CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12105|Reply: 138

[Jenayah] Najib akan saman WSJ, lapor akhbar

[Copy link]
Post time 4-7-2015 10:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Anak_Nogori at 4-7-2015 11:23 PM

Najib akan saman WSJ, lapor akhbar
Published: 4 July 2015 8:40 AM

Laporan The Wall Street Journal semalam yang mendakwa meneliti dokumen siasatan kerajaan Malaysia menunjukkan aliran wang masuk yang besar ke dalam akaun peribadi milik Datuk Seri Najib Razak. – 4 Julai, 2015.









Datuk Seri Najib Razak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar The Wall Street Journal berhubung laporannya semalam mendakwa berbilion ringgit disalurkan ke akaun peribadi perdana menteri itu, akhbar Sinar Harian melaporkan hari ini.
Ia memetik setiausaha politik Najib, Datuk Muhammad Khairun Aseh, yang menyifatkan laporan itu sebagai fitnah jenayah.
“Laporan itu sungguh berniat jahat dan tidak berasas dengan sumber yang lemah dan meragukan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2015 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
saman, jangan tak saman. sama2 kita tuntut keadilan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2015 11:06 PM | Show all posts
Tuduhan tiada bukti tidak boleh dipercayai
04 Julai 2015 1:34 AM

SIK 3 Julai – Tuduhan bahawa 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menyediakan dana kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh dipercayai kerana tiada bukti kukuh mengenai perkara itu.

KHAIRY JAMALUDDIN

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sesiapa sahaja boleh membuat tuduhan serta pendedahan tetapi jika tiada bukti kukuh disertakan ia tidak boleh diterima.

“Sepatutnya yang menuduh kena tunjuk bukti bukan pihak yang dituduh.

“Kalau ambil prinsip undang-undang pun yang buat tuduhan tersebut kena tunjuk bukti dan dalam hal ini saya tak lihat ada apa-apa bukti yang kukuh seperti dokumen dan sebagainya disertakan,” katanya selepas menghadiri majlis ramah mesra dan penyampaian sumbangan rahmat Ramadan kepada 100 golongan asnaf di Masjid Bandar Baru Bandar Beris Jaya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Wall Street Journal (WSJ) yang melaporkan bahawa para penyiasat Malaysia didakwa telah mengesan hampir AS$700 juta deposit ke dalam apa yang mereka percaya adalah akaun bank peribadi Perdana Menteri.

Menurut Khairy, jika tuduhan itu terbukti palsu dan dilakukan untuk menyerang kepimpinan negara maka tindakan perlu diambil kepada mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita daripada sumber yang tidak sahih itu.

“Mereka telah membawa satu kemudaratan besar kepada negara dan ekonomi apabila berita macam ini digunakan oleh surat khabar yang berpengaruh sekali,” jelasnya.

Tambahnya, pihak 1MDB juga telah mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan yang telah dilemparkan terhadap Perdana Menteri.

“Jadi bagi saya apabila sudah diberi penafian begitu saya terima penafian tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy menjelaskan sama ada tindakan un-dang-undang perlu diambil ke--pada pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut ia terpulang kepada pihak 1MDB dan Perdana Menteri.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pemilihan UMNO yang sepatutnya dilangsungkan tahun depan ditangguhkan selama 18 bulan, Khairy berkata, penangguhan itu boleh membuatkan ahli-ahli UMNO lebih fokus dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

“Kita tidak mahu pemilihan ini menjadi satu perkara yang boleh lemahkan parti kerana tidak dinafikan pemilihan UMNO sedikit sebanyak memberi kesan kepada perpaduan parti,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.yBer26nR.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2015 11:15 PM | Show all posts

Pihak yang menuduh tidak pernah kemukakan apa jua bukti – Najib


Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan tuduhan terbaharu terhadap dirinya adalah sebahagian daripada kempen sabotaj politik terancang untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik.

Beliau menjelaskan, pihak yang membuat tuduhan itu tidak pernah memberikan apa jua bukti selain menggunakan dokumen yang didakwa bocor dan penyiasat yang tidak dinamakan.

Katanya, tiada satu pun sumber dokumen itu pernah ditunjukkan malah dokumen berkenaan tidak pernah diberikan untuk pengesahan oleh pihak berkuasa.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah mengambil dana awam untuk kepentingan peribadi sebagaimana yang didakwa oleh musuh politik.

“Sama ada daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International atau mana-mana entiti sebagaimana yang telah disahkan oleh syarikat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Perdana Menteri berkata, sebagaimana diketahui umum, beberapa dokumen yang menjadi asas tuduhan itu dilaporkan telah diubah suai malah individu yang membocorkannya juga sedang disiasat oleh pihak berkuasa luar negara.

Katanya, perkara itu secara jelas menunjukkan tahap kebolehpercayaan dokumen tersebut dan pihak yang telah menggunakannya untuk merosakkan kerajaan dan negara ini.

