CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3112|Reply: 6

Thailand hampir kemarau

[Copy link]
Post time 29-6-2015 03:12 PM | Show all posts |Read mode
Bangkok: Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej bimbang dengan keadaan kemarau yang melanda negara itu dan meminta kerajaan menyegerakan usaha pembenihan awan untuk membentuk hujan.
Setiausaha untuk Pertanian dan Kerjasama Thailand, Chavalit Chukhachorn berkata, pihak istana menghubungi beliau sendiri kelmarin bagi menyampaikan kebimbangan Bhumibol itu.
“Bhumibol gusar dengan musim kemarau yang melanda negara ketika ini dan baginda juga bimbang selepas paras air di empangan utama semakin kering,” katanya.
Chavalit memberitahu kebimbangan Bhumibol itu ketika melawat empangan Pasak Jolasid di Lop Buri di wilayah Phatthana Nikhom kelmarin.
Katanya, paras air di empangan itu kini menurun kepada 65 juta kubik meter - yang terendah dicatatkan dalam tempoh 20 tahun.
Menurutnya, istana mahu kerajaan segera membuat proses pembenihan awan ketika angin lembap melanda negara itu ketika ini.
Ribut Kujira yang bergerak dari Da Nang, Vietnam menuju ke bahagian selatan China pada minggu lalu dan membawa angin lembap ke Thailand.
“Kerajaan mengarahkan stesen pembenihan awam untuk segera melakukan tugas menentang musim kemarau ini.
“Kerajaan sangat menyokong saranan istana ini.
“Ketika ini petani juga menunggu hujan turun untuk memulakan proses menanam benih tanaman mereka,” jelasnya. - Agensi





Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2015 @ 8:05 AM

TERUSAN Amphawa di Samut Songkhram yang popular dengan pasar terapungnya kini kering akibat kemarau.









- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60866#sthash.ugbJzX8D.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2015 03:41 PM | Show all posts
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=883357


apesal dua2 thread isi sama. sabo je la.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 12:09 AM | Show all posts
patut perlis pun terkena tempiasnya
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 01:21 AM | Show all posts
panas litlit kat perlis...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 02:25 AM | Show all posts
sampai kering tu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 03:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Hargailah air semasa ia masih ada...

Jangan lupa menutup pili paip walaupun semasa anda memberus gigi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2015 10:10 AM | Show all posts
haritu p padang besar berpeluh dari atas sampai bawah.... panas sungguh dangan orang ramai lagi... fuhh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.179739 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list