CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2473|Reply: 5

[Tempatan] Awasi Men In Black Versi Wong Jowo & Bugis

[Copy link]
Post time 1-7-2015 08:17 AM | Show all posts |Read mode
                                                                            Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) Datuk Abd Rahman Mohamed Dewam memakaikan kaca mata pengintip kepada anggota Unit Pencegahan Kekotoran (UPK) pada majlis pelancaran UPK di Bangunan MBJB hari ini. - Foto Bernama                                                                     

                         [url=]
[/url]                 




        JOHOR BAHRU - Mereka yang mahu membuang sampah sesuka hati di bandar raya ini mulai esok perlu terlebih mengawasi indvidu yang bercermin mata hitam di sekeliling mereka.

        Ini kerana individu sedemikan kemungkinan besar merupakan anggota Unit Pencegahan Kekotoran (UPK) Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) yang mampu mengesan pembuang sampah menerusi cemin mata pengintip 'spy sunglass camera' yang dipakai mereka.
            
        Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Abdul Rahman Mohamed Dewam berkata, peranti itu yang berdefinisi tinggi mampu merakam visual dan audio selama lapan jam.

        "Setakat ini MBJB mempunyai enam alat itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan UPK di sini hari ini.
            
        Beliau berkata, enam orang anggota UPK akan berpakaian biasa dan memakai alat itu semasa melakukan penyamaran.
            
        "Orang awam yang tertangkap membuang sampah akan dibawa ke kaunter bergerak bagi melihat kembali video kesalahan yang telah dirakam oleh pihah UPK sebelum mereka diminta menjelaskan kompaun.
            
        "Pesalah akan dikenakan kompaun dengan kadar RM20 bagi pelajar, RM50 bagi orang dewasa dan pelancong.
            
        "Pesalah yang gagal menjelaskan kompaun akan dikenakan tindakan mahkamah manakala pelajar sekolah atau pengajian tinggi akan diminta untuk menghadiri program Kesedaran GAS (Generasi Anti Sampah)," kata beliau.
             
        Abdul Rahman berkata, sasaran utama pemantauan di bawah 'Zon Penguatkuasa Anti-Litter' itu termasuk kawasan siar kaki City Square, JB Bazar, Bazar Karat, JB Sentral dan Larkin Central.
            
        Beliau berkata, MBJB akan turut mengedar surat pemberitahuan pelaksanaan program antisampah di pejabat kerajaan, sekolah, institusi pengajian tinggi, pusat beli-belah dan premis gedung perniagaan.
            
        "Kami berharap dengan adanya unit dan peralatan baru ini, ia dapat membantu mengekang perbuatan membuang sampah dan sekali gus melahirkan lebih ramai masyarakat maju yang menjadikan kebersihan sebagai budaya hidup mereka,"
        katanya.
            
        Sementara itu beliau menolak dakwaan Adun Pengkalan Rinting, Cheo Yee How bahawa kawasan pelancongan warisan dalam bandar raya Johor Bahru dibelenggu masalah sampah serta memberi ancaman keselamatan kepada pengunjung.
            
        Beliau berkata, dakwaan tersebut tidak benar kerana pihak MBJB sentiasa menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam memantau kebersihan dan keadaan semasa di kawasan tersebut.
            
        "MBJB dan polis sentiasa membuat rondaan dan pemantauan di sekitar kawasan itu bagi memastikan keselesaan para pengunjung di samping membasmi aktiviti yang tidak sihat," kata beliau.
            
        Yee How dilaporkan sebagai berkata, pihak berkuasa perlu mengkaji semula perancangan Bazar Karat dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kebersihan, keselamatan serta tempat letak kereta di sekeliling pusat Bandaraya Johor Bahru kerana ia adalah kawasan tarikan pelancong. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2015 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa la harga seketul tu... Lps kena up lg ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Abam sokong...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 08:36 AM | Show all posts


dekat lelong dalam rm80
tapi tender MBJB rm350 kot
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 08:42 AM | Show all posts
sokong ,,,,, xdelah jadi penternak lalat and tikus ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi! Tajuk tak menàhan. Igatkan penjenayah, rupanya orng mbjb.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.118550 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list