“Pihak yang terus melakukan serangan ini perlu bersedia untuk berhadapan dengan akibat daripada tindakan mereka.

“Taktik kotor ini – sesetengahnya taktik jenayah – untuk menggulingkan kerajaan akan gagal dan mereka akan berhadapan dengan kuasa penuh undang-undang,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, adalah memalukan apabila serangan palsu itu didorong oleh kepentingan peribadi sewaktu Malaysia mempunyai peluang yang unik sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini selain status negara maju yang bakal dicapai dalam masa beberapa tahun lagi.

“Saya akan terus fokus kepada kerja untuk membangunkan negara ini demi rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, serangan demi serangan tidak berasas terhadap dirinya dan keluarga bermula apabila beliau enggan melaksanakan permintaan peribadi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Jelasnya, keengganan itu kerana beliau tidak percaya terhadap kewajaran untuk Malaysia ditadbir oleh proksi.

“Dalam tuduhan terbaharu kononnya saya mengambil dana awam untuk kepentingan peribadi, saya percaya Tun, yang bekerjasama dengan warga asing termasuk dengan blog serangan politik yang hilang kredibilitinya, Sarawak Report berada di sebalik penipuan terkini,” katanya.

Utusan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2015 11:17 PM | Show all posts
Akaun Peribadi, Peguam Negara Sahut Cabaran PM


Ghani-PatailPeguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengesahkan kepada Malaysiakini.com bahawa beliau melihat laporan siasatan mengenai dakwaan pemindahan dana 1MDB ke akaun bank perseorangan yang didakwa milik Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Dalam kenyataan beliau hari ini, Abdul Gani berkata, ia adalah antara dokumen yang diambil pasukan petugas khas bagi menyiasat isu 1MDB.

“Pasukan ini (pasukan petugas khas) telah memperoleh beberapa dokumen yang kemudiannya dikemukakan kepada saya untuk semakan. Saya mengesahkan bahawa saya telah menerima dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun yang didakwa milik Perdana Menteri.

“Sehubungan itu, saya telah meneliti dan menyemak kesemua dokumen yang dikemukakan, dan seterusnya telah memberi nasihat dan panduan kepada pasukan petugas khas ini bagi mengambil tindakan lanjut.

“Saya juga mengesahkan bahawa pada 3 Julai 2015, pasukan petugas khas ini telah menghantar pasukan siasatan ke syarikat SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd untuk mengadakan serbuan dan telah memperoleh dokumen dari ketiga-tiga premis terbabit,” katanya.

Semalam Mohd Najib menyelar pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti dan berjanji tindakan akan diambil mengikut undang-undang termasuk undang-undang jenayah jika perlu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2015 11:25 PM | Show all posts
ditor: KuntaKinte Malaysia | Diterbitkan pada: 4 July 2015|

Wall Street Journal Pembohong – Mahathir


Kekecohan mengenai tuduhan Wall Street Journal ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bukanlah sesuatu yang aneh. Wall Street Journal mempunyai sejarah yang panjang dalam menyerang kepimpinan negara ini.

Ia bermula sejak awal 1980-an lagi sehingga menyebabkan Tun Mahatir yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia menggunakan pentas ucapan beliau di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyerang balas laporan-laporan berat sebelah majalah ekonomi terbabit.

Dr Mahathir ketika mendakwa WSJ menyerang Malaysia kerana kerajaan tidak mahu mengikut kehendak “mereka”.

“i know that efforts will be made by the press, the editors, to pressure the Malaysian Government to do this and that” (Mahathir Mohamad, Ucapan PBB, New York:1986)



Tidak cukup itu, Dr Mahathir juga pernah mengharamkan majalah terbitan WSJ di Asia, Asia Wall Street Journal, semala tiga bulan kerana laporan tidak benar dan palsu.

Barry Wain, Bekas editor Asia Wall Street Journal, meneruskan sejarah panjang WSJ dengan Malaysia apabila menulis sebuah buku berjudul “Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times (Critical Studies of the Asia-Pacific)” yang mendakwa Mahathir melesapkan lebih RM 100 bilion semasa pemerintahannya.


Tun Mahathir bagaimana pun mencabar Barry Wain mengemukakan fakta mengenai tuduhan beliau itu yang sehingga sekarang tidak pernah dijawab.

Hari ini Mohd Najib mengggunakan pendekatan yang sama seperti mana Mahathir, apabila meminta WSJ memberi bukti atas tuduhan tersebut.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-7-2015 12:28 AM | Show all posts
Zahid sokong PM ambil tindakan undang-undang
Bernama

Dipaparkan Jul 04, 2015 9:24pm




Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Razak sewajarnya mengambil tindakan undang-undang terhadap Wall Street Journal (WSJ) bagi membersihkan nama beliau dan imej negara.

