CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2129|Reply: 0

[Juadah/Kuih] Makanan Penjana Tenaga di Bulan Puasa

[Copy link]
Post time 29-6-2015 05:34 PM | Show all posts |Read mode


Kala berpuasa pastinya badan perlukan lebih tenaga untuk bertahan sepanjang hari tanpa makan dan minum. Ianya juga baik untuk tubuh agar tidak mudah diserang gastrik atau pun kembung perut. Bukan terletak kepada berapa banyak kita makan, namun hanya bergantung pada jenis makanan yang kita ambil. Jom ketahui jenis makanan yang mampu menjana tenaga tubuh sepanjang bulan yang mulia ini.

Jus Susu Kurma
Secara amnya kita tahu bahawa kurma sangat baik dalam menjana tenaga buat tubuh di bulan puasa. Untuk pelbagaikan cara hidangannya, cuba kisarkan kurma yang telah direndam dengan air panas sebelumnya bersama setengah kotak susu segar dan ais. Ternyata ia boleh menghilangkan dahaga serta kembalikan tenaga dengan secepatnya.

Tembikai
Tembikai kaya dengan kandungan mineral. Sekali minum, jus tembikai boleh menghidratkan tubuh dengan secepatnya serta ianya baik dalam meningkatkan tenaga tubuh. Ambil tembikai ketika bersahur untuk tenaga yang lebih lama sepanjang hari.

Oat
Secara amnya kita tahu bahawa oat adalah sarapan yang berkhasiat di waktu pagi. Ianya kerana oat menyumbang banyak tenaga kepada tubuh agar kekal sihat dan cergas. Oat juga baik untuk jantung serta mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Amalkan mengambil oat bersama susu segar serta tambahkan kurma dan madu sebagai manisan ketika bersahur.

Madu
Campur madu bersama air dan perahan lemon. Ambil ia sewaktu bersahur. Ianya dapat menghilangkan dahaga sekaligus menyalurkan tenaga pada tubuh. Bahkan ia juga membantu sistem pencernaan.

majalah eh!


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    22-5-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.057443 second(s), 26 queries .

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list