View: 4985|Reply: 61
|
[Tempatan]
Wartawan The Star Dilarang Memasuki MINDEF Kerana Berskirt Pendek
[Copy link]
|
|
Wartawan The Star Dilarang Memasuki MINDEF Kerana Berskirt Pendek
KUALA LUMPUR: Seorang wartawan daripada akhbar The Star telah dilarang memasuki kawasan Mindef kerana tidak mematuhi kod etika pemakaian yang ditetapkan untuk memasuki bangunan Kementerian Pertahanan.
Wartawan berkenaan yang hendak membuat liputan Majlis Penyampaian Bungkusan Hari Raya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2 Julai 2015lalu sebelum ini tidak dibenarkan memasuki Mindef oleh pengawal keselamatan kerana memakai skirt di atas paras lutut.
Menurut Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan dalam kenyataan media menegaskan semua pihak perlu mematuhi kod etika tersebut kerana ia adalah satu peraturan dan sudah lama dikuatkuasakan.
“Dalam menguatkuasakan etika pemakaian ini, garis panduan umum mewajibkan semua pelawat untuk berpakaian sopan (baju berkolar dan berlengan, seluar panjang dan skirt di bawah paras lutut) serta tidak mendedahkan tubuh atau menjolok mata.
“Sekiranya pelawat didapati tidak mematuhi kod etika pemakaian yang sudah ditetapkan, pelawat tidak akan dibenarkan masuk untuk berurusan,” kata kenyataan itu hari ini.
Berikutan pakaian wartawan berkenaan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan maka petugas di kaunter Balai Pengawal Kementerian Pertahanan cuma menjalankan tugas seperti yang diarahkan.
“Malahan gambar tentang tatacara pemakaian pelawat ke Kementerian Pertahanan juga ada dipamerkan di Balai Pengawal tersebut,”
“Justeru, dalam melaksanakan peraturan sedia ada, Kementerian Pertahanan memohon kerjasama daripada semua pihak termasuk agensi media untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan,” kata kenyataan itu.
The Star telah mengesahkan wartawannya, Tashny Sukumaran telah menjadi individu terbaru melibatkan kontroversi kod pakaian di premis kerajaan. - Siakapkeli.my
|
|
|
|
|
|
|
|
jujurin, skirt tu tak sopan kah? ke buat2 tersinggung sebab diasuh dgn nilai2 budaya padang pasir? |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan kementerian suh bogel pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
betul la tu...sek kat barat pun dh suruh students dia labuhkan kain atau pakai seluar panjang sbb x nak distract male teacher.yg org mesia perasan barat ni masih nk ber skirt atas lutut..bodoh ke apa..skirt kalau acara formal ke apa kena paras atau bwh lutut kan..sendiri x ikut etika pastu nk meroyan..sakai |
|
|
|
|
|
|
|
Suda suda lettewww isu pakaian di pejabat gomen nih.. Nak muntah aku baca. Apesal baru skrg benda ni jd isu? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus, harap agensi kerajaan lain pun bertindak tegas juga.
Orang kurang ajar dan tak bertamadun je yang tak tahu menghormati tuan rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
Persoalan sebenarnya ialah adakah kena dengan kod etika pemakaian aka dress code?...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak payahlah nak kecohkan sangat hal ni. Sendiri buat salah pastu g jadikan ISU. Ingatkan wartawan bijak-bijak bulaka. |
|
|
|
|
|
|
|
takde coman sensetivity mcm nh laa. . haruk sgt nak berskrit
|
|
|
|
|
|
|
|
pasal dlu dah tunjuk papan pon tak ikut arahan. .dah kena halau baru nak haruk
|
|
|
|
|
|
|
|
nononcrux replied at 4-7-2015 04:58 AM
pasal dlu dah tunjuk papan pon tak ikut arahan. .dah kena halau baru nak haruk
Betul.. Dah buat undang2 tu ikut je lah.. Ni dah nyata buat salah, nak salahkan yg buat peraturan buat hape.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian...org awan ngok2 belaka boleh terima lg..wartawan2 pun ikut ngok sekali apa citer..xkan x tau kot... Masing2 gigih nk tunjuk lutut kerak ke sana ke mari... |
|
|
|
|
|
|
|
patut dikuatkuasakan kan senang gitu.. apa daa |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah skrg the kafir ingat etika n undang2 ni mcm nak jdkan malaysia negara taliban.kunun the whole purpose peraturan ni adelah tuk tutup aurat.bg aku peraturan ni adelah tuk etika berpakaian.heck..kalo kat ofis nak ke uolls tgok org pakai selipar,ketat2,tanpa lengan segala?semak kan rasa.cadang aku gomen xyahla tunduk dengan pompuan2 ni.lama2 nanti org akan menyampah dgn mereka yg cry wolf camni. |
|
|
|
|
|
|
|
Bodo la orang tak reti bahasa ni... kalau takde dress code pun paham2 sendiri la ko nak buat urusan dgn jabatan kerajaan... aku nak renew permit maid kat imigresen pun secara automatik terfikir tak pakai roundneck t-shirt walaupun ok je pakai roundneck. Kita hormat la dress code. Ko pakai short skirt.. bila abang2 MINDEF teleng celah2 ko tu pandai pulak naik hangin... sini Malaysia.. bukan Western country.. depa tak pakai bra pun OK... |
|
|
|
|
|
|
|
obelisk replied at 4-7-2015 12:27 PM
Persoalan sebenarnya ialah adakah kena dengan kod etika pemakaian aka dress code?...
tu syarat ja..padahal banyaj yg pkai macm tu masok kasino.melayu pun telepas masok dlm casino kt malaysia ni.pak guard kene suap,jalan ja.. |
|
|
|
|
|
|
|
Peraturan dah lama ada cuma mungkin x diviralkan. Sekrg dh nmpk mcm trend nk viralkan benda2 yg dh lama jd peraturan. Kalau nk berskirt, berhotpant hatta nak berbogel pun sila buat didalam rumah. Jangan biarkan mata org lain turut terseksa dgn penampilan anda. Sementelahan pulak MINDEF adalah pejabat org2 yg berdisiplin tinggi dan mementingkan penampilan yg sesuai. Sejarah telah membuktikan bahawa penampilan wanita seksi hanya akan distract konsentrasi manusia sekeliling. Masa sekolah dahulu ada Cikgi Bahasa Inggeris suka pakai seksi. Tiap kali menulis di blackboard maka paras skirt cikgi akn tersingkap maka mata sekalian ank murid dh x konsentrate kt blackboard tapi kt muntot cikgi. Ramailah ske masuk kelas tapi x pandai2 jgk skeping
|
|
|
|
|
|
|
|
Skirt atas lutut mmg tak dikira as formal dresscode... Jadi takyah sentap kalo denied entry dah tak reti2 nak pakai skirt or pants... Kalo hari tak keje masuk pejabat, sukati ko laa kalu nak berspender aje pun |
|
|
|
|
|
|
|
Bongok ni sengaja cari pasal ke? Padahal suratkhabar dia paling lantang buat news pasal isu dress code ni.
Bongok ni tak baca news sendiri ke. Dah tahu peraturan atau sengaja buat bodoh.
Padan mukalah kena pakai sarung. |
|
|
|
|
|
|
|
lutut berkerak itam legam pon ada hati nak pakai skirt camtu |
|
|
|
|
|
|
| |
|