Beberapa bulan selepas menjalani pembedahan dan sembuh sepenuhnya, hati Nazim pernah berdetik perlahan, menyuarakan secupak hasrat untuk kembali menjengah karier lamanya sebagai seorang pramugara yang ditinggalkan sekitar 12 tahun lalu. Ketika itu, gerak hatinya masih bergelojak resah, berkira-kira sama ada mahu menitikkan tanda noktah terhadap bidang seni yang selama ini telah menaikkan namanya sebagai pelakon. Bagaimanapun, Nazim lebih mempercayai ketentuan yang telah ditakdirkan berbanding mendengar ketukan firasat yang belum tentu menjamin masa depannya. “Sewaktu sedang bercuti selepas sembuh daripada pembedahan, saya terfikir untuk kembali bergelar pramugara. Bukan sebab sudah bosan berlakon, tetapi saya sukakan bidang tugas seorang kru kabin. Tambahan pula, saya memang gemar mengembara. “Jadi, selepas menghantar resume, saya dipanggil untuk menghadiri temuduga untuk dua syarikat penerbangan berbeza. “Begitupun, saya tidak diterima untuk menyertai kedua-dua syarikat penerbangan tersebut. Namun, saya percaya, ada hikmah di sebalik ketentuan Tuhan. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ok heshe tak diterima as steward ....so kembali sbg pelakon balik ...huhuuu...
|