CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1040|Reply: 4

[Tempatan] EDISI TOKPEKONG: LGE KENA CASH DGN 'NENEK RASIS'

 Close [Copy link]
Post time 3-7-2015 03:36 PM | Show all posts |Read mode
PULAU PINANG 3 Julai - Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini diarah membayar sebanyak RM500,000 kepada Ketua Pembangkang negeri, Datuk Jahara Hamid sebagai ganti rugi kerana menggelar beliau sebagai nenek rasis.

Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Nordin Hassan yang membuat keputusan itu turut mengarahkan Guan Eng membayar kos guaman sebanyak RM40,000 berserta faedah sebanyak lima peratus.

Selain itu, Nordin turut mengarahkan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, menarik balik gelaran terhadap Jahara selain mengeluarkan injunksi menahannya daripada mengulangi kata-kata fitnah.

Jahara sebelum ini memfailkan saman selepas Guan Eng pada 10 Disember 2013 dalam sidang akhbar di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) menggelarkan Jahara sebagai ‘nenek rasis’.

Gelaran itu dibuat Guan Eng kerana Jahara dikatakan cuba membangkitkan isu perkauman apabila menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.

Guan Eng kemudiannya memohon maaf kepada Jahara tetapi hanya untuk gelaran ‘nenek’ namun tetap menyifatkan Jahara sebagai seorang yang rasis.

Dalam saman fitnah berkenaan, Jahara yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar turut memohon perintah injunksi untuk menghalang Guan Eng daripada berterusan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya selain mahu perkara berkenaan tidak berulang.

Bagi kes itu, Jahara diwakili peguam, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunos. - UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2015 03:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2015 03:43 PM | Show all posts
opppsss sorry..terlebih gigih buka tered hari nih...

sygku... @spiderman80   tolong delete tered  hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 03:50 PM | Show all posts
Kahkahkahkah.. Padan muka Guan Eng.. Biar muflis terus ja cina lahanat tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2015 03:52 PM | Show all posts
namirulmukminin replied at 3-7-2015 07:50 AM
Kahkahkahkah.. Padan muka Guan Eng.. Biar muflis terus ja cina lahanat tu...

1/2 juta tu sikit jer bagi cina lehanat tu....byk projek masyuk kt penang tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.070384 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list