CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5641|Reply: 32

[Tempatan] Sebanyak 1,657 kes kemalangan direkodkan di LPT 2 sejak tahun 2011

[Copy link]
Post time 2-7-2015 01:04 AM | Show all posts |Read mode

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 1,657 kes kemalangan dicatatkan di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) yang menghubungkan Jabor, Kemaman ke Gemuruh, Kuala Terengganu yang mula beroperasi sejak Ogos 2011.



Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab. Rahman hari ini berkata, daripada jumlah itu sebanyak 50 kes kemalangan maut direkodkan melibatkan 58 kematian.

Katanya, dalam laluan sejauh 184 kilometer itu, daerah Hulu Terengganu mencatat jumlah terbanyak kemalangan iaitu 31 kes diikuti Dungun (12 kes) dan Kemaman (tujuh kes).




"Bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini sejumlah 385 kes kemalangan telah dilaporkan dan 16 kes daripadanya merupakan kemalangan maut," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini.

Turut hadir wakil Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR). - Bernama





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2015 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau di-report-kan sifar jumlah kemalangan, baharulah aku akan terkejut. :zz
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 09:50 AM | Show all posts
highway tu tak rata...jalan berombak...serupa naik DUKE jah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 09:10 PM | Show all posts
highway yg tiada kualiti
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Highway tu dia nye beralun leh terbang
Only in melesia
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 03:35 AM | Show all posts
berapa byk kes haiwan masuk LPT
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2015 03:46 AM From the mobile phone | Show all posts
highway beralun pi bawak laju lagik
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn replied at 5-7-2015 03:46 AM
highway beralun pi bawak laju lagik

Saya setuju, saya mmg pengguna tegar lpt, sebulan kadang2 lima kali duk berulang kl-dungun.

Saya perhatikan, sesetengah pemandu mcm tak pakai otak. Jln mmg agak beralun, lagi duk pecut (120-130), kalo maintain tak lebih 110, ok jer.

2- Bila hujan mcm tu lah juga, makin lebat makin dipecutnya..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2015 12:16 PM | Show all posts
lebuharaya yang kurang kualiti, mungkin kurang pengawasan semasa pembinaannya??
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kualiti jalan pun kualiti jalanlah jugakkan, tapi kualiti otak caprut engkau orang tu jangan dipertikaikan pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Jalan mcm ombak.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 04:53 PM | Show all posts
Jln beralun..dgn angin lintg dr mana ntah..choi sgt...xleh bwk laju2
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 02:13 AM | Show all posts


Penceramah Bebas Maut Kereta Terbabas Di Dungun
Posted on Sunday, July 05 @ 23:50:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh  KetamBatu



DUNGUN – Seorang penceramah bebas maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di Km352.3, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Bukit Besi-Ajil kira-kira pukul 9.20 pagi ini.









Sumber foto: Facebook (Allahyarham) Ustaz Shauqi A. Rahman.

Mohd Nor Shauqi A. Rahman, 29, disahkan meninggal dunia kira-kira 12.40 tengah hari tadi ketika menerima rawatan di Hospital Dungun.
Ketika kejadian, mangsa bersama-sama isterinya Siti Maryuni Mansor, 27, dan anaknya Safiyah Maisarah, 2, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk pulang ke rumah mereka di Batu Buruk, Kuala Terengganu.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi Bernama berkata anak dan isteri penceramah itu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.
– BERNAM

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 02:18 AM | Show all posts
Kemalangan: Ambulan Lewat Dan Kerbau Atas LPT Jadi Isu !
Posted: 19 Jan 2015 01:40 AM PST

KUANTAN: NGO Angkatan Pembela Rakyat (ANGKARA) kesal dengan kecuaiaan pengurusan Projek Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan kelewatan bantuan menyelamat oleh Hopsital Sultan Hj.Ahmasd Shah (HoSHAS) menyebabkan mangsa kemalangan terpaksa menanggung kesakitan yang agak lama di lebuhraya itu malam tadi. Penyelaras Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli,44,  (foto) berkata akibat kecuaian dan kelewatan tersebut menyebabkan mangsa yang sepatutnya dapat diselamatkan lebih awal terpaksa bersabung nyawa untuk meneruskan hidupnya.

Menurut Shukri, kecuaian LPT ialah masih terdapat haiwan peliharaan yang berkeliaran di atas lebuhraya itu. "Beberapa tahun lalu kita pernah mendengar ada kemalangan maut melibatkan pelanggaran dengan lembu-lembu, malam tadi ia kemalangan berlaku apabila dua ekor kerbau berada di atas LPT berhampiran jalan susur keluar menghala ke Plaza Tol Temerloh... Persoalannya, bagaimanakah penyelelengaraan yang dibuat oleh Anih Berhad dan MTD?. Bayangkan kerbau boleh berada atas lebuhraya di malam hari", katanya.




Difahamkan kemalangan yang berlaku sekitar jam 8.00 malam itu melibatkan beberapa buah kenderaan yang melanggar dua ekor kerbau. Kenderaan yang paling teruk ialah kereta jenis Proton Saga FLX yang terbalik akibat insiden tersebut. "Pemandu kereta itu adalah seorang gadis... hentaman kuat menyebabkan darah mengalir keluar dari telinganya.. mungkin akibat kecederaan dalaman di kepala... sadisnya, ayah mangsa yang dihubungi oleh orang awam telah sampai dari Kemaman, Terengganu, tetapi ambulan dari HoSHAS yang terletak sekitar 20 kilometer dari lokasi tidak sampai-sampai di tempat kejadian...Bantuan hanya tiba sekitar jam 9.40 iaitu satu setengah jam kemudiaan.. itupun ambulan JPAM ... mangsa terpaksa menanggung kesakitan akibat telinga berdarah dan kepala yang membengkak.. Mujurlah ada seorang wanita berjaya menenangnya gadis terbabit", kata Shukri.




Difahamkan, mangsa memandu bersama adiknya yang juga perempuan. "Paling mengecewakan, ada orang awam yang menawarkan kenderaannya untuk membawa mangsa ke hospital namun dihalang oleh petugas LPT atas alasan perlu ikut peraturan yang telah ditetapkan... Bayangkan, ketika nyawa manusia hampir melayang pun mereka masih mahu ikut peraturan.. sudahlah ambulan lambat sampai.. persoalannya, kenapa kelewatan ambulan dari HoSHAS boleh berlaku dan kenapa binatang seperti kerbau boleh berada di atas jalanraya yang digelar lebuhraya?.. Mohon pihak berkenaan menjawabnya segera demi keselamatan orang ramai yang pasti akan terus menggunakan laluan terbabit. Sepatutnya kejadian seperti ini dapat dielakkan jika MTD dan Anih Berhad cakna isu binatang masuk ke LPT ini.. Namun, kita tidak tahu apa SOP kerja yang mereka lakukan hingga berlaku kejadian yang tidak diingini seperti ini.. ", kata Shukri lagi. Tidak dapat dipastikan keadaan mangsa setakat artikel ini ditulis. #pahangdaily
http://www.pahangdaily.blogspot.com


Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 06:14 AM | Show all posts
batu_bergolek replied at 5-7-2015 11:42 AM
Saya setuju, saya mmg pengguna tegar lpt, sebulan kadang2 lima kali duk berulang kl-dungun.

Say ...

Masalahnya kenapa perlunya pembinaan yang tidak mencapai tahap.  Walaupun limit adalah 110kmj,  tapi sepertimana sebelumnya spt di PLUS sendiri, tidak timbul sangat isu track yang beralun spt di LPT.   Dan juga isu air bertakung yang banyak berlaku di sepanjangnya.  

Lagi ialah binatang spt lembu dan kerbau dan babi.   Boleh pula tengah syok drive ada nampak haiwan meragut betul2 di tepi besi penghadang. pernah saya hampir terlanggar dengan peliharaan ini.   Moga pemeliharanya mendapat pengajaran.   
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 08:27 AM | Show all posts
zorrro_03 replied at 6-7-2015 06:14 AM
Masalahnya kenapa perlunya pembinaan yang tidak mencapai tahap.  Walaupun limit adalah 110kmj,  ta ...

tapir pun ada kat LPT bang...

dah boleh buat zoo dah kat LPT tu

macam macam haiwan ada....benda biasa,bukan benda luar biasa nampak haiwan kat LPT , sedara mara aku, kawan-kawan aku dah berapa ramai yg accident langgar haiwan kat LPT


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2015 08:35 AM | Show all posts
nak bersimpati pun iols rasa macam berat sebab perangai pemandu tu sendiri..theols treat LPT2 tu macam racing track.. masa zaman iols kerja di kerteh .. setiap kali balik dari KL ke Paka, LPT2 ni mmg jarang2 tak de accident..

sorry to say la eh.. orang berplat T ni bawak kete mmg macam sakai... lembu2 berkeliaran pulak tak kurang hebat...

tak pyah la nak cakap cerita tahyul segala..kalau kau sendiri yang bawak kereta macam hantu..selayaknya la accident
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 09:24 AM | Show all posts
shodaime replied at 6-7-2015 08:27 AM
tapir pun ada kat LPT bang...

dah boleh buat zoo dah kat LPT tu

Belanja buat LPT billion.  Tapi pagar tahap sampah chainlink hijau.   Jahiliyah giler engineer dan konsetan. Depa tak tahu ke pagar brc yang lebih teguh dan tahan.  Jahat giler puak2 pembantai duit nih....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 5-7-2015 03:30 PM
Kualiti jalan pun kualiti jalanlah jugakkan, tapi kualiti otak caprut engkau orang tu jangan diperti ...

Kau pun sama kan?sembang kencang kau nih
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
sayang_mulut replied at 6-7-2015 08:35 AM
nak bersimpati pun iols rasa macam berat sebab perangai pemandu tu sendiri..theols treat LPT2 tu mac ...

Kau pun sakai kan?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.078029 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list