CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6548|Reply: 27

Mohon pendapat : DILEMA SETELAH BERPISAH

[Copy link]
Post time 29-6-2015 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by winmarway at 29-6-2015 11:22 AM

Salam warga forum. Mohon pendapat dari sahabat-sahabat semua. Saya telah berpisah dengan bekas suami pada Ogos14. Ketika itu anak kami berusia lebih kurang 3 bulan. Punca penceraian adalah campur tangan pihak keluarga. Saya yang failkan permohonan cerai, kerana terlalu kecewa dengan sikap bekas suami. Hak jagaan anak jatuh pada saya sebagai ibu. Oleh kerana anak saya lahir dengan komplikasi akibat kecuaian pihak hospital, saya jadi takut untuk hantar pada pengasuh. Selepas berpisah, anak saya dijaga oleh ibu di kampung dan saya balik ke kampung seminggu sekali, kadang-kadang 2 minggu sekali.
Bekas suami dapat hak melawat dan bermalam bersama anak sebulan sekali iaitu Sabtu & Ahad setiap minggu pertama.

Masalah saya adalah :
1. Keluarga saya terutama ibu saya amat trauma dengan bekas suami saya (sangat takut saya akan kembali kepada bekas suami) setelah apa yang keluarga bekas suami buat pada saya. Sampaikan saya berhubung dengan bekas suami atas urusan anak, ibu saya boleh marah dan tarik muka dengan saya kerana fikirkan saya nak balik dengan bekas suami, hakikatnya saya tidak berniat begitu, hanya atas urusan anak.

2. Ibu saya sangat benci pada bekas suami sampai guna khidmat bomoh untuk menjarakkan hubungan kami. Saya faham dia benci dan tak suka, tapi kami ada ANAK. Saya juga tiada masalah untuk berhenti berhubung dengan bekas suami, tapi masalahnya kami ada anak bersama, bagaimana kami nak berurusan hal anak tanpa berkomunikasi? Saya pening sangat-sangat. Diluah mati mak, ditelan mati bapak.

3. Anak saya sudah berusia 14 bulan sekarang. Saya amat berterima kasih pada ibu kerana bantu saya untuk menjaga anak, tetapi apa yang saya perasan sekarang, saya seolah olah tiada hak pada anak saya lagi. Apa yang saya buat semuanya salah. Saya belikan baju untuk anak, ibu cakap warna gelap, nanti panas..ok, kemudian saya belikan baju yang berwarna cerah dan putih supaya sejuk, tapi dia tak pakaikan..katanya nanti cepat kotor..sedih hati saya ni. Bila anak dah mula pandai menangis nak ikut saya balik, mak saya cakap, jangan ambik anak, tinggalkan sahaja dengannya, teman nenek..Hancurnya hati seorang ibu bila dengar ayat-ayat macam tu..Perjanjian masa dulu, sementara sahaja..tapi sekarang seolah-olah ibu saya memang tak bagi saya ambil anak. Dia siap suruh saya nikah baru dan buat anak lain. Yang ni, biar dia yang jaga. Sampainya hati ibu..
4. Saya memang tak berani nak lepaskan anak dengan bekas suami, sebab bekas suami memang bukan yang pandai urus anak. Dari zaman masih bersama lagi, bekas suami kekok menguruskan anak. Anak saya dah kenal orang, cepat menangis, dan banyak ragam, tambahan pula faktor kasihatan, perlukan penjagaan lebih, jadi saya memang tak berani nak lepaskan pada ayah dia untuk bermalam. Cadangnya, biarlah ayah dia datang melawat di rumah sahaja sementara anak pandai uruskan diri, dah berjalan, dan bercakap. Saya kira sekarang keadaan anak sangat kritikal, bimbang jatuh dan faktor kesihatan lain juga, antibodi tak berapa nak kuat. Susah dalam keadaan dah berpisah, bila fikir anak, saya sedikit kesal.

