CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1285|Reply: 1

[Tempatan] [Edisi Ramadhan pun mau judikah?] Saya sanggup bertaruh WSJ sebenarnya berbohong

[Copy link]
Post time 3-7-2015 02:27 PM | Show all posts |Read mode
Menteri: WSJ amal kewartawanan longkang




Seorang menteri berkata beliau sanggup bertaruh RM1,000 berhubung sumber laporan The Wall Street Journal (WSJ) berhubung dakwaan kaitan dana 1MDB dengan akaun bank perdana menteri.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata beliau sanggup bertaruh RM1,000 bahawa sumber WSJ hanyalah laman pembocor maklumat Sarawak Report.

“Saya nampak kamu bertaruh RM500, saya naikkan kepada RM1,000,” tulisnya di Twitter sebagai reaksi kepada seorang pengguna.

Pemegang akaun Capt Rahmat sebelum itu menulis kepada Rahman bahawa “RM500 – saya kata sumber WSJA (Wall Street Journal Asia) adalah Sarawak Report”.

Memetik “penyiasat Malaysia”, WSJ melaporkan hampir AS$700 juta dana daripada 1MDB berakhir di akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Rahman juga melancarkan siri serangan di Twitter terhadap WSJ, sebuah media antarabangsa terkenal, susulan laporan sensasi dan mengejutkan itu.

“Jika mereka serius berkaitan keasliannya, laporan itu patut sebut nama sumber.

“Dengan memetik 'penyiasat tidak dinamakan' sebagai laporan sangat berunsur fitnah, AWSJ menjunam ke tahap kewartawanan longkang Sarawak Report,” kata Rahman.

Laman pembocor maklumat Sarawak Report juga melaporkan sebanyak AS$681,999,976 (RM2.6 bilion) dipindahkan daripada danaAbu Dhabi Aabar ke dalam akaun peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur pada bulan Mac 2013, dua bulan sebelum pilihan raya umum pada 5 Mei 2013.

1MDB hari ini menegaskan bahawa tiada dananya disalurkan kepada Najib.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2015 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
bagi penganut agama umngok, babi je haram
nah skang Allah dah tunjuk warna sebenar pemimpin2 umngok nirojim kalu lepas ni masih lagi ada org gigih mengundi mereka, tak tahulah nak kata apa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.076061 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list