CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7154|Reply: 57

[Tempatan] TERBARU YAYA 030715:Mana Mungkin Saya Dera Anak Sedang Setahun Tak Berjumpa

[Copy link]
Post time 3-7-2015 07:11 AM | Show all posts |Read mode
‘Mana mungkin saya dera anak sedangkan setahun tak berjumpa’ – Ibu mangsa dera
Ibu kandung kanak-kanak lima tahun mangsa dera, Sana Abdul Malek ketika ditemui hari ini memberitahu tidak mungkin kecederaan itu boleh berlaku disebabkan olehnya kerana baru sahaja diambil dalam tempoh beberapa jam sahaja. - Foto TRP/Adnan Mohamad



[size=100%]
KOTA BHARU, 1 Julai:
Ibu kandung kanak-kanak lima tahun mangsa dera menafikan dakwaan ibu tiri mangsa yang mengatakan anaknya dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan ketika diserahkan kepadanya Jumaat lalu.

Sana Abdul Malek ketika ditemui hari ini memberitahu tidak mungkin kecederaan itu boleh berlaku disebabkan olehnya kerana baru sahaja diambil dalam tempoh beberapa jam sahaja.

“Saya sendiri terkejut melihat keadaan anak saya pertama kali berjumpanya selepas setahun yang dalam keadaan yang sungguh tidak bermaya.

“Ketika itu saya yakin anak saya itu sebenarnya mangsa dera selepas melihat ada kesan kecederaan di badannya. Doktor sendiri mengesahkan kecederaan yang dialami anak saya itu adalah kesan tiga atau enam bulan yang lalu,” katanya.

Sana berkata tuduhan yang dilontarkan oleh ibu tiri anaknya itu amat tidak logik dan kemungkinan hanya mahu menutup kesalahannya sahaja.

Katanya, sebagai ibu kandung dirinya tidak tergamak melakukan perbuatan terbabit ke atas darah daging sendiri.

“Mana ada orang yang sanggup mengaku selepas berbuat jahat. Sebelum ini memang ada ada mendengar khabar dan diberitahu anak saya didera.

“Saya ada juga menelefon bapanya tetapi jawapan yang diberikan ialah anak saya sihat dan tidak ada apa apa yang berlaku ke atasnya,” katanya ditemui The Rakyat Post, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Sana berkata dia terlalu gembira melihat keadaan anaknya itu yang kini semakin sihat dan berselera makan.

Katanya, anaknya kini meminta ais krim, biskut dan ayam goreng.

“Walaupun gembira tetapi saya sedih pula apabila mengenangkan kemungkinan selama ini dia tidak berpeluang merasai makanan seperti itu.

“Buat masa sekarang saya tidak akan bertanyakan apa-apa kepadanya dan berharap supaya dia melupakan terus kejadian yang berlaku ke atas dirinya,” katanya.

Kanak-kanak mangsa dera, Nur Zuliana Sara Zulkifli, 5, yang selesai menjalani pembedahan di bahagian usus kecilnya kini semakin pulih dan sudah boleh makan dan minum dengan selesa.

Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata mangsa mungkin akan dipindahkan kembali ke Wad Pediatrik sekiranya keadaannya semakin pulih.

Kanak-kanak itu kini ditempatkan di hospital tersebut untuk rawatan lanjut dan berada di bawah jagaan JKM ketika ini.



Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/07/01/mana-mungkin-saya-dera-anak-sedangkan-setahun-tak-berjumpa-ibu-mangsa-dera/#ixzz3emLDEVxG

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2015 07:21 AM | Show all posts
Aku hangin jugak dgn pompuan ni ! Tolongla sapa2 p abaq kt jpm tu toksah duk bg kat pompuan ni ...2x5   

jumpak mau ludah muka dia !
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 11:54 AM | Show all posts
alieyrina replied at 3-7-2015 07:21 AM
Aku hangin jugak dgn pompuan ni ! Tolongla sapa2 p abaq kt jpm tu toksah duk bg kat pompuan ni ...2x ...

pastu nk bg kt sapa bela dia, hg nk bela ka
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 11:59 AM | Show all posts
alieyrina replied at 3-7-2015 07:21 AM
Aku hangin jugak dgn pompuan ni ! Tolongla sapa2 p abaq kt jpm tu toksah duk bg kat pompuan ni ...2x ...

yang ko menggelupur hangin ngan mak dia tu kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 12:03 PM | Show all posts
alieyrina replied at 3-7-2015 07:21 AM
Aku hangin jugak dgn pompuan ni ! Tolongla sapa2 p abaq kt jpm tu toksah duk bg kat pompuan ni ...2x ...

ko aphal??mental??

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 12:09 PM | Show all posts
hahaahaha. tb2 hangen dh kenapa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2015 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
tashusyah replied at 3-7-2015 12:03 PM
ko aphal??mental??

Dia marah la sbb mak kandung pon setahun x jumpa ank sendiri..mak apa mcmtu..mcm x dak usaha nk p jenguk anak sendiri..aku paham perasaan dia klau dia marah kat si sana ni..

