panggil ‘selfie’ selepas terawih dengan niat riak atau ingin menunjuk-nunjuk boleh menghapuskan pahala ibadah.

Itu lah, kalau kita tengok kat Instagram ramai selebriti ramai selebriti memuat naik gambar selfie di masjid.. Bukan selebriti je, member-member kita pun ramai yang selfie dengan letak kapsyen “Done Terawih for today..”. Eleh

Bagaimanapun, Johan As’ari yang kini mendalami ilmu agama di India beri respon tentang isu tu.


“Pelik pulak ana bila tak boleh selfie..”


Pelik Pulak ana bila tak boleh selfie selepas beribadah kata seorang alim d Malaysia..hurm.. di sini yang ana post tu rata-rata mereka yang ajak selfie.. mungkin dia beri nasihat takut timbul riak atau dia belum faham apa itu hablumminannas… tak apa lah.. kita husnuzon… oh, btw this is Siraj my pal from New Zealand. keep smiling brothers and sisters. . .perkara riak ALLAH s.w.t. boleh maafkan lagi, jangan sombong sudah… setuju?
Setuju ke tak setuju ku tak Kesah, kerja keras akhirnya bebas gempak !pak pak pak pak pak !!! Hihihii.. terima kasih @kakaazraff and @marinajuki sudi belanja baju #bukanHALaku ni. Tqsm. :-)
#johanarrif
#niatbelajar

Takpe lah, janji kita tau niat masing-masing kan? Bak kata Johan, “Kita husnuzon..”.. Bersangka baik lah kita di bulan Ramadhan ni ye. Jangan nak pergi masjid solat terawih semata-mata nak selfie sudah lah ye? Tu baru betul boleh hapuskan pahala ibadah. Hurmm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2015 12:41 PM | Show all posts

KUALA LUMPUR – Bayangkan senario ini. Anda sedang menunggu, atau baharu selesai mengerjakan solat sunat tarawih. Anda keluarkan telefon bimbit dan mengambil gambar sendiri ‘selfie’… atau mungkin juga ‘wefie’.

Gambar tersebut kemudian anda muat naik pula menerusi laman media sosial milik anda seperti Facebook atau Instagram – yang jelas menunjukkan anda masih lagi lengkap bertelekung, atau bersongkok.

Seorang pendakwah terkenal di negara kita dan bekas mufti kerajaan negeri Johor berpendapat, perbuatan tersebut mungkin tidak elok dan dibimbangi boleh menghapuskan pahala puasa anda sendiri.

Datuk Nooh Gadut berkata, perbuatan ‘selfie’ selepas menunaikan solat atau tarawih di masjid dan menyiarkannya di media sosial dengan niat riak dan mahu menunjuk-nunjuk, boleh menghapuskan pahala ibadah.

Pengerusi Majlis Agama Negeri Johor itu menambah, penerangan itu sudah jelas di dalam doa Iftitah yang dibaca setiap kali solat, sambil menambah, fokus ibadah ialah khusyuk dalam solat dan fokus semasa bersembahyang.

“Semasa beribadah ini, kita sewajarnya perlu meninggalkan seketika alam dunia dan bukan menunjukkan kita sudah beribadah untuk dihebohkan pula kepada seluruh dunia!

“Apa tujuan kita ke masjid? Apakah kita hendak memberitahu mahu bergambar ‘selfie’? Di situ keikhlasan beribadat sudah tidak ada,” ujar Nooh yang dipetik laman stesen berita Astro Awani.

Beliau turut menambah bahawa merakamkan ‘selfie’ selepas menunaikan beribadah turut dikhuatiri boleh membatalkan perasaan khusyuk dan keikhlasan sepanjang bulan Ramadan.

“Riak takabur menghapuskan pahala ibadah. Kita tanya diri sendiri nak solat ke atau selfie? Malu apabila dunia lihat sikap orang Islam yang berselfie dan menunjuk di laman sosial,” katanya. – Agensi/Mynewshub/HAA

Nota: Rakaman siaran Forum Perdana Ehwal Islam di TV1 menceritakan mengenai perihal selfie bersama panel antaranya Datuk Ustaz Kazim Elias.


Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tgok ketuk ketuk ramdhan johan ni, mmg de ni jenis mulut manis ekk
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 12:47 PM | Show all posts
johan vs mufti....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 12:48 PM | Show all posts
kan noh gadut ada mention tu ..
jika dengan niat menunjuk-nunjuk ..
kalua niat nak share je xde lah nak sentap sangat kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 12:54 PM | Show all posts
Datuk Nooh Gadut berkata, perbuatan ‘selfie’ selepas menunaikan solat atau tarawih di masjid dan menyiarkannya di media sosial dengan niat riak dan mahu menunjuk-nunjuk, boleh menghapuskan pahala ibadah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2015 12:55 PM | Show all posts
Kan dia dah cakap..kalau tujuan untuk menunjuk2 tu..hi..hi...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 01:00 PM | Show all posts
johan dan propa + cubaan up kan diri berpisah tiada.

dah #niatbelajar tu belajar baik2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2015 01:04 PM | Show all posts
atas niat memasing...
dosa pahala ni ALLAH pya kje...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 01:11 PM | Show all posts
xyah nak pelik sgt la...haihh ntahla aku tatau nape aku tak suka kat ko johan oii
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 01:19 PM | Show all posts
caprut replied at 24-6-2015 12:44 PM
Aku tgok ketuk ketuk ramdhan johan ni, mmg de ni jenis mulut manis ekk

mulut manis cemana tu? cer citer skit

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 01:23 PM | Show all posts
selfie , wefie ni selepas solat bagi i, terpulang pada niat masing2.

ada yang melihatnya meluat, sebabnya nampak menunjuk2.

ada pulak yang melihatnya rasa tersentuh hati; terbukak hati pulak nak buat sama.


terpulang...

dosa pahala tuhan yang tentukan....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 01:24 PM | Show all posts
yg ente sentap apahallllllll johann ?????
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 01:28 PM | Show all posts
gamba jemaah kat mekah tu nampak muka diorg happy sgt....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sangka baik je di bulan remdan ni
suke atilah korang nk selfie lepas solat ka lepas junub ka
itu lebih baik drpd korang selfie sambil mkn di siang hari ka
janji tak kacau idup org lain sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 01:32 PM | Show all posts
Edited by fzmm at 24-6-2015 01:54 PM

ni ana felik sikit lah..baru pegi belajar agama dah ade hati nk komen pendapat ulamak pulak...haishhhhh...husnuzon jgn x husnuzon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2015 01:47 PM | Show all posts
entah lah....

yang saya rasa....ish...ape la g tarawih pon nak bg tau....

hahah...mmg kureng gemar tengok orang uplod2 gamba g tarawih
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 02:32 PM | Show all posts
ape la isu nya.. dh terang bersuluh lagi dia kata 'niat' kan.. kalu xde niat nk riak2 takbur wat amal ibdat, ape kesah?

yg kesah yg sentap tu sb niat terpesong gamaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 02:32 PM | Show all posts
tak habis2 si johan nie...
motip nak selfie? nak bgtau satu dunia ko dah solat? bukan menunjuk2 ke tuh? kan ada unsur riak?

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 02:33 PM | Show all posts
pi masjid pun nak bawa hp...
cer simpan hp tu sekejap...
x matinya tinggal sekejap...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.293253 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list