CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16517|Reply: 182

[Tempatan] Kesian! Netizen Nak Tolong Tapi Dimaki Hamun Azwan Ali. UPDATE #119 reply AA

[Copy link]
Post time 28-6-2015 09:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by obelisk at 29-6-2015 03:13 PM

Kesian! Netizen Nak Tolong Tapi Dimaki Hamun Azwan Ali



Siapa yang tak kenal dengan figura yang menggelar dirinya Diva AA iaitu Azwan Ali, seorang pengacara dan pelakon sensasi.

Sejak dari dahulu, Azwan sememangnya tak pernah kontang dari kontroversi malah sering dikritik kerana keceluparan mulutnya sama ada melalui siaran media televisyen dan akhbar mahupun di media sosial.

Dalam cerita terkini, Azwan dijadikan bahan lawak di ruang Internet setelah tindakannya memaki seorang peminat wanita mendapat perhatian awam.

Dihamun olehnya itu sesuatu yang biasa buat netizen, namun yang kelakarnya, mangsa kepada Diva AA kali ini tidaklah melakukan apa-apa provokasi pun, malah berniat baik kerana cuba membantu Azwan.

Ceritanya, bekas pengacara program gosip nombor satu, Melodi, itu telah mengemas kini status laman Twitter peribadinya dengan bertanyakan cadangan tempat bagi mendapatkan stik terbaik untuk berbuka puasa.

Tulisnya, “Slm. Nak steak la today! Cari cafe yang tak sesak melayu jebawok! Any ideas?

Tweet tersebut kemudiannya dibalas oleh salah seorang peminatnya, Nur Azira dengan menulis, “menate”.



ak lama lepas tu, Azwan membalas cadangan tersebut dengan bertubi-tubi makian. “Sundal bertudung paling binatang #menyalak real anjing! #puiii puashati tak neraka?

Fuhh! Memang berapi betullah Diva AA apabila pengguna tersebut tulis menate. Bagi loghat tertentu, menate itu seerti dengan perkataan binatang.

Ops! Jangan mudah membuat kesimpulan. Rupa-rupanya, wanita berkenaan tidak mengutuk mahupun bergurau kasar dengan Azwan tetapi memberi cadangan yang diminta Azwan sebelum itu. Menate sememangnya wujud dan antara tempat terbaik untuk mendapatkan stik yang diidamkan Azwan.

Me’nate Steak House merupakan sebuah restoran stik eksklusif yang dimiliki oleh Mustaffa Othman, bekas pakar daging di Istana Bukchingham di London yang terletak di Wangsa Maju dan Ampang.



Alahai, kasihan betul dengan nasib Nur Azira. Niat murninya untuk membantu tak pasal-pasal disalah erti oleh Azwan Ali. Memang makan maki percuma lah!

Wanita tersebut kemudiannya membalas, “I means steak house MENATE la Diva. Apa ni?

Isu tersebut kemudiannya menjadi panas di Twitter dan Facebook dan ramai yang menempelak Azwan kerana tidak peka terhadap jawapan yang diberikan wanita terbabit.

Tak lama selepas dia dikutuk ramai pihak, Azwan mengambil keputusan untuk meletakkan mod privasi terhadap akaun Twitternya. Mungkin tak larat nak layan kerenah pengguna yang tak habis-habis mainkan isu tersebut.




Bagi si mangsa pula, hikmah terhadap kejadian tersebut, dia telah mendapat mesej dari Me’nate Steak House sendiri yang menjemputnya sekeluarga untuk menjamu selera di situ. Ya, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah tahu…

Pengajarannya, lain kali kita janganlah mudah melatah terhadap sesuatu perkara yang diragui kerana mungkin ada penjelasan di sebaliknya. Tambah-tambah dalam bulan puasa ini, kan elok kalau kita henti melakukan perkara-perkara yang mengurangkan pahala seperti memaki hamun orang lain…

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2015 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha rezeki cik kak
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Woww dpt sponsor lagi.. kau hade
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Free publicity to menate... Skrg ramai yg dh tahu menate gara gara kontroversi ni... Wana ali gak yg telan air liur
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha kelakar..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak dia pun dia maki dekk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2015 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
mahainyaaaa steak diaaaa. tak mampu aku.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 10:31 PM | Show all posts
weh azwan ali.. tak payah ler ko beranak ... bio ler spesis ko terhenti setakat ko jer ....

menyampah sesangat ngan azwan ali yang veranganz shantek nie ... dah ler badan besau gedabak .. molot lak cam jilakerrrr jer

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2015 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
bersemangat plk nk layanAA
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian AA tu pun x tau lg nak hamun org lg...dah x tau mintak maaf dah la lg nak hevoc...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 10:48 PM | Show all posts
X penah gi
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya t-bone steak.menate xde di kelate ka sis?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya si AA nie ada perasaan malu tak agaknya?   
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 11:11 PM | Show all posts
Memalukan diri ko yg sedia bengap AA oi... Gi terjun bangunan sana. Sesedap nak maki org..kan dah terbodoh sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 11:20 PM | Show all posts
dah silap hamun taktau mintak maaf ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Lg dia sambung maki hamun ada

Xdenya dia nk insaf

Sombong bebenor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2015 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Mendapat cash hakak azwana....
Why bother why bother why bother katernyerrrr!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 11:41 PM | Show all posts
mohon mod humban tred non-issue nih kat tempt sewajarnya

@Muntz @spiderman80 @perang_sivil
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
jelas terpancar hati budi nyer cemana  
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap perempuan yg dpt jemputan tu order steak yg harga rm6000+ & send pic dkt AA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.080907 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list