Beliau berkata, ini kerana laporan WSJ yang mendakwa kira-kira RM2.6 bilion dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dimasukkan ke akaun peribadi Najib adalah dakwaan yang melibatkan soal maruah kepimpinan negara di mata dunia.

"WSJ sebagai institusi media yang berpengaruh dan dihormati di dunia seharusnya mengemukakan bukti yang kukuh sebelum melemparkan tuduhan berat sebagaimana yang terpapar dalam beritanya.

"Tindakan WSJ yang mendahului siasatan yang sedang dijalankan sememangnya hanya bertujuan mensensasikan berita," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Hilir Perak di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di Teluk Intan hari ini.

Kata Ahmad Zahid, dalang dalam penyebaran maklumat tidak tepat itu perlu bertanggungjawab sepenuhnya dan tindakan undang-undang perlu diambil.

"Kita sedia maklum bahawa Jabatan Peguam Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara sedang menyiasat isu 1MDB. Justeru, semua pihak perlu menunggu hasil siasatan sebelum membuat sebarang penilaian.

"Kita serahkan kepada perdana menteri untuk berbincang dengan peguam beliau ataupun Peguam Negara yang boleh dilakukan atas kapasiti sebagai individu atau perdana menteri," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata pihaknya akan mengambil tindakan mengikut perundangan dan akta sedia ada terhadap media yang menyiarkan maklumat tidak tepat atau daripada sumber yang tidak sah yang bertujuan menjatuhkan maruah kerajaan dan negara.

Beliau berkata undang-undang berkaitan perbankan di negara ini tertakluk kepada Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia).

"Maklumat yang ada dalam rahsia perbankan tidak seharusnya keluar apatah lagi berita itu datangnya daripada dokumen yang tidak disahkan oleh pihak bank. Ini di luar daripada etika kewartawanan," katanya.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
cadangan tunku aziz sangat baik

agar PM saman WSJ melalui mahkamah di amerika,

manakala mastermind hamjadah sarawak report pula melalui mahkamah UK
kebenaran adalah mutlak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2015 12:40 AM | Show all posts
tuduhan berniat jahat dan tidak berasas dengan sumber yang lemah dan meragukan.

so takde aper yang PM perlu risaukan.

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 12:40 AM | Show all posts
ini baru betul. kasi saman sama dia....yahudi kafir lahanat
kita sama2 tunggu & lihat
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada tulur, saman terus la...jgn sembang kencang jer...

Dah saman nanti baru semua org boleh tengok sapa yg kena di mahkamah....

Apa tunggu, cepat la saman...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku masih sceptical si dogol ni akan betul2 saman...silap saman, terlondeh seluar...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
kudajantan77 replied at 5-7-2015 12:55 AM
Kalau ada tulur, saman terus la...jgn sembang kencang jer...

Dah saman nanti baru semua org boleh ...

bukan pasal telur

tapi pasal guna otak

kemaskan persiapan sebelum ambil tindakan

jangan membabi kuda macam lu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
d'zeck replied at 5-7-2015 01:03 AM
bukan pasal telur

tapi pasal guna otak

Ni salah satu alasan yang boleh digunapakai...last2 terkepit jer tadak tulur...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
tun m berani.. aku yakin n mmg terbukti
yg skrg ni...kita wait&see ler
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 01:17 AM | Show all posts
if a lawsuit does follow, then a lot of information will come into public domain, eg berapa jumlah duit and kemana pergi nya. I don't think this is something that the Najib camp will want to happen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2015 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 5-7-2015 01:17 AM
if a lawsuit does follow, then a lot of information will come into public domain, eg berapa jumlah d ...

Itu la yg semua org suruh saman betul2 ... kita boleh tengok seluar siapa terlondeh nanti...

Tapi lu rasa ini org ada tulur ka?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 01:42 AM | Show all posts
Tok sah harap la weii
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 01:45 AM | Show all posts
kudajantan77 replied at 5-7-2015 01:38 AM
Itu la yg semua org suruh saman betul2 ... kita boleh tengok seluar siapa terlondeh nanti...

Ta ...

I rasa kan, banyak yang akan keluar into public domain yang boleh merosakkan ramai orang lain.
Jadi, straight-forward lawsuit mungkin tak akan depa buat (sebab sure depa dah meet dengan top lawyers to discuss apa yg akan kuar, apa yang boleh dikekang).
Also, if ada pon, depa will take up court orders or injunctions to prevent certain aspects of the suit from becoming public atas dasar 'National Secret@ la 'National Interest' la... walhal, the interest of the nation is to know what really happened.

Answer to Kuda's Q: No, takde.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekali media cam ni buat fitnah, ramai yg percaya... even x logik pun... nampak sgt tipu... bodo sgt ke si najib tu nk wired duit berbillion dlm personal acc...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.075802 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list