CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1397|Reply: 10

[Jenayah] Lima penyamun bawah umur dicekup

[Copy link]
Post time 30-6-2015 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Lima penyamun bawah umur dicekup

Nik Amirulmu,Min Nik Min
30 Jun 2015
http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/lima-penyamun-bawah-umur-dicekup-1.406114

KUANTAN - Polis berjaya menyelesaikan dua kes samun kedai serbaneka 24 jam awal pagi kelmarin dengan tertangkapnya lima remaja bawah umur termasuk dua pelajar sekolah menengah di sini kurang dua jam selepas kejadian.
         
        Suspek berusia 16 hingga 18 tahun berasal sekitar bandar Kuantan ditahan secara berasingan di mana tiga daripada mereka kesemuanya berusia 18 tahun dicekup seawal jam 7 pagi ketika berada di sebuah rumah di Air Putih.
         
        Manakala dua pelajar tingkatan empat dan lima itu ditahan di rumah keluarga mereka di Lorong Galing di sini antara jam 2 hingga 3 petang hari yang sama.
         
        Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, ekoran tertangkapnya kesemua suspek itu, polis berjaya menemui dan merampas kereta jenis Perodua Myvi yang digunakan, pakaian, sejumlah rokok, cerut, gula-gula yang disyaki hasil samun yang sudah dibahagikan.
         
        Menurutnya, polis juga turut merampas batang besi dan topi keledar yang digunakan dalam kejadian samun itu dalam simpanan salah seorang suspek.
         
“Kejayaan ini susulan dua laporan polis yang dibuat dua pekerja kedai serbaneka 24 jam di Jalan Beserah dan Sungai Isap mendakwa mereka menjadi mangsa samun sekumpulan lelaki bersenjatakan batang besi kira-kira jam 3.45 pagi hingga 5.35 pagi disyaki didalangi kumpulan sama.
         
“Dalam kejadian pertama di premis di Jalan Beserah, tiga lelaki menaiki kereta jenis Perodua Myvi masuk ke dalam kedai sebelum mengugut pekerja sebelum melarikan sejumlah rokok pelbagai jenis dan wang tunai kira-kira RM100,” katanya.
         
        Abdul Aziz berkata, tidak puas hati dengan habuan pertama, suspek yang juga pemilik kenderaan digunakan mengajak dua lagi rakan mereka berusia 16 dan 17 tahun untuk menyertai mereka melakukan samun kedai serbaneka 24 jam yang menjadi sasaran di Sungai Isap.
         
“Dalam kejadian kira-kira jam 5.35 pagi itu, suspek melarikan sejumlah rokok dan wang tunai hanya RM50.
         
“Susulan kejadian, polis  berjaya mengesan kereta dinaiki suspek dipandu laju di Air Putih di sini,” katanya.
         
        Beliau berkata, hasil gerakan yang dijalankan, polis berjaya mengesan kereta tersebut diletakkan di luar sebuah rumah sebelum berjaya menahan mereka dalam tiga serbuan berasingan.
         
“Semua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut termasuk mengenal pasti penglibatan mereka dalam kes-samun kedaia serbaneka yang dilaporkan di sini sebelum ini,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2015 11:56 AM | Show all posts
bebudak ni geng ponteng skola ke..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 12:01 PM | Show all posts
muda2 dah jahanam dekkk...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 12:02 PM | Show all posts
gula2 pun nak rompak ke???
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 12:03 PM | Show all posts
alahai dik...dik....sepender pun mak msih belikan kannn.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 12:31 PM | Show all posts
nie laa toyol bulan puasa....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2015 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sikit2....lama2 boleh rompak bank...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 12:35 PM | Show all posts
dah tau rokok mahal, awak tu skolah lagi...xyah gatal nk merokok

igt terer sgt nak merompak bagai...haaaaa menangis la korg dlm lokap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2015 12:38 PM | Show all posts
kecik2 dh menyamun...apa nk jd
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah...ni mesti dr keluarga yg 8-10 anak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 10:09 PM | Show all posts
bluehedgehog replied at 30-6-2015 10:06 PM
Tahniah...ni mesti dr keluarga yg 8-10 anak..

You mesti tengah mengumpat Spidey secara tidak langsung kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.072918 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list