Bg je kat jkm jaga..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
agusta replied at 3-7-2015 12:12 PM
Dia marah la sbb mak kandung pon setahun x jumpa ank sendiri..mak apa mcmtu..mcm x dak usaha nk p  ...

bukan ke mak dia cakap ex husband tak bagi jumpa..syarat kalau nak cerai kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2015 12:15 PM | Show all posts
dah dengar khabar angin anak kena dera tu dari sapa? kenapa masa dengar tu tak pergi tengok? setahun baru dapat jumpa ke? kalau aku laki halang jumpa camana pun bila dengar macam tu aku akan pecah pintu pagar rumah laki aku tu sampai dapat jumpa anak tengok betul ke tak dia sihat walafiat.. takkan nak tunggu nyawa2 ikan baru nak jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 12:42 PM | Show all posts
syarat nak cerai takleh jumpa anak?? ni syarat buat sendiri ke?? menyalahi nilai kemanusiaan..syarat yg tak adil tak layak diikuti..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang2 sekeliling yaya ni memang celaka.

Bapa dan ibu tirinya memang dah sah celaka. Cikgu tabika pun sama celaka nampak kesan cedera tak report polis.

Tapi paling celaka adalah ibunya dah dengar cerita anak kena dera,  dia cuma talipon aja???? Celaka ni tak ada naluri keibuan ke lepas dengar anak kena dera. Langsung tak ada tindakan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 12:55 PM | Show all posts
kesian yaya.. macam unwanted child sajork.. mak sendiri setahun tak cari .. ayah n mak tiri saspek mendera.. apalah nasib malang ko dik..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu yuna lg...leeeeeelaaakiiiiiiii~~~

Tak guuuuuuuuuunnnnaaaaaaaa~~~~………
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 01:04 PM | Show all posts
Kan dia kata ada dgr khabar anak dia didera...pastu kol ex hasben pastu cukupla takat tu?

Aku rasa ramai lg org bekelyakan boleh amik dia jd anak angkat ...jkm ada waiting list bukan ...

disturbing btui pelakuan org  mcm ni  

wey tred yaya napa x merged ...tah apa lg kejutan kes ni nanti ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 01:12 PM | Show all posts
KELAKAR!

Korang BUTA ke?

YG BESAR CELAKA ni BAPAK YAYA ni.! Tahu tak!!!

Udah dapat hak jagaan anak ko pi DERA anak dan maknya sekali.

MEMANG JANTAN TAK GUNA!
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua jilake...
Maknya cm tak syg anak pn
Orglain bergolok gadai rebut anak
Dia selambe je  setaun takjumpe
Yg bapak ngn maktiri lahanat tu lg la...amanah tu..ahli syurga suci murni angpa buat cmtu...
Aku harap kene gantong je smua...biar stop reproduction genetik diorg nj
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2015 01:17 PM | Show all posts
alieyrina replied at 3-7-2015 01:04 PM
Kan dia kata ada dgr khabar anak dia didera...pastu kol ex hasben pastu cukupla takat tu?

Aku ra ...
setuju
ni artikel dari Bernama

Sana berkata beliau sebelum ini telah diberitahu oleh beberapa penduduk kampung bahawa Yaya didera oleh penjaganya, namun tidak mempercayainya kerana bekas suaminya itu memberitahu anaknya itu berada dalam keadaan baik.

Katanya, sebelum ini dia beberapa kali cuba menemui Yaya tetapi bekas suaminya memberi pelbagai alasan untuk menghalang dia berjumpa anaknya.

"Saya berusaha untuk menemui Yaya tetapi setiap kali pelbagai alasan diberikan bekas suami," katanya yang sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau tidak mempedulikan anaknya sejak dua tahun lepas.

Sana berkata beliau hanya dapat menemui anaknya minggu lepas selepas ibu tiri Yaya menghubunginya untuk menyerahkan anaknya itu kepadanya selepas mereka tidak lagi mahu menjaganya.

sumber

andai dia betul sayang kat si anak
akan ada ja cara
boleh ja buat laporan kat polis sebab suami mengelak / menghalang dia jumpa dengan si anak

kalau sorang ja bagitau pun
naluri ibu akan rasa cemas , gelisah
apa lagi beberapa orang yang bagitau


Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
MeghanK replied at 3-7-2015 12:14 PM
bukan ke mak dia cakap ex husband tak bagi jumpa..syarat kalau nak cerai kan

Banyak cara si mak boleh buat kalau dia nk jumpa anak dia...bak kata pepatah NAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH..ye dak puan2...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 01:52 PM | Show all posts
agusta replied at 3-7-2015 12:12 PM
Dia marah la sbb mak kandung pon setahun x jumpa ank sendiri..mak apa mcmtu..mcm x dak usaha nk p  ...

JKM jaga? hurmmm mgkn x kena dera fizikal, tp dpt ke kasih-sayang?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
pakat tak ngaku belaka mendera
korang semua 'mendera' yaya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.068773 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list