4. Bekas suami ada cadang untuk nikah semula. Saya fikir, jika ini jalan terbaik untuk saya dapat anak saya semula dan dapat sentiasa ada denagn anak kemana sahaja berada, saya rasa mungkin ini sahaja caranya. Mohon bantuan sahabat-sahabat di luar sana yang mungkin ada senasib dengan saya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Terima kasih.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2015 11:57 AM | Show all posts
percaya lerrr.... dgn nikah semula pun kau belum tentu dapat jaga sendrik anak kau.....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2015 12:15 PM | Show all posts
BingkaUbi..kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 12:35 PM | Show all posts
Edited by anisania at 29-6-2015 12:37 PM

maaf ye tt... sebab i macam susah betul nak bagi solutions sebab i tak penah plak mak sendiri ke mak in law even mak kawan kawan i macam mak tt. eh bukan nak bagi tt down tau. mmg kalau i jadi tt diluah mati mak, ditelan mati bapak nih.

dah slow talk ke dgn mak? rasanya mak paham kut. mungkin mak tak bagi tt jaga anak takut kut tt kembali dgn bekas suami kut. tak pun pakat dgn bekas suami, stop datang tgk anak dalam 1-2 bulan cenggitu..biar mak tt rasa yg bekas suami tak nak hiraukan anak. masa tu amik la anak bawak tinggal sama. lepas tu baru deal dgn die camno nak jumpa anak semua tanpa diketahui oleh mak tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2015 12:53 PM | Show all posts
anisania replied at 29-6-2015 12:35 PM
maaf ye tt... sebab i macam susah betul nak bagi solutions sebab i tak penah plak mak sendiri ke mak ...

takpe anisania, memang orang tak pecaye ade jugak mak macam ni..ade..tapi dia tetap mak saya kan. saya hanya mampu berdoa, mak saya diberikan hidayah dan Allah ampunkan dia. Susah saya nak move on bila keadaan macam ni, sangat2 susah. Saya cuba pergi kaunseling, tapi sibuk dengan kerja lagi.. Sampai satu tahap, saya terlampau banyak berfikir, saya diagnosed by doc anxiety disorder. Tiba2 tangan menggeletar, berpeluh peluh, 1 kerja pun tak boleh nak buat..doc advise suruh get down dgn masalah anak, family..kalau tak nanti akan masuk phase depression pulak..

saya dah cuba slow talk dengan mak saya, tapi dia diam je. Depan saya dia tak cakap apa2..belakang saya wallahua'lam..sebab kalau dia ada sesuatu yang dia tak berkenan, cara dia adalah dengan tarik muka dan pinggirkan saya. Tu je. Saya dah pesan banyak kali, kalau ada apa2 masalah, tolong cakap depan2 dengan saya, bincang sama2..tapi memang itulah mak saya..saya tak boleh paksa dia untuk berubah..saya telan semuanya..tak tau nak cerita pada siapa..saya selalu cakap dalam hati je..dengan kawan2 pun sy tak cerita..sebab bimbang nanti susahkan orang.. ni arini baru saya rasa nak cerita dekat forum, takpela bukan berdepan-depan kan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 01:15 PM | Show all posts
Nikah semula dengan bekas suami bukan solution yang baik ... bahkan akan menimbulkan lebih banyak masalah lain ...

1) masalah dengan keluarga mentua akan datang kembali...
2) belum tentu mak akan serahkan kembali cucunya...
3) kemarahan kepada TT akan membuak...
4) suami bukan boleh tolong sangat untuk jaga anak...takut kena dera kalau tak sabar...

apa motif bekas suami ajak kawin semula? anak ke apam?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-6-2015 01:41 PM | Show all posts
kudajantan77 replied at 29-6-2015 01:15 PM
Nikah semula dengan bekas suami bukan solution yang baik ... bahkan akan menimbulkan lebih banyak ma ...

sekarang ni memang saya fikir semuanya demi anak. Andai kata saya terbuang sekali pun, janji saya dapat jaga anak sendiri. Tu jelah satu satunya anak yang saya ada. Susah saya nak lepaskan anak dekat tangan orang lain selain mak saya. Tak boleh nak pejam mata, bimbang. Bekas suami kata kalau nikah semula, family dia tak masuk campur lagi. Kalau saya nikah semula, kenapa mak saya taknak serahkan anak saya balik? Dulu pun perjanjiannya setahun je..sampai bila mak nak ambik anak saya..setahun pun saya terpaksa gagahkn diri, alhamdulillah saya tak meroyan, tapi saya fikir sampai bila..saya pun ada hati perasaan..nak tengok anak membezar depan mata..kadang saya fikir menyesal saya mintak cerai dulu, sepatutnya saya kena lagi sabar..tak tau nak cakap camne dah. Saya cuma boleh teruskan berdoa..tp kadang saya rasa penat sangat bila org sekeliling buat saya cam saya takde perasaan.

