CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1343|Reply: 0

DAP Menghina PAS, Lantik Nizar Jadi Ketua Pembangkang Perak

[Copy link]
Post time 25-6-2015 03:30 PM | Show all posts |Read mode
                                                                 
                                                       
Pemuda PAS Perak membantah pengumuman DAP bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan dikekalkan sebagai sebagai Ketua Pembangkang Perak.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur, Salman Saleh berkata, walaupun DAP mempunyai 18 kerusi DUN Perak manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS masing-masing lima kerusi tetapi DAP masih perlu menghormati pendirian PAS dalam soal tersebut.
“Dalam keadaan sekarang ini juga kedudukan Mohammad Nizar bukan lagi memegang jawatan utama di dalam PAS perlu diambil kira oleh DAP.
“DAP perlu menghormati pendirian PAS dalam perkara ini dan dengan mengekalkan Mohammad Nizar bukan jalan terbaik mengukuhkan keadaan hubungan antara PAS dan DAP,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming beberapa hari lalu menegaskan bekas Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar akan kekal sebagai Ketua Pembangkang Perak walaupun kerjasama antara kedua-dua parti itu sudah berakhir.
Mohammad Nizar yang merupakan pemimpin PAS pro-Pakatan Rakyat digulingkan daripada jawatannya dalam parti oleh ahli PAS dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.
Beliau gagal mengekalkan jawatannya dalam Jawatankuasa PAS Pusat malah disingkirkan dari jawatan Ketua Cawangan PAS Kampar yang disandangnya sejak 14 tahun lalu dan digantikan dengan seorang guru agama.
Salman dalam pada itu mencadangkan supaya Badan Perhubungan PAS Negeri Perak menyerahkan kembali jawatan Ketua Pembangkang negeri itu kepada DAP untuk memberi tekanan kepada parti itu.
“Jika DAP masih mahu kerusi Ketua Pembangkang DUN ini kekal kepada PAS, biar PAS tentukan siapakah yang paling layak mendudukinya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.081063 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list