CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9215|Reply: 128

[Tempatan] Edisi rega minyak naik :Pemberitahuan perubahan harga minyak kpd .......

[Copy link]
Post time 30-6-2015 10:08 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Tiada lagi notis pemberitahuan mengenai perubahan harga minyak kepada orang ramai dan hanya akan dimaklumkan kepada pengusaha minyak pada setiap hujung bulan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata ini kerana perubahan harga minyak akan menjadi rutin memandangkan harga minyak dijangka sentiasa berubah setelah kerajaan melaksanakan penetapan harga runcit untuk petrol RON95, RON97 dan diesel mengikut kaedah Pengapungan Terkawal mulai 1 Dis tahun lalu.

"Setiap hujung bulan jam 12 malam, kita akan beritahu harga baharu kepada pengusaha minyak sama ada harga minyak turun, kekal atau ada peningkatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Hari Terbuka Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) anjuran Pemuda UMNO di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Belia dan Sukan dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, yang juga Ketua Penerangan UMNO.

Sebelum ini pemberitahuan mengenai perubahan harga minyak akan diumumkan di laman web rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Berdasarkan senario setiap hujung bulan iaitu selepas jam 12 malam harga minyak dijangka mengalami perubahan, Hasan bagaimanapun enggan mengulas  sama ada harga petrol RON95, RON97 dan diesel mengalami kenaikan, penurunan  atau kekal pada kadar semasa selepas tengah malam ini (1 Julai).

"Kita tunggu sahaja jam 12 malam ini, lihat bagaimana," katanya.

Harga runcit semua jenis minyak pada 1 Jun lalu naik 10 sen seliter menjadikan harga baharu semasa RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 (RM2.35 seliter) manakala diesel (RM2.05 seliter).

Sementara itu, Hasan menafikan dakwaan akan terdapatnya peningkatan terhadap harga siling ayam bersempena musim perayaan ini.

Katanya, skim kawalan harga barangan untuk Aidilfitri tahun ini dijangka diumum pada Jumaat ini, dan orang ramai diminta tidak menyebarkan perkara yang tidak benar mengenainya.
-
"Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani juga dah kata tiada masalah dengan bekalan ayam, kita jangka tiada masalah dengan harga juga, jangan sebar benda yang tidak sahih," kata Hasan.

Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan dijangka mengumumkan pertambahan jenis barangan yang dikenakan 'sifar' GST pada pembentangan bajet akan datang.

Katanya, kerajaan melalui satu jawatankuasa khas sedang mengumpul maklum balas daripada seluruh golongan rakyat dan akan mempertimbangkan jenis barangan dan perkhidmatan tidak akan dikenakan GST.

"Contohnya kita dapat cadangan supaya tidak kenakan GST terhadap barangan sembahyang serta barangan keperluan rumah yang digunakan semua golongan, kita akan pertimbangkan dan segala penambahbaikan akan diumum pada pembentangan bajet yang dijangka Oktober nanti," katanya.

Ahmad berkata sehingga kini kerajaan telah mengadakan sebanyak 525 sesi penerangan mengenai GST dengan pelbagai pihak dan akan meneruskan usaha berkenaan sehingga rakyat benar-benar faham mengenai pelaksanaan cukai berkenaan.

Read more at:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemberitahuan-perubahan-harga-minyak-kini-hanya-kepada-pengusaha-minyak-hasan-64318?cp


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2015 10:10 PM | Show all posts
nak naik la tu senyap2 kan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2015 10:10 PM | Show all posts
by de way.. katanye petrol naik rega besok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2015 10:13 PM | Show all posts
dino replied at 30-6-2015 10:10 PM
nak naik la tu senyap2 kan....

ambik kat paul tan

[color=#9900 !important]

Fuel prices for the month of July 2015 has been announced, and it’s mostly bad news. We’re hearing the new prices a bit late this time around because KPDNKK Minister Datuk Seri Hasan Malek has said that there will be no more prior public announcement of fuel price changes at the end of the month. Price changes (if any) will only be issued to retailers.

Effective Wednesday, July 1, RON 95 petrol will be priced at RM2.15 (up 10 sen compared to June), RON 97 petrol at RM2.55 (up 20 sen), diesel at RM2.05 (unchanged) and Euro 5 diesel at RM2.15 (unchanged). As before, the price of RON 97 is inclusive of 6% GST.


Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
bagitau rakyat ngamuk.
tak bagitau lagi rakyat ngamuk.

tp ahli politik peduli apa... diorg pun naik kete gomen, minyak silap2 free!
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 10:17 PM | Show all posts

OHBULAN





Syukur Alhamdulillah harga minyak naik lagi malam ini. Terima kasih PM. Jom kita balik kampung beraya dengan harga minyak yang baru!!!!  Grrrrrr!!!

Ron95 naik 10sen, Ron97 naik 20 sen..jom sama sama ucap TERIMA KASIH PM!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2015 10:20 PM | Show all posts
harga naik ke?  



syukur lah naik......! semoga lebih banyak keuntungan Petronas...!

jgn lupa biasiswa petronas tu utk anak2 melayu (termasuk utk bangla, rohingyas, pakistan, suluk, etc)

wajib sokom kenaikan ini....!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2015 10:20 PM | Show all posts
balik kg naik truck pakai diesel..
masalahnye nanti.. segala menda naik harga.. dgn minyak naiknye.. musim perayaan lg..
tahniah.. selayaknye lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2015 10:22 PM | Show all posts

tak gi serbu stesen minyak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 10:23 PM | Show all posts
$$$$$$$$$((::;($&9

Minggu dpn nk balik raya
Kecelakaan apakah ini
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 10:23 PM | Show all posts
tenkiu gomen.
i lap yu
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 10:30 PM | Show all posts
atira replied at 30-6-2015 10:13 PM
ambik kat paul tan

Fuel prices for the month of July 2015 has been announced, and it’s mostly  ...

mujur la kete aku jimat minyak... rm50 thn seminggu....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 10:30 PM | Show all posts
Bik mama senyum sinis jah sis
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 10:30 PM | Show all posts
lambatnye aku tahu..
patut la tadi berpusu ummah gi isik minyak..
aku nak isik terdesak sebab dh kelip kelip dah...
naseb aku x kene tolak kete ke pam
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulilah..diesel masih takuk lama..masih boleh melenjan
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 10:34 PM | Show all posts
lepas ni kalau ada lagi orang yang sokong kerajaan korup najib ni memang macai level 999 la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2015 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejinya dpt muntri mcm nih....so nilai RM dh blh naik la start esok gamaknya:@
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Elhamdolellah...inilah pemerintah shumul suchi yg ummah bangga2kan.begitu perithatin dengan nasib marhaen.lagi2 di musim perayaan menghampir tiba, pengusaha stesen2 minyak haruslah diutamakan keuntungan mereka supaya anak bini mereka dpt balik kg dengan sempurna
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 10:35 PM | Show all posts
Patutlah tadi aku isi minyak banyak kereta beratur.. Rupanya ada berita gembira.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 10:38 PM | Show all posts
Ayah Kulup xnak sound Hassan Malek ke?

xkan berani sound Azwana Ali je Jilakeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 1.132700 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list