CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3082|Reply: 3

KETAHUI 6 KEBAIKAN MINUM LEMON & AIR PANAS SETIAP PAGI

[Copy link]
Post time 26-6-2015 09:48 PM | Show all posts |Read mode
RAHSIA KECANTIKAN MIRANDA KERR,SCHA ALYAHYA DAN FAZURA


1. Menyokong dan meningkatkan sistem imunisasi
Lemon tinggi dengan kandungan Vitamin C dan kalium. Kandungan Vitamin C yang tinggi  berguna untuk melawan selesema .Kalium pula merangsang otak , fungsi saraf dan membantu mengawal tekanan darah.
2. Mengimbangkan pH badan
Percaya atau tidak, lemon adalah makanan yang amat beralkali. Ya, mereka adalah berasid dengan sifat yang tersendiri, tetapi di dalam badan kita ianya bersifat alkali (asid sitrik tidak mewujudkan keasidan dalam badan apabila dimetabolismekan). Seperti yang anda Untuk pengetahuan anda, pHbadan yang beralkali merupakan kunci kepada kesihatan yang baik.
3. Memperbaiki kulit
Lemon bertindak dengan cemerlang dalam melawan penuaan kulit.  Ciri-ciri antioksidan membantu memerangi kerosakan radikal bebas, yang bertanggungjawab untuk gejala penuaan. Kandungan Vitamin C nya juga mewujudkan sintesis kolagen yang boleh mencegah kedutan. Vitamin C diperlukan dalam sintesis asid amino ke dalam kolagen dan tugas kolagen dan tisu penghubung adalah untuk menganjalkandan  melindungi tisu kulit kita.
4. Mengurangkan berat badan
Lemon mengandungi pektin, serat larut yang biasa ditemui dalam buah-buahan sitrus. Pektin membantu menghindari kelaparan manakala serat mewujudkan rasa kenyang, dan menyebabkan anda kurang berasa lapar. Dengan rasa kenyang yang lebih lama, anda akan membuat pemilihan makanan yang lebih bijak dan kurang selera untuk memakan makanan ringan.
5. Penghidratan
Lemon juga akan membantu anda kekal terhidrat sepanjang hari, terutamanya jika anda kurang minum air. Ini kerana lemon akan meningkatkan penghasilan air dalam badan.
6. Menyingkirkan toksin
Minuman ini juga akan membantu menyingkirkan toksin daripada buah pinggang dan hati anda selain merangsang sistem pencernaan anda. Ia juga boleh meningkatkan keupayaan tubuh anda untuk menyerap nutrien.
wanista




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2015 05:01 PM | Show all posts
ada setengah tu tambah madu satu sudu........
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 10:47 AM | Show all posts
ada terbaca kat facebook aritu....kombinasi lemon ngan madu tak berapa bagus...tp cari2 balik tak jumpa kat wall....ada saper2 terbaca tak....kongsi info please...risau gak sbb dah amalkan selalu minum lemon panas ngan campuran madu ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
izinkan saya berkongsi info, lemon ada psolaren, so kalau nak guna atau minum lemon kena pada waktu malam sahaja

sebab waktu siang ia akan menambah sensitiviti kulit pada uv rays.. yg boleh menambah kerosakan kulit.. kalau guna waktu malam takpe sebab psolaren akan terurai dlm badan dlm masa 8 jam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.062892 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list