CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 108326|Reply: 746

Scha Minta Peminat Tak Banding-Bandingkan Anak Selebriti

  [Copy link]
Post time 30-6-2015 09:30 AM | Show all posts |Read mode
Scha Minta Peminat Tak Banding-Bandingkan Anak Selebriti

KALAU diperhatikan sekarang ni memang ramai selebriti yang gemar ‘menayang’ anak mereka di media sosial masing-masing lebih-lebih lagi menerusi laman Instagram.


Baguslah macam tu, sekurang-kurangnya peminat dapat melihat sendiri perkembangan anak-anak selebriti yang menjadi pujaan hati mereka.


Namun dalam pada itu, ada juga peminat dan pengikut laman sosial artis-artis ini gemar membanding-bandingkan anak-anak selebriti ini daripada segi kecomelan, kepandaian dan sebagainya dengan meninggalkan komen-komen bernada negatif di Instagram mereka.


Mengakui terguris dengan komen-komen sebegitu, pelakon cantik Scha Al-Yahya berharap agar situasi membanding-bandingkan anaknya dengan mana-mana anak selebriti lain dapat dihentikan.


Ini kerana baginya, perkara itu tidak sepatutnya timbul memandangkan kebanyakan selebriti hanya ingin berkongsi kegembiraan mereka dengan cahaya mata masing-masing.


“Sekarang ini kecoh apabila ada pihak yang cuba membandingkan bayi siapa comel dan sebagainya. Bagi saya, isu sebegini tidak seharusnya timbul kerana masih kanak-kanak dan tidak berdosa. Mereka masih kecil dan apalah dosa mereka untuk dibandingkan itu ini.

“Hentikanlah bercakap perkara yang tidak elok dan membandingkan anak saya, anak Che Ta, anak Black, anak Tomok dan sebagainya,” katanya memetik BH Plus.


Menurut Scha lagi, peminat perlulah lebih bertanggungjawab dan mempunyai sivik sebelum menulis sebarang komen yang boleh mengguris hati dan perasaan seseorang selebriti itu.


Dalam pada sibuk menjaga dan membesarkan anaknya Lara Alana yang genap berusia satu tahun pada 22 Julai ini, Scha dan suami, Awal Ashaari kini sedang sibuk menguruskan perniagaan butik Gardrobe Haus yang terletak di Empire Damansara, Damansara Perdana. – MYNEWSHUB.CC




Single Polls, Total 426 Users voted
Screen-Shot-2015-01-22-at-4.47.00-PM.png

Lara

 

117Vote 27.46%

aai.jpg

Aisyah Dhia

 

251Vote 58.92%

11357436_1578870469046496_355651970_n.jpg

Andra Anak Tomok

 

37Vote 8.69%

black1-630x349.png

Anak black

 

21Vote 4.93%

Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2015 09:34 AM | Show all posts
aishah la paling comei..aishah bling bling..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 09:46 AM | Show all posts
aishah comey. rasa nak cubit2 pipi dia..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 09:49 AM | Show all posts
mamapea replied at 30-6-2015 09:34 AM
aishah la paling comei..aishah bling bling..

Tapi ai tengok anak si fasha tu jemaima comel


Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 09:55 AM | Show all posts
fynnkakiblock replied at 30-6-2015 09:49 AM
Tapi ai tengok anak si fasha tu jemaima comel

btl..jemaima tu mcm anak mat saleh..tp publisiti utk jemaima kurang kan..


Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 09:56 AM | Show all posts
kalau iye pun nak buat vote .. cer buat kategori ..
1. anak keturunan mat saleh
2. anak keturunan rumpun melayu

baru ler adil sikit kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2015 10:00 AM | Show all posts
mamapea replied at 30-6-2015 09:55 AM
btl..jemaima tu mcm anak mat saleh..tp publisiti utk jemaima kurang kan..

tepek la gamba jemaima tu ...nak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak tecit lara ni sgt cheeky.active plak tu..semua benda dia nk explore.such a bright and smart baby.
Anak cheta stakat pakai lawa memanjang mcm mak dia jah...
Anak tomok sgt cerdik!!cuteness overload!!
Anak black..mocik xpolow pon.no comment..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2015 10:03 AM | Show all posts
semua anak comel... tercomel..terlebih comel.... anak black pun comel... kulit macho... segak budak ni bila besar.... hem....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 10:04 AM | Show all posts
dulu bila anak dia paling comel, rasa bangga..
sekali keluar lagi comel, terus keluar statement jangan bandingkan
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 10:31 AM | Show all posts
lara aktif dari anak che tak
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 10:34 AM | Show all posts
Mmg Aaisyah yg menjuarai carta setakat ini. Tapi tgk la pulak keturunan dia mcmana.
Lara... Mak Pak nya melayu deli. Samalah Andra, Jemimah, Anak Nabil & Anak Tomok.
Baby ni ada aura mereka tersendiri.... pd aku baby2 ni x tau pa per. Dpt cium dorg cam cium bau syurga.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Jemaima ank fasha comel, rayfal pun not bad
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 10:41 AM | Show all posts
semua baby comel lah
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 10:45 AM | Show all posts
Comel je nak schawal aku tgk dia nmpk bijak
Aisyah opcos plg comel kokosen kan
Anak tomok pn comel2
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 10:46 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 30-6-2015 10:04 AM
dulu bila anak dia paling comel, rasa bangga..
sekali keluar lagi comel, terus keluar statement jan ...

yaaa... aku rasa pun camnie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2015 10:49 AM | Show all posts
cucu aku lagi comeyy.. bling.. bling..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 10:51 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 11:24 AM | Show all posts
lara comelll.. suka dia pandai buat mimik muka sesuai keadaan

aaisyah pun comel pandai kenyit2 mata
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
iols suka baby yg gebus2 berlipat2 mcm michelin..tu definisi comel bg ai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.196943 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list