CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4973|Reply: 61

[Tempatan] Wartawan The Star Dilarang Memasuki MINDEF Kerana Berskirt Pendek

[Copy link]
Post time 4-7-2015 12:19 PM | Show all posts |Read mode
Wartawan The Star Dilarang Memasuki MINDEF Kerana Berskirt Pendek



KUALA LUMPUR: Seorang wartawan daripada akhbar The Star telah dilarang memasuki kawasan Mindef kerana tidak mematuhi kod etika pemakaian yang ditetapkan untuk memasuki bangunan Kementerian Pertahanan.

Wartawan berkenaan yang hendak membuat liputan Majlis Penyampaian Bungkusan Hari Raya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2 Julai 2015lalu sebelum ini tidak dibenarkan memasuki Mindef oleh pengawal keselamatan kerana memakai skirt di atas paras lutut.

Menurut Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan dalam kenyataan media menegaskan semua pihak perlu mematuhi kod etika tersebut kerana ia adalah satu peraturan dan sudah lama dikuatkuasakan.

“Dalam menguatkuasakan etika pemakaian ini, garis panduan umum mewajibkan semua pelawat untuk berpakaian sopan (baju berkolar dan berlengan, seluar panjang dan skirt di bawah paras lutut) serta tidak mendedahkan tubuh atau menjolok mata.
“Sekiranya pelawat didapati tidak mematuhi kod etika pemakaian yang sudah ditetapkan, pelawat tidak akan dibenarkan masuk untuk berurusan,” kata kenyataan itu hari ini.

Berikutan pakaian wartawan berkenaan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan maka petugas di kaunter Balai Pengawal Kementerian Pertahanan cuma menjalankan tugas seperti yang diarahkan.

“Malahan gambar tentang tatacara pemakaian pelawat ke Kementerian Pertahanan juga ada dipamerkan di Balai Pengawal tersebut,”
“Justeru, dalam melaksanakan peraturan sedia ada, Kementerian Pertahanan memohon kerjasama daripada semua pihak termasuk agensi media untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan,” kata kenyataan itu.

The Star telah mengesahkan wartawannya, Tashny Sukumaran telah menjadi individu terbaru melibatkan kontroversi kod pakaian di premis kerajaan. - Siakapkeli.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2015 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
jujurin, skirt tu tak sopan kah? ke buat2 tersinggung sebab diasuh dgn nilai2 budaya padang pasir?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kementerian suh bogel pun..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
betul la tu...sek kat barat pun dh suruh students dia labuhkan kain atau pakai seluar panjang sbb x nak distract male teacher.yg org mesia perasan barat ni masih nk ber skirt atas lutut..bodoh ke apa..skirt kalau acara formal ke apa kena paras atau bwh lutut kan..sendiri x ikut etika pastu nk meroyan..sakai
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Suda suda lettewww isu pakaian di pejabat gomen nih.. Nak muntah aku baca. Apesal baru skrg benda ni jd isu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 12:26 PM | Show all posts
Bagus, harap agensi kerajaan lain pun bertindak tegas juga.
Orang kurang ajar dan tak bertamadun je yang tak tahu menghormati tuan rumah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-7-2015 12:27 PM | Show all posts
taikor replied at 4-7-2015 12:22 PM
jujurin, skirt tu tak sopan kah? ke buat2 tersinggung sebab diasuh dgn nilai2 budaya padang pasir?

Persoalan sebenarnya ialah adakah kena dengan kod etika pemakaian aka dress code?...



Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payahlah nak kecohkan sangat hal ni. Sendiri buat salah pastu g jadikan ISU. Ingatkan wartawan bijak-bijak bulaka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2015 12:56 PM | Show all posts
MamaMima711 replied at 4-7-2015 12:24 PM
betul la tu...sek kat barat pun dh suruh students dia labuhkan kain atau pakai seluar panjang sbb x  ...

takde coman sensetivity mcm nh laa. . haruk sgt nak berskrit
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 12:58 PM | Show all posts
belilies replied at 4-7-2015 12:25 PM
Suda suda lettewww isu pakaian di pejabat gomen nih.. Nak muntah aku baca. Apesal baru skrg benda ni ...

pasal dlu dah tunjuk papan pon tak ikut arahan. .dah kena halau baru nak haruk
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
nononcrux replied at 4-7-2015 04:58 AM
pasal dlu dah tunjuk papan pon tak ikut arahan. .dah kena halau baru nak haruk

Betul.. Dah buat undang2 tu ikut je lah.. Ni dah nyata buat salah, nak salahkan yg buat peraturan buat hape..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian...org awan ngok2 belaka boleh terima lg..wartawan2 pun ikut ngok sekali apa citer..xkan x tau kot... Masing2 gigih nk tunjuk lutut kerak ke sana ke mari...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 01:09 PM | Show all posts
patut dikuatkuasakan kan senang gitu.. apa daa
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalah skrg the kafir ingat etika n undang2 ni mcm nak jdkan malaysia negara taliban.kunun the whole purpose peraturan ni adelah tuk tutup aurat.bg aku peraturan ni adelah tuk etika berpakaian.heck..kalo kat ofis nak ke uolls tgok org pakai selipar,ketat2,tanpa lengan segala?semak kan rasa.cadang aku gomen xyahla tunduk dengan pompuan2 ni.lama2 nanti org akan menyampah dgn mereka yg cry wolf camni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 01:18 PM | Show all posts
Bodo la orang tak reti bahasa ni... kalau takde dress code pun paham2 sendiri la ko nak buat urusan dgn jabatan kerajaan... aku nak renew permit maid kat imigresen pun secara automatik terfikir tak pakai roundneck t-shirt walaupun ok je pakai roundneck.  Kita hormat la dress code.  Ko pakai short skirt.. bila abang2 MINDEF teleng celah2 ko tu pandai pulak naik hangin... sini Malaysia.. bukan Western country.. depa tak pakai bra pun OK...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
obelisk replied at 4-7-2015 12:27 PM
Persoalan sebenarnya ialah adakah kena dengan kod etika pemakaian aka dress code?...

tu syarat ja..padahal banyaj yg pkai macm tu masok kasino.melayu pun telepas masok dlm casino kt malaysia ni.pak guard kene suap,jalan ja..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2015 02:12 PM | Show all posts
taikor replied at 4-7-2015 12:22 PM
jujurin, skirt tu tak sopan kah? ke buat2 tersinggung sebab diasuh dgn nilai2 budaya padang pasir?

Peraturan dah lama ada cuma mungkin x diviralkan. Sekrg dh nmpk mcm trend nk viralkan benda2 yg dh lama jd peraturan. Kalau nk berskirt, berhotpant hatta nak berbogel pun sila buat didalam rumah. Jangan biarkan mata org lain turut terseksa dgn penampilan anda. Sementelahan pulak MINDEF adalah pejabat org2 yg berdisiplin tinggi dan mementingkan penampilan yg sesuai. Sejarah telah membuktikan bahawa penampilan wanita seksi hanya akan distract konsentrasi manusia sekeliling. Masa sekolah dahulu ada Cikgi Bahasa Inggeris suka pakai seksi. Tiap kali menulis di blackboard maka paras skirt cikgi akn tersingkap maka mata sekalian ank murid dh x konsentrate kt blackboard tapi kt muntot cikgi. Ramailah ske masuk kelas tapi x pandai2 jgk skeping



Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Skirt atas lutut mmg tak dikira as formal dresscode... Jadi takyah sentap kalo denied entry dah tak reti2 nak pakai skirt or pants... Kalo hari tak keje masuk pejabat, sukati ko laa kalu nak berspender aje pun
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Bongok ni sengaja cari pasal ke? Padahal suratkhabar dia paling lantang buat news pasal isu dress code ni.

Bongok ni tak baca news sendiri ke. Dah tahu peraturan atau sengaja buat bodoh.

Padan mukalah kena pakai sarung.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 04:22 PM | Show all posts
lutut berkerak itam legam pon ada hati nak pakai skirt camtu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.081064 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list