CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2043|Reply: 2

5 CARA MUDAH TURUNKAN BERAT BADAN DI TEMPAT KERJA

[Copy link]
Post time 26-6-2015 09:50 PM | Show all posts |Read mode


Tempat kerja sebenarnyaa juga boleh menjadi tempat yang menggalakkan pertambahan berat badan seseorang. Mana tidaknya, dengan rakan sekerja yang suka makan dan tempat kerja yang mempunyai akses mudah ke pelbagai kedai makan membuatkan anda jadi lupa diri sehingga makan secara berlebihan dan mengakibatkan penambahan berat badan.
Tetapi jangan risau, ada cara untuk anda menurunkan berat badan di tempat kerja. Berikut adalah senarainya:
1) Hentikan makan dengan keterlaluan di meja kerja
Sekiranya anda ingin mengelakkan masalah kegemukan, jauhi daripada makan dengan kadar yang banyak di tempat kerja. Sibuk bekerja sambil mengunyah makanan akan melekakan anda dan tanpa anda sedari, anda telah mengambil jumlah makanan melebihi daripada yang sepatutnya.
2) Jangan simpan makanan tidak berkhasiat di meja kerja
Pastikan anda tidak menyimpan makanan ringan yang tidak berkhasiat di meja kerja bagi mengelakkan makan keterlaluan. Apabila anda sibuk melakukakan kerja sambil makan makanan ringan, ia akan meningkatkan risiko pertambahan berat badan. Sebaliknya, lebihkan makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran ataupun makanan berprotein tinggi semasa makan tengahari.
3) Gantikan minuman manis ataupun kopi dengan air kosong
Hindari minuman manis, bersoda mahupun kopi semasa anda bekerja. Sebaliknya, gantikan dengan meminum banyak air kosong yang sangat baik untuk kesihatan dan dapat menurunkan berat badan anda.
4) Bawa bekal makanan dari rumah
Makanan yang dibawa dari rumah disediakan dengan baik dan bernutrisi seimbang. Jadi, ia lebih baik daripada anda membeli makanan dari luar yang anda tidak tahu bagaimana ia dimasak. Makanan yang telah disiapkan dari rumah lebih terjamin kebersihannya, kualitinya dan yang paling penting ia sihat dan  dapat membantu anda menurunkan berat badan.
5) Pastikan anda bergerak semasa bekerja
Antara cara lain untuk menurunkan berat badan di tempat kerja adalah dengan melakukan pergerakan saat bekerja, seperti sesekali berjalan atau beranjak dari meja kerja anda. Hindari daripada hanya duduk sepanjang masa di kerusi kerja. Selain tidak baik untuk kesihatan, tidak bergerak dari meja kerja akan mendorong peningkatan berat badan.
wanista

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2015 02:38 AM | Show all posts
Di banyak company di US, depa tak beri kerusi to those who work on the computers
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2015 08:56 PM | Show all posts
Keja aku memg mngadap komputer jah..tp kalau ada event n asigment mcm org gila tu, kurangla skit duduknya..downtime period jah byk temenung dpn pc ...buat2 sibuk ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.124514 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list