CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2830|Reply: 20

[Jenayah] Prototaip enjin konsep 'self running'

[Copy link]
Post time 30-6-2015 05:59 AM | Show all posts |Read mode
Prototaip enjin konsep 'self running'
WARTAWAN SINAR HARIAN



Prototaip enjin konsep 'self running' Muhamad Sulaiman (kanan) bersama Pengurus Pemasaran Solomon Technology Sdn Bhd, Tuw Leong Hai, baru-baru ini.
< 1 / 1 >

SOLOMON Technology Sdn Bhd  kini dalam fasa perbincangan bersama Proton Holdings Berhad (Proton) membangunkan prototaip enjin berkonsep ‘self running’ tanpa bahan api.

Pengarahnya, Muhamad Sulaiman Solomon Abdullah berkata, perbincangan tersebut dibuat memandangkan syarikatnya kini dalam proses membangunkan enjin kenderaan ‘self running’ berkonsep teknologi hijau.

"Ia satu konsep baharu di mana tanpa perlu dicaj atau menggunakan bahan api.

"erbincangan lanjut akan diadakan bersama Proton untuk mengguna pakai teknologi ini pada kereta tempatan,” katanya dalam sidang media di sini, baru-baru ini.

Syarikat berasaskan penyelidikan teknologi hijau itu juga dalam perancangan membangunkan 27 kilang utama seluruh negara dalam tempoh tiga tahun dengan nilai pelaburan RM800 juta.

"embinaan kilang itu membabitkan pembangunan 108 industri kecil dan sederhana (IKS) yang dijangka menyediakan kira-kira 70,000 peluang pekerjaan.

"Setakat ini kita membangunkan sebuah kilang utama di Senai yang beroperasi sejak tahun lalu dan sebuah lagi akan dibangunkan di tapak berhampiran.

“Kita menyasarkan membangunkan 27 kilang utama dalam masa tiga tahun yang dapat menyediakan 70,000 peluang pekerjaan termasuk dari peringkat jualan, pemasaran dan penyelidik,” katanya.

Setakat ini, Solomon Technology membangunkan lebih 30 teknologi baharu dengan kos penyelidikan kira-kira RM20 juta sejak 2007.

http://www.sinarharian.com.my/bi ... lf-running-1.389247



scam terkini?  


https://www.facebook.com/pages/P ... tch/402738909901198

Pseudoscience Watch
Post Pagi Sahur .....
1. Macam mana kami nak percaya, setiap benda yg Solomon lakukan menjurus kepada scam.
2. Berapa duit Solomon Energy bayar kpd Sinar Harian untuk publish article yg mempunyai zero substance.
3. Article macam ni hanyalah bertujuan untuk mengaburi reseller dan pelanggan bahawa Solomon telahpun mendapat endorsement Proton.
4. Tiada satu pun statement dari pihak Proton. Solomon bersalam bukan dgn wakil Proton, tetapi dengan Tuw Leong Hai, pegawai pemasaran Solomon Energy. Mysterious!!!
5. Mengikut laporan Sinar Harian, R&D Solomon telahpun menelan belanja 20 juta.
Baca laporan penuh di sini:
http://www.sinarharian.com.my/…/prototaip-enjin-konsep-self…
CC: Proton Holdings Berhad

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2015 06:38 AM | Show all posts
Mana ada enjin boleh berjalan tanpa bhn api
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2015 07:00 AM | Show all posts
JohnDeSouza replied at 30-6-2015 06:38 AM
Mana ada enjin boleh berjalan tanpa bhn api

ada toyol dlm enjin   
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 07:34 AM | Show all posts
hehehehehehee.....iya kan aje.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 07:39 AM | Show all posts
Edited by babak at 30-6-2015 08:00 AM

Sistem ini sebenarnya wujud..iaitu zero point energy...dan satu lagi konsep menghasilkan elektrik yang di cas oleh pergeseran udara yg seterusnya mengerakkan motor elektrik...konsep ini dulu di temui oleh saintis hebat nikola tesla..tapi ia tidak diaply kan kerana ia tidak membawa keuntungan kepada pelaburnya..sebab free elektrik...kalau kita tengok dalam youtube banayk ekspriment yg dibuat yg menunjukkan elektrik boleh dihasilkan tanpa bahan api..tapi semuanya elektrik bervoltan kecil saja..tak mampu untuk gerakkan motor besar seperti kereta..dalam kes ini aku pikir syarikat ini hanya scam...sebab dengan hanya modal 20 juta bleh buat satu kereta tanpa fuel??? syarikat ford..toyota..tesla dan syarikat besar lain-lain..mempunyai modal ber bilion untuk RND dan saintis bertaraf dewa pun masih terkial-kial  untuk keluarkan hasilkan elektrik tanpa bahan api dalam energy besar untuk gerakkan kereta...hanya scam..kalau ya  mesti syarikat tu dah paternkan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 07:46 AM | Show all posts
Edited by zorrro_03 at 30-6-2015 07:50 AM

Besarnya enjin.  


Apa pun kita tgk dulu apa teknologi yang nak dibawa ni. Kalau minta duit dgn publik jbn dilayan. sah2 menipu.  Kalau betul mereka ada idea, minta grant dari institusi. Viable lulus.   Kaput mamp....  

Orang lain buat enjin bertahun2 invest gila2, dua ekor ni rm800. IKS pula tu.  Present pun cukai.  pakai selekeh.  Ntah2 enjin tu ialah kompressor nitro.  





