CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10985|Reply: 147

[Tempatan] Tak masuk syurga kalau solat tapi memfitnah, kata Najib

[Copy link]
Post time 2-7-2015 03:08 PM | Show all posts |Read mode
Tak masuk syurga kalau solat tapi memfitnah, kata Najib

OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Published: 2 July 2015 11:32 AM

Datuk Seri Najib Razak berkata mereka yang rajin solat tetapi masih memfitnah dan menghancurkan perpaduan, tidak tentu akan masuk syurga. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Julai, 2015.Datuk Seri Najib Razak berkata mereka yang rajin solat tetapi masih memfitnah dan menghancurkan perpaduan, tidak tentu akan masuk syurga. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Julai, 2015.Umat Islam tidak akan terjamin masuk syurga jika hanya menunaikan solat tetapi pada masa sama masih bersikap adu domba, kuat memfitnah dan menghancurkan perpaduan, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Perdana menteri memetik hadis mengenai amalan yang mendekatkan umat Islam dengan syurga, iaitu menjaga akidah, mendirikan solat, menunaikan zakat dan menjaga silaturrahim.

"Sembahyang tak tinggal, tapi jadi batu api, fitnah, adu domba, hancurkan perpaduan, tak jamin jadi ahli syurga.

"Pakai lambang besar pun tak jamin masuk syurga, ini peringatan untuk kita semua," katanya ketika berucap di Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada asnaf Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Serdang, pagi tadi.

Najib turut membidas rakyat Malaysia yang tidak bersyukur kerana memperlekehkan negara sendiri sedangkan setiap negara menghadapi cabaran tersendiri.

Membandingkan dengan nasib warga Rohingya dari Myanmar, katanya pelarian itu lebih menghargai Malaysia dengan bersujud dan mencium bumi sejurus sampai ke negara ini.

"Orang Rohingya naik bot menyabung nyawa, sampai masuk pantai Malaysia, dia sujud cium tanah negara kita.

"Kita pula yang kutuk negara sendiri. Kita ini yang tidak sedar. Kita ini yang tidak syukur kita hidup di negara yang aman dan bertambah baik lagi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib meminta MAIWP menyediakan guru akademik di sekolah tahfiz persendirian di Wilayah Persekutuan. – 2 Julai, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.wA9qSG01.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2015 03:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 03:16 PM | Show all posts
makan & pakai duit rakyat untuk kegunaan sendiri pun haram brader...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 03:17 PM | Show all posts
kalau nak banding pemimpin dgn rakyat marhein............rasanyer rakyat marhein yang paling sayang negara..sebab tu rakyat peka dgn apa yg pemimpin buat . Dan lagi ..kalau ada apa apa terjadi dgn negara atau negara di langgar todak ke ......rakyat marhein juga yg perlu hadap..........  yang d mereka mereka..semua dah standby kut rumah entah kat mana mana di luar negara....

sensitif kalau kata rakyat tak sayang negara  


Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 03:17 PM | Show all posts
kami x kutuk negara sendiri tp kami kutuk pemimpin yg mementingkn poket sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 03:17 PM | Show all posts
terbaik ds najib..cubalah rakyat marhein n pemimpin lain contohi ds najib..tiada masa nak memfitnah orang..baik buat kerja n selesaikan permasalahan rakyat..god bless ds najib..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2015 03:18 PM | Show all posts
OK...belahlah orang Rohingya.............
Ko memang utamaknan orang asing, ada apa-apa yang baru..????
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 03:20 PM | Show all posts
Lebai Najib
hancurkan ekonomi negara, menindas rakyat pun x masuk syurga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2015 03:22 PM | Show all posts
soci morni sungguh pm najib nie...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah pm nk jd ustaz pulak ke?? So sweet je kan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 03:24 PM | Show all posts
ko benti x de la caci makian lg. tu pon x leh hadam ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 03:25 PM | Show all posts



ayuh ramai2 macai2 N-345 (kemaruk), N -4372 (penjilatjubonajib), N -1234 (Djek) dll

BERSYUKURLAHHHHH
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 03:26 PM | Show all posts
PenyokongNajib replied at 2-7-2015 03:17 PM
terbaik ds najib..cubalah rakyat marhein n pemimpin lain contohi ds najib..tiada masa nak memfitnah  ...

bertahun tahun tak gek selesai-selesai..tambah lagi ada lol..fedup rakyat ..tak der sapa tanya
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 03:26 PM | Show all posts
tak masuk syurga pemimpin yang menganiaya rakyat
dan tidak menjalankan amanah sebagai pemimpin
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 03:26 PM | Show all posts
sesekali PM kena jugak cakap gitu

cuma masalahnya bukan semua
kaki fitnah yang solat

puak2 macam kokesen sarawak report ka
cina DAP malaysian insider ka
tony puaka ka apa ka apa ada hal nak fitnah
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 03:29 PM | Show all posts
lol..hish takleh hadam..pemimpin buat ayat cam teraniaya oleh rakyat marhein.. hehehe
bila yer nak stop keluarkan statement statement teraniaya camni and  promote promote sanjung segala ni................FEDUP.. hehehe

kalau rakyat yang buat ayat teraniaya..... sure di cop......... tak bersyukur dgn apa yang diberi  gomen  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2015 03:34 PM | Show all posts
d'zeck replied at 2-7-2015 03:26 PM
sesekali PM kena jugak cakap gitu

cuma masalahnya bukan semua

Dzek....cuba dengar ceramah muti mek sikit....cemoh orang bukan islam tp sendiri perangai mengalahkan orang jahil mcm mana orang bukan islam nak hormat kat  orang mengaku islam ni.....nah bagi link https://www.youtube.com/watch?v=as8lqjVJ0i4

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 03:36 PM | Show all posts
tak perlu tagih sekelumit pun penghormatan kalo
dah terang2 tujuannya memusuhi sejak hari
pertama DAP ditubuhkan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 03:39 PM | Show all posts
kat malaysia ni najib sorang je yang masuk syurga.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Menitik ayaq mata aku di bulan Ramadhan ini..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.172361 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list