Hari tu ada sekali anak buah saya tanya, mana ayah anak saya..saya tak mampu nak jawab..itu baru anak buah..kalau anak sendiri yang tanya? kadang jujur saya cakap, kalau saya tau masalah macam ni, saya xmintak cerai dulu. Baik saya tahan dan berkorban je. Janji anak ada dengan saya. Dilema betul saya
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 01:51 PM | Show all posts
winmarway replied at 29-6-2015 01:41 PM
sekarang ni memang saya fikir semuanya demi anak. Andai kata saya terbuang sekali pun, janji saya  ...

mak awak akan cakap, "if you want your son back, pry him off from my dead fingers ..." ...

saya berani jamin dia tetap takkan serahkan ... tambah2 lagi jika awak kawin semula dengan lelaki yang dia benci ... takkan awak nak bawa polis untuk ambil anak daripada mak awak sendiri ...


janganlah keruhkan keadaan ... kadang2 kita kena lepaskan sesuatu yang kita sayang ... tambahan pula anak awak sebenarnya dipelihara dengan baik dan penuh kasih sayang oleh neneknya ... awak patut bersyukur, dan pulang lebih kerap untuk menjengok ... curi2 la bawa keluar ke bandar berdekatan untuk bagi ayahnya jumpa kalau dia nak sangat jumpa ...  hubungan dengan mak jangan dirosakkan ...



apa2 hal nanti pun awak akan kembali semula kepada mak ... mayat awak nanti pun orang akan hantar ke rumah mak awak ... kalau dengan pelihara cucu boleh buat dia gembira, awak berkorbanlah ... anak awak pun bahagia sebenarnya ... cuma biasa la budak2 meragam nak ikut bila awak nak tinggal ... awak belum tentu dapat pelihara dia lebih baik daripada mak awak ... redha dan berdoalah untuk yang terbaik ...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2015 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Toksah nikah semula. Just move on. U dapat lepas diri ni pun kira bagus. Toksah nk stress pikir macam2, percayalah ni terbaik tuk u. Watpe nak balik ke seorg jantan yg u sendiri mintak cerai dulu.

Bab anak u tu bukan org lain yg jaga. U bukannya kehilangan apa2. Pandang positip. Mesti ada hikmah ni semua.

Org lain punya susah nak dapat cerai dari jantan ni u nak nikah semula mmg sendiri cari pasal lah
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 03:21 PM | Show all posts
kenapa plak mak nk bagi anak tu kalau tt kawin lain dgn ex yg x boleh jaga anak tu dan dia benci?

kalau aku jadi mak tt, lagiiiii la aku x bagi

huhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 04:29 PM | Show all posts
pujuk mak tu elok-elok. kadang-kadang tok-tok ni sayang cucu lebih. jadi berat nak bagi sebab dah jaga lama. mintak elok-elok nanti fahamla mak tu. dia pun ibu. yang penting tt kena tunjukkan yang tt mampu jaga anak tu sebaik yang mak tt jaga. lapangla sikit hati orang tua tu.

soal rujuk tu kalau tt memang yakin x suami tu dah berubah dan menyesal bolehla dipertimbangkan. yang penting x tt tu kena sedar punca masalah tt dan dia yang sebabkan penceraian dulu. jangan diulang dan kalau boleh elakkan terus.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 04:42 PM | Show all posts
nak balik ke square one
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 03:07 PM | Show all posts
kudajantan77 replied at 29-6-2015 01:51 PM
mak awak akan cakap, "if you want your son back, pry him off from my dead fingers ..." ...

saya ...

