CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20136|Reply: 311

[Tempatan] Rambut Bukan Aurat: Sisters In Islam Dibidas

[Copy link]
Post time 27-6-2015 07:25 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA: Sisters In Islam (SIS) dibidas kerana memberi pandangan bahawa rambut bukan sebahagian daripada aurat wanita.


Pegawai Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Muhammad Firdaus Zalani berkata, perjuangan SIS bahawa rambut wanita bukan aurat bukanlah perjuangan demi mendapat kebenaran syariat Islam yang sebenar.

Sebaliknya, ia hanya perjuangan bertunjangkan kepada hawa nafsu samata-mata yang dihiasi kononnya dengan hujah akademik dan syarak.

“Kalaulah benar mereka pendokong al-Quran seperti yang ditunjukkan dalam kes ini, maka dalam kes hudud merekalah yang sepatutnya paling hadapan menyokongnya kerana kesemua hukuman hudud disebut jelas lagi terang di dalam Al-Quran.

“Kalaulah mereka benar ingin memenuhi seruan al-Quran, tidak mungkin mereka akan pertikai hak pewarisan isteri,anak perempuan yang selama ini dilaungkan kerana al-Quran menyebut dalam masalah ini jelas satu persatu. Kita kenal siapa mereka dan apa mereka perjuangkan walaupun mulut mereka cuba berkata sebaliknya,” katanya seperti yang disiarkan di laman web muis.org.my.

Muhammad Firdaus berkata, hujah SIS kononnya mereka berpandukan kepada hujah Syiekh Albani dan Syiekh Thariq Iwadullah adalah tindakan yang langsung tidak jujur dalam mencedok pandangan ulama.

Ini kerana, katanya, kedua-dua ulama itu membincangkan hadis tersebut pada perspektif perkara yang memang sedia menjadi khilaf di kalangan ulama, iaitu aurat muka dan tapak tangan, bukan berkenaan aurat rambut kerana aurat rambut adalah suatu perkara yang sudah jelas tanpa pertikaian.

“Bukalah mana-mana kitab ulama silam atau semasa jelas menunjukkan persepakatan mereka bahawa menutup rambut adalah wajib.

“Perselisihan yang berlaku hanya dalam sekitar muka,tapak tangan dan kaki, selain daripada itu mereka bersepakat akan pengharamannya. Jelas! sumber hukum aurat rambut meliputi ketiga-tiga sumber pensyariatan- al-Quran, Hadis dan ulama,” katanya.


- FMT




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2015 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
X berbuka ke sis. Gigih 7.25pm
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2015 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai je bertudung litup..Tp seluar legging ketat n baby t.. Org tak tegur pon..kire dah dianggap tutup aurat
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2015 08:09 PM | Show all posts
apa kredibiliti depa  ni ada ye ....unless dea kuasai 5 manhaj  disiplin terjemahan then  they can talk.
doakan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2015 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
To all those ngo melayu islam ni,cube tegur rosmah mansor, mampu korang?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2015 08:12 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 27-6-2015 08:15 PM

yg bising  bising  ni....depa tutup aurat , ke?

i mean org ygtutup cool aje , tak pun depa rasa baik ke ape sebab ujub riak semua tu tak leh tapi bila melihatkan satu golongan yg lemah emosi kalah pada nak jadi normal pada  ukuran pihak  pihak  u - sukakan dunai maka  u know benda yg wajib jadi hal, benda yg niqab tu  optional ler semua org tahu.

lepas tu ada kecenderungan  nak tafsir  apa apa ikut suka.

apa ni jenis perangai.
saya melihat banyak je wanita islam di UK ada cara practising berbeza tapi yg solat etc pakai hijab secara mana depa mampu, ini menunjukkan tafsuran ulama , pakar qura semua betul.

just tengoklah hanya suara depa yg bingit  versus  disiplin ilmu tafsir yg terasas sejak berabad lamanya.


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-6-2015 08:16 PM | Show all posts
revolusi_30 replied at 27-6-2015 07:58 PM
X berbuka ke sis. Gigih 7.25pm

Alhamdulillah sudah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2015 08:17 PM | Show all posts
Daripada poligami, faraidh sampailah ke aurat semua SIS pertikaikan. Feminist sungguh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2015 08:19 PM | Show all posts
kelapaparut replied at 27-6-2015 08:11 PM
To all those ngo melayu islam ni,cube tegur rosmah mansor, mampu korang?

tak baik judgemental kat orang yg tak bersedia tapi tak KUTUK hukum , hakam.

ini soal dia dengan allah .  ni i put aside konotasi org kat dia. itu aside.

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2015 08:45 PM | Show all posts
tightcherry replied at 27-6-2015 08:03 PM
Ramai je bertudung litup..Tp seluar legging ketat n baby t.. Org tak tegur pon..kire dah dianggap tu ...

Tu nmanya tutop rambut. Tutup aorat adalah menutup dan melonggarkan bahagian yg mudah menaikkan syahwat lobai. Kekdahnya rambut tu tak menaikkan sahowat pun..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2015 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Persoalan i selama ni... stim mencanak ke para lelaki tatkala melihat rambut wanita2?

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2015 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 27-6-2015 08:47 PM
Persoalan i selama ni... stim mencanak ke para lelaki tatkala melihat rambut wanita2?

Wah, straight to the point sungguh soalan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2015 09:04 PM | Show all posts
Semoga Sisters in Islam kembali kepada ajaran Islam seperti ajaran lobai Firdaus ini........

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2015 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 27-6-2015 08:52 PM
Wah, straight to the point sungguh soalan...

And yet xde pun laki nk jawab... haha..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2015 09:16 PM | Show all posts
clarizsa replied at 27-6-2015 08:47 PM
Persoalan i selama ni... stim mencanak ke para lelaki tatkala melihat rambut wanita2?

takyah tgk rambut pompuan pun jantan bleh ransang
lagi di tutup lagi kuat SKODENG budak2 islam mesia tu esp anak melayu.. kalo tak mengendap tak sah jadi melayu ahahahaha




Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2015 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 27-6-2015 08:47 PM
Persoalan i selama ni... stim mencanak ke para lelaki tatkala melihat rambut wanita2?

saya lelaki. jawapan saya tidak sama skali. elok jah bebird tidak kacau dan sentiasa berada dlm posisi yg sepatutnya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2015 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
taikor replied at 27-6-2015 09:22 PM
saya lelaki. jawapan saya tidak sama skali. elok jah bebird tidak kacau dan sentiasa berada dlm po ...

Wah, straight to the point sungguh jawapan kau.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2015 09:28 PM | Show all posts
So bolehlah kalau solat x yah tutup kepala?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2015 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 27-6-2015 09:26 PM
Wah, straight to the point sungguh jawapan kau.

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2015 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Drp pengalaman aku kan... org terlebih feminist ni lesbian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.278138 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list