Ps~muka mcm penipu ah......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2015 08:01 AM | Show all posts
kalu betul pon ada enjin yg takguna bahanapi kompom takde brand nak ambik.
even keta elektrik pon kene kacau dgn taikun petroleum.
tu pasal keta 'hybrid' je yg layak dijual.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 08:01 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 30-6-2015 08:04 AM
JohnDeSouza replied at 30-6-2015 06:38 AM
Mana ada enjin boleh berjalan tanpa bhn api

Sebenarnya ada bro, engine tu akan recycles its own energy untuk charge semula batteries untuk bagi power pada engine kereta tu. Seingat saya engine seperti ni dah ada di seawal tahun  60an ataupun 70an.
Saya rasa maksud bahan api yang Dia orang maksudkan tu bukan dari jenis fossil.
                                                                                                
                                
                        
               


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2015 08:10 AM | Show all posts
Edited by babak at 30-6-2015 08:12 AM

lain kali buat la benda logik sikit macam kereta berbahan api hidrogen cair ke...berbahan api plutonium ke..kereta bercas nuklear...baru gempak atau pun buat trol dalam akhbar.buat tajuk .sebuah syarikat tempat sedang berbincang dgn proton untuk keluarkan kereta yang dapat kembali kezaman silam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang enjin petrol skrg da guna teknologi ni utk recharge balik bateri.cuma kalau ikut prinsip keabadian tenaga utk recharge balik tenaga tu 100% mmg xboleh sbb akn ada energy loss by friction tayar,komponen enjin,heat.so unless dia da jumpa teori baru menggantikan einstein yg energy boleh bertambah dari asal dgn sendiri,mmg ni scam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 08:28 AM | Show all posts
karut saja nih....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 08:31 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 30-6-2015 08:33 AM
babak replied at 30-6-2015 07:39 AM
Sistem ini sebenarnya wujud..iaitu zero point energy...dan satu lagi konsep menghasilkan elektrik ya ...

Kereta tesla ni dah ada jual...pernah nampak beberapa buah kat  jalan raya dan showroom nya ada kat Westfield shopping centre. Tapi kereta tesla ni masih petlu di charge baterinya kan?  Dan kereta tesla ni memnng tak ada engine pun. 100% guna kuasa bateri.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 08:39 AM | Show all posts
Dan juga sekarang kereta lumba macam F1 tu pun dah ada yang guna kuasa batt 100%. Tak guna engine.

Tak silap saya hp pun 300-400 macam tu. dia orang nak race macam f1 tu. tour dari negara ke negara.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 08:44 AM | Show all posts
dr soslomon lulusan diploma je..diploma plak dlm bidang marketing kalo tak silap....rentikan le
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 08:46 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 30-6-2015 08:31 AM
Kereta tesla ni dah ada jual...pernah nampak beberapa buah kat  jalan raya dan showroom nya ada ka ...

Kereta tesla adalah kereta eletrik bukannya kereta zero point energy(zpe).. Zpe ini sebenarnya wujud tapi heran kenapa syrikat besar tidak apllykan teknologinya.. zpe ini adalah mengambil konsep sebagai bumi adalah sebuah generator yg besar...pusingan bumi pada paksnya adalah seolah-oleh putaran dinamo..apabila dibuat rangkaian solenoid di mana2kutub bumi yg selari dan aruhan medan magnet yang terhasil akibat putaran bumi soleniod itu menghasilkan elektrik..nikla tesla pernah melakukannya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 09:03 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 30-6-2015 09:05 AM
babak replied at 30-6-2015 08:46 AM
Kereta tesla adalah kereta eletrik bukannya kereta zero point energy(zpe).. Zpe ini sebenarnya wuj ...

Yes kereta elec tapi masih menggunakan kuasa  batt untuk run elec kereta tu. sama juga concept macam yang pernah si cipta tahun 60-70an dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2015 09:06 AM | Show all posts
bersalam sesama sendiri...hebattt..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 09:15 AM | Show all posts
babak replied at 30-6-2015 08:46 AM
Kereta tesla adalah kereta eletrik bukannya kereta zero point energy(zpe).. Zpe ini sebenarnya wuj ...

Tetapi saya tak pasti adakah tesla ni self running power.. seperti mana orang msia nak buat tu Ataupun  tesla ni masih perlu di charge batt nya secara manual.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 09:19 AM | Show all posts
kita tunggu dan lihat
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 09:25 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 30-6-2015 09:15 AM
Tetapi saya tak pasti adakah tesla ni self running power.. seperti mana orang msia nak buat tu Ata ...

Memang la nama kereka elektrik tapi guna batri entuk hasilkan elektrik tu..kereta tesla ni bukan self running..masih lagi kena cas lebih kurang 350km sekali cas..ini kira hebat lah..sebab kebanyakan pengeluar lain rata-ratanya 150km jer sekali cas...maka tak tak berbaloi..letih nak cas saja..nama saja syarikat kereta tesla tapi bukan guna konsep zero point energy tesla...secara konsep self runing boleh di laksanakan sebab pergerakan udara menghasilkan elektrik dan atom udara itu sendiri mempunyai tenaga yg bergitu besar mampu untuk gerakkan motor elektrik...yg jadi masaalah tiada teknologi untuk keluarkan energy dari atom udara itu..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.086687 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list