Pandangan awak sungguh rasional.
Saya pun tak faham kenapa TT ni kata dia ada masalah besar.
Dia dah cerai, tak perlu lagi berdepan dengan masalh mentua.
Bekas laki dia pun bukan nak larikan anak dia, cuma susah nak
jumpa anak tu sebab mak dia bela budak tu di kampong.
Mak bising pasal pilih baju tak sesuai, ini masalh besar ke...????
Bukan susah nor nak selesaikan masalahnya.
Anak tu dah cerdik. Dah pandai berjalan.
Amiklah cuti sebulan sekali, bawak anak jumpa bapak dia.
Makan-makan, jalan-jalan sejam dua.
Apasal nak menikah balik unless apam gian mahu dipam.....

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 03:20 AM | Show all posts
orang trauma ni lain macam skit.. Akan sntiasa bersikap prejudis dan pesimis.. Tambah plak nak kawin semula dgn makhluk yg jd trigger mak jadi camtu.. Sian mak...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 05:54 AM | Show all posts
biar ja lah anak ko tau mak kau jaga
i was raise by an illiterate grandma.
ok ja. sekarang pon aku duk ngan tok.
payback time.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 08:25 AM | Show all posts
apa komplikasi anak TT yang tak percaya pada pengasuh tu?anak sihat tak skang ni? apa masalah anak yg kritikal sgt sbnrnya tuh?.....
mak TT dok ngan sapa lagi kat kampung? sapa lagi ada utk tlg tengokkan anak ngan mak kat kg?mak umo brape?

TT nih sbnrnya nak anak dia balik....nak ada hubungan ngan anak.....rasa kehilangankan? bila terkenang anak?....mak tetap emak!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2015 12:31 PM | Show all posts
juita replied at 1-7-2015 08:25 AM
apa komplikasi anak TT yang tak percaya pada pengasuh tu?anak sihat tak skang ni? apa masalah anak y ...

Bukan nak  anak dia balik.
Dia nak balik rujuk dengan laki dia tapi mak dia marah.
Tu yang buruk-burkkan mak....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 01:04 PM | Show all posts
kudajantan77 replied at 29-6-2015 01:51 PM
mak awak akan cakap, "if you want your son back, pry him off from my dead fingers ..." ...

saya ...

betul, jln keluar pun ada diberi
TT rujuk, ambik anak, lps tu anak tu nak tinggal mana? sapa jaga?
putus plk lagi hubungan dgn mak
klu laki buat hal lg mana TT nak ngadu?
buat masa ni rapat kan lg hubungan TT dgn mak
dr pikir nak rujuk dgn laki
baik la bela mak dapat bela anak sekali
bwk mak & anak tu bercuti sekali
sabar TT, in shaa Allah klu mmg jodoh TT ada dgn ex
tak perlu nak buruk2 kan mak
ke nnt TT jumpa jodoh lain
kata anak ada mslh kesihatan
mak tu dh jaga sebaik mungkin
psl baju anak2 mak tak bekenan
bg je duit kat mak suruh je mak yg beli kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 01:36 PM | Show all posts
NAT_11 replied at 30-6-2015 03:07 PM
Pandangan awak sungguh rasional.
Saya pun tak faham kenapa TT ni kata dia ada masalah besar.
Dia ...

gian nak dipam pun takde masalah ... itu memang naluri setiap insan ... tapi cakap la terus terang ... jangan sabitkan benda2 lain ... pening org lain nak memikir nyer ...


org pompuan nih banyak beno dok berkias dan beat around the bush ... kalau dah berdenyut tak tahan ... bagitau jer terus terang ... syarikat kami sedia membantu ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 04:20 PM | Show all posts
pelik gak.kalo TT nk kawen balik,ckp je lah nak kawen balik ngn husband.
sy rase lagi memburukkan keadaan,tgk2 anak xdapat,ngn husband pun belum tentu bahagia.kang kalo ade problem ngn laki,xkan nak hadap gi ngadu kat mak pulak.kalau sy jadi mak TT pun,sy xbg anak tu,dah xdgr sgt ckp aku nk kawen gak ngn laki pilihan tu buat ape.sorry tapi sy serius rase cadangan kawen balik xmembantu,n xde kaitan ngan mak TT yg suke konker anak.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.189254 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list