CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1224|Reply: 0

Krisis Kewangan Greece Tidak Beri Kesan Sistemik Kepada Ekonomi Malaysia - Najib

[Copy link]
Post time 30-6-2015 06:37 AM | Show all posts |Read mode
Krisis Kewangan Greece Tidak Beri Kesan Sistemik Kepada Ekonomi Malaysia - Najib



PUTRAJAYA, 29 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata krisis kewangan di Greece tidak akan memberi sebarang kesan sistemik kepada ekonomi Malaysia.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata beliau akan memantau perkembangan di Greece dalam tempoh sehari dua ini.

"Kita akan melihat kesan global tetapi saya mahu melihat perkembangan dalam tempoh sehari dua ini. Faktor utama Greece kekal sama ada ia sebahagian daripada zon Eropah atau mereka akan menarik diri. Kita (Malaysia) perlu melihat perkembangan ini.

"Kita juga perlu memantau dan melihat sentimen global dan bagaimana ia memberi kesan," kata Najib semasa mengulas mengenai sama ada keruntuhan kewangan Greece akan memberi kesan kepada Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Nasional di Putrajaya, Isnin.

Greece menutup operasi banknya dan mengenakan kawalan modal bagi mengelak kegawatan kewangan selepas kegagalan rundingan dengan pemiutang antarabangsanya.

Negara itu perlu membayar hutang berjumlah 1.6 bilion euro (RM6.7 bilion) kepada Tabung Kewangan Antarabangsa dalam tempoh 48 jam dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Greece keluar daripada zon Euro.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1148385
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.070056 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list