CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1302|Reply: 3

[Tempatan] Tiga maut, termasuk dua wanita dalam kemalangan

[Copy link]
Post time 3-7-2015 03:22 PM | Show all posts |Read mode
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri Perak, Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, dalam kejadian pada jam 7.15 malam, mangsa Noraini Ahmad Shah, 50, yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di Hospital Changkat Melintang, tiga jam selepas dimasukkan ke hospital itu.

Mangsa yang menunggang motosikal dikatakan dirempuh dari arah belakang oleh sebuah lagi motosikal lain ketika membuat pusingan U di Jalan Bota Kiri-Ulu Dedap, Perak Tengah, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, penunggang motosikal yang melanggar mangsa, Mohd Azzeen Ameera, 18, mengalami cedera parah dan dirawat di hospital yang sama.

Sementara itu, dalam kejadian di kilometer 337 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Tapah, seorang pemandu lori, Mohd Saifuddin Nadarajah Abdullah, 47, berasal dari Seremban meninggal dunia selepas dirempuh oleh sebuah kereta lain ketika berhenti di lorong kecemasan pada jam 8.10 malam.

Wan Jamil berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan melanggar sebuah lori pikap di hadapannya menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbabas ke lorong kecemasan.

Katanya, ketika kejadian kedua-dua kenderaan itu menuju ke utara.

"Mangsa dikatakan turun dari kenderaannya lalu dirempuh oleh sebuah kereta dari arah belakang, manakala pemandu lori pikap hanya mengalami cedera ringan," katanya.

Katanya, dalam satu lagi kejadian di persimpangan empat lampu isyarat pekan Batu Gajah, seorang wanita meninggal dunia, manakala anaknya cedera parah selepas dirempuh treler ketika mangsa membuat pusingan U di jalan berkenaan.

Mangsa Siti Fatihah Omar, 38, meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat, manakala anaknya Noraeliana Shamsuddin, 9, yang cedera parah dirawat di hospital yang sama.

“Pemandu lori terbabit ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2015 04:21 PM | Show all posts
moga kita dilindungi dan mati dlm keadaan yg baik2
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 04:47 PM | Show all posts
kesian depa. tak sempat sambut raya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.105356 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list