CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5176|Reply: 52

[Tempatan] Dana Beratus Billion Gagal Dibawa Balik Punca Mahathir Serang Najib?

[Copy link]
Post time 4-7-2015 11:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Anak_Nogori at 5-7-2015 05:49 AM

Editor: kakchah | Diterbitkan pada: 4 July 2015|



Siri serangan Tun Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak mengejutkan rakyat Malaysia.
Seakan adanya perancangan rapi dalam serangan tersebut, antaranya:

1. Sebelum Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dan Rompin, kita dikejutkan dengan berita kononnya wujudnya skandal pembelian tanah TRX yang tidak telus oleh Tabung Haji. Kecoh satu negara hinggakan ketika itu penyimpan wang di Tabung Haji yang terdiri daripada pelbagai golongan termasuk orang kampung hampir terhakis kepercayaan kepada Kerajaan BN.

2. Sebelum Pembentangan RMK11 oleh Perdana Menteri, keluar pula video yang cuba memperlihat bahawa Muhyiddin Yasin menyelar 1MDB, sedangkan ucapan Timbalan Perdana Menetri tersebut adalah di dalam majlis tertutup dan ianya bukanlah seperti yang digambarkan di dalam blog atau portal berita internet pro pembangkang.

3. Terbaharu, selepas pengumuman penarafan kredit terhadap Malaysia oleh firma Fitch Ratings, keluar pula pembohongan yang maha hebat oleh media luar negara , The Wall Street Journal. Media yang pernah diharamkan oleh Mahathir ini mendakwa sejumlah wang, RM2.6Billion telah di depositkan ke akaun peribadi PM Najib.

Kenapa Mahathir menyerang tanpa memikirkan lagi kesan yang bakal dihadapi oleh Kerajaan BN dan parti UMNO yang beliau sendiri adalah sebahagian daripadanya?

Boleh dilihat dengan jelas, imej Negarawan Ulung makin “kelam” bersama usia Tun sendiri.

Tindakan yang cukup tidak bertanggungjawab dari Tun dan penyokong beliau mengundang tanda