CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1530|Reply: 11

[Tempatan] Edisi Zakat 2015

[Copy link]
Post time 1-7-2015 04:09 AM | Show all posts |Read mode
DrMAZA.com

Zakat

Saya tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan. Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih 1.5 billion. Itu setiap tahun. Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Iklan-iklan kutip zakat mahal dan hebat. Tiba-tiba ada si miskin kita terpaksa merintih simpati dari pihak lain termasuk gereja?

Ada pegawai zakat bersifat begitu meterialistik. Berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat. Tiada semangat dakwah dan ukhuwwah Islamiyyah. Pemohonan sulit dan sukar. Apatahlagi jika mak cik tua yang uzur disuruh mengisi borang. Maka, pemohon zakat bagaikan peminta sedekah. Sebab itu barangkali ramai fakir yang tidak sanggup ke pejabat zakat.

Jika program ‘Bersamamu’ boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula ada pihak zakat yang gagal mengesan mereka. Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pejabat zakat.

Menurut al-Quran, yang miskin tidak meminta itu lebih patut diutamakan. Firman Allah (maksudnya): “(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak, dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya”.( Surah al-Baqarah ayat 273)

Berilah zakat kepada mereka, kerana itu memang hak mereka. Jangan jadikan mereka pengemis di pejabat zakat. Berilah dengan kasih dan perancangan agar mereka keluar dari daerah kemiskinan. Bukan RM 100 ataupun 200 yang menyebabkan mereka akan beratur mengemis zakat setiap tahun.

Kata Saidina ‘Umar r.a.:“Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”. Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah).

Bahkan zakat boleh diberikan kepada bukan muslim yang miskin atas peruntukan fakir dan untuk dakwah atas peruntukan muallaf. Lihatlah perbahasan fekah yang lebih luas. Jika zakat berfungsi, bukan muslim juga akan tertarik dengan Islam. Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam!

https://www.facebook.com/DrMAZA/posts/10152628756912990

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2015 05:39 AM | Show all posts
sepatutnyer org zakat cari org miskin.....
nih terbalik....org miskin kena cari org zakat.....
nak bagi kat  muslim yg miskin pun berkira giler....
kalau tak der org dalam...turun naik la ngisi borang jer.....
silap2 tak lulus......


Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts
betul tu.. tu igt pak cik sorg ni..dia kata xpe mampu lg.. sdgkn trjengkut jengkut.. skt aritu trlantak.. iols tolong ambl kn borg zakat...tp tu la isi lg sbb xde slip gaji nk surat pngesahan penghulu..cm mnyusahkn.. yg pliknya knp xde penghulu o wakil rakyat yg pantau..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 06:53 AM | Show all posts
kena cari orang yang betul betul ikhlas dan jujur utk membangunkan ummah menjadi pegawai pegawai zakat ni ...

bukannya pegawai2 yang pemalas ... korup ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak kutip zakat boleh plak turun padang, bila nak turun cari asnaf yg layak tetiba xde pegawai yg boleh turun padang.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit zakat melambak.alasan bg sikit2 xnk org ni blemak mudh dpt bantuan,ada je.

Sedara suami yg duduk arab tu,dpt zakat..siap dpt rumah pusat zakat bg.xda bayar pape ok.bulanan dpt 3 ribu,brg keperluan,puasa dgn raya jgn ckp,bganda dpt.sbb tu xmarah raja dia yg kaya berhuha..

Bukan lah suruh sediakan mcmtu,tp jdkn cth lah..ni yg baca aritu org miskin mtk bantuan zakat,sewa rumah rm300 pun mahal,suruh cri yg seratus lbh..bantuan bulanan pun ciput.kutip duit banyak,tp nk salurkn bkira.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2015 07:34 AM | Show all posts
kasi upgrade laa kete ngan bangunan pusat zakat tue...baru nampak gah.......
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 07:57 AM | Show all posts
elok zakat bagi kepada negara...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2015 08:01 AM | Show all posts
betul lah tu "kayakan mereka" com
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 08:30 AM | Show all posts
Baru plan nk byr zakat monthly / annually starts next year.
Tp kalau dah begini keadaannya, was2 la plak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut kene letak jgk KPI utk bg duit pd org miskin nie bkn KPI utk kutip zakat jer...

Org zakat tak rajin cari org miskin sbb tak bole claim mileage kot..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 08:56 AM | Show all posts
card_reader replied at 1-7-2015 07:05 AM
Nak kutip zakat boleh plak turun padang, bila nak turun cari asnaf yg layak tetiba xde pegawai yg bo ...

Betul..masa nak kutip,pelbagai idea dan kaedah..drive thru la and segala pelosok tempat ada amil untuk kutip zakat.Tapi tak terpikir plak time nak bagi tue , taknak la buat initiative yang memudahkan untuk di berikan...Agama di gunakan untuk kepentingan diri.Sedih..tapi itulah hakikatnya.Kalau betul zakat nie berfungsi,dah lama takda program bersamamu tue.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.070610 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list