Agak lama juga tidak mendengar kisah penyanyi bersuara serak-serak basah, Rem Cassim, 41 tahun yang sangat popular dengan lagu hitnya Selingkar Kasih dan Semua Orang Tahu (S.O.T) pada awal kemunculannya sebagai penyanyi lewat 90-an. Walaupun agak menyepi dari media cetak dan elektronik, Rem masih lagi menerima jemputan nyanyian untuk majlis-majlis badan korporat. Ha! Jangan tak tahu suara Rem masih mantap seperti dahulu.
Rem atau nama sebenarnya Ramzani Kassim telah membuat 'comeback' dengan kemunculan lagu raya berjudul 'Ku Mohon'. Sebelum ini, Rem pernah muncul dengan lagu raya kegemaran ramai berjudul 'Lebaran Ini' berkolaborasi bersama-sama Kumpulan Raihan, Kumpulan Now See Heart dan Ajai pada tahun 2011. Kali terakhir Rem menghasilkan single beliau adalah pada tahun 2012 iaitu 'Selalu Ada' dan 'Nanti Bila Kaya' (NBK) namun kurang mendapat sambutan. Oleh itu, Rem mengakui bahawa beliau agak teliti dan mengambilkira selera dan trend peminat muzik masa ini untuk menghasilkan album 'comeback' kali ini.
Apapun mari kita tunggu lagu terbaru dari Rem. Anda sudah dengar lagu raya Rem 'Ku Mohon'?
remcassim Alhamdulillah..Tahun 2015 ni..Sy ade lagu raya bertajuk Ku mohon [size=12.6000003814697px]3w
[size=12.6000003814697px]