CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2520|Reply: 9

Mengaku salah ambil dadah, Mamat didenda RM1,500

[Copy link]
Post time 30-6-2015 12:35 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 30 Jun - Bekas penyanyi kumpulan Exist, Mamat sekali lagi didenda RM1,500 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan mengambil dadah, Mac lalu.
Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Ali Kamaruddin yang pernah popular dengan lagu Untukmu Ibu didakwa telah menggunakan dadah jenis methamphetamine ke dalam badannya di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik,Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang di sini kira-kira pukul 11 malam, 26 Mac lalu.
Pemenang tempat ketiga dan persembahan terbaik hasil undian penonton program realiti Gegar Vaganza baru-baru ini yang meraih wang kemenangan RM20,000 itu didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurakmal Farhan Aziz manakala tertuduh diwakili peguam Fadlyzil Ikram Norzailan Shah.
Sebelum ini, pada 1 April lalu, Mamat yang dituduh atas kesalahan yang sama dibawa ke Penjara Bentong untuk menjalani hukuman setelah gagal membayar denda RM4,500. - UTUSAN ONLINE

SEMOGA MAMAT DIBERI HIDAYAH DAN INSAF....



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2015 12:40 PM | Show all posts
pasrah je la mamat oii..kawan nge dadah pasai ape... dahla xde org nak beradek abg..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 12:42 PM | Show all posts
duit menang tu pon ntah2 dah abis...org dah bg peluang kedua ketiga..ko masih x insaf
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 12:45 PM | Show all posts
duit menang gegar vaganza lettew. patut heols ta menang, boleh nampak lagi heols menyanyi cari duit. ini dah menang, terus lesap high dgn dadah
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 12:47 PM | Show all posts
mmang gitu la ummah .... bila dapat duit ... terus kbur pandangan mata .... jimba itu penting ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 12:51 PM | Show all posts
Dadah: Mamat Exist didenda RM4,000


30/06/2015 12:04pm

Oleh MUHAMAD TARMIZE MOHD. NOR
AMPANG JAYA - Bekas vokalis kumpulan Exist, Mamat didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas tuduhan menggunakan dadah berbahaya akhir Mac lalu.

Majistret Noor Farah Hazwani Osman menjatuhkan hukuman tersebut kepada Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Ali Kamarudin, 36, setelah tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Mengikut pertuduhan, Mamat didakwa menggunakan Methamphetamine di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang dekat sini pada pukul 11 malam 26 Mac lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama.

Mamat boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali dan pengawasan polis tidak lebih dari tiga tahun jika sabit kesalahan. - KOSMO!



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 1.htm#ixzz3eWBQwwpf
Hakcipta terpelihara
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-6-2015 12:52 PM | Show all posts
Ampang: Bekas vokalis kumpulan Exist, Mohd Ali Kamarudin atau Mamat didenda RM4, 000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah jenis syabu, Mac lalu.

Majistret Noor Farah Hazwani Osman ketika menjatuhkan hukuman turut memerintahkan penyanyi berusia 37 tahun itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah turut mengarahkan Mamat diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Untuk Mu Ibu dan pernah memenangi tempat ketiga pertandingan nyanyian Gegar Vaganza yang memakai baju penjara berwarna merah itu kelihatan tenang sepanjang prosiding.

SUMBER HARIAN METRO..

SATU SUMBER RM1,500 SATU SUMBER RM4000...- YANG PASTINYA MAMAT KENA BAYAR DENDA.. KALAU TAK KENA MASUK PENJARA...





Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 12:56 PM | Show all posts
tak reti serik mamat ni.... dok je dlm penjara tu sumo idup lagi bagus... bagi lepas pon ulang wat benda sama jugak...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2015 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Berpisah tada.... Mamat. Mamat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 10:28 PM | Show all posts
susah kan kalau sekali dah terpalit najis nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.180734 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list