CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5020|Reply: 23

[Edisi Eloklah Tu] Aliff Aziz Bakal Bertunang Disember Ini

[Copy link]
Post time 1-7-2015 07:20 PM | Show all posts |Read mode


Artis kontroversi, Aliff Aziz memilih untuk mengikat tali pertunangan dengan teman wanitanya, Bella Astillah, 21, pada Disember depan.

Penyanyi kelahiran Singapura itu berkata, bukan mudah untuk beliau memenangi hati kedua ibu bapa Bella berikutan pelbagai kontroversi dari segi masalah sosial dan tidak disiplin yang membabitkan dirinya.

"Saya akui ibu bapa mana yang ingin melihat anak mereka hidup dengan seorang lelaki yang penuh kontroversi seperti saya. Bukan mudah untuk saya memenangi hati mereka pada mulanya.

"Namun, mungkin kerana keikhlasan dan kesungguhan yang saya berikan berjaya membuka hati mereka untuk menerima saya. Biarlah kisah lalu menjadi pengajaran buat saya agar menjadi seorang yang lebih baik pada masa hadapan.

"Kami memilih untuk bertunang akhir tahun ini dan merancang berkahwin pada masa tahun depan. Kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan," kata Aliff kepada BH Online.

Beliau bertekad memilih Bella iaitu kakak kepada Didi Astilla yang sedang menuntut di Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) dalam bidang penyiaran.

Aliff Aziz dan Bella ditemui pada majlis pelancaran rancangan istimewa Hari Raya Astro di Hotel The Majestic di sini.

Abang kepada Aisyah Aziz itu turut mengakui terkilan kerana adiknya terpalit sama dengan pelbagai kontroversi yang membelenggu dirinya.

"Saya kasihan melihat Aisyah yang menjadi buruan setiap kali kontroversi yang melanda diri saya menjadi bualan. Dia adalah adik saya, mana mungkin dia hendak membuka kisah keluarga kepada pihak media.

"Sebenarnya saya lebih selesa sekiranya pihak media terus menanyakan hal itu kepada saya kerana tidak mahu membebankan adik saya dengan masalah hidup saya. Saya harap selepas ini Aisyah tidak perlu lagi berdepan dengan situasi itu," ujar Aliff.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2015 07:24 PM | Show all posts
semoga lancar la semuanya ye.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 08:22 PM | Show all posts
tahniah la ye...
moga dipermudahkan urusan..
kurangkan kontroversi murahan ye..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
eloklah tu....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dik bella buat istikarah dh ke
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
okla..selamat berbahagia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2015 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Aliff Azizi ni dulu aktif gak berlakon. Tapi banyak sangat masalah peribadi dan masalah disiplin. Terus pihak produksi tak nak amik dia berlakon. Padahal lakonan dia not bad la
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 11:03 PM | Show all posts
Bella astila
Didi astila ni sapa
Gaya tulisan macam seorg yg femes?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2015 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
muka bell ni mcm peliks.ke iols sorg yg perasan
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 11:41 PM | Show all posts
Harap2 alif ni dah betul2 berubah. Moga dik bella istikaharah dulu.umur muda lagi jgn sebab gatal nak berlaki mkn hati kemudian hari.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape dd astilah tew
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 05:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Lahhhhhh..tahniah lah kalo betoi..

Mati2 mia ingat alif aziz ni weng..rupanya masih normal..alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga betul2 berubah...pasal dl pun pernah ckp camni, pastu buat hal lg
Seram wei kalau jd bella ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 06:48 AM | Show all posts
Dismember masih jauh. Mcm mcm boleh jadi..... Dapat la publicity sikit si Bella n si didi yg aku tak kenal pun
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Lama lg disember tu. Takyah la canang awal2 takut tak jadi nnti kan dh malu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 07:25 AM | Show all posts
gigih sebut nama si adik.."kakak kepada Didi Astilla"...sape didi tu???

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2015 07:28 AM | Show all posts
alif ni dgn zul ripin sesuai jd adik badik kalo blakon...muka iras ..bdn plk sama sadonya
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 08:05 AM | Show all posts
aku respek dengan adik dia nih..
pe yang buruk pasal abang dia xpernah buka cita
sentiasa positif ja..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 09:25 AM | Show all posts
eloklah kalau dah berubah
jangan siakan masa muda
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 09:36 AM | Show all posts
helokkk lahh tuu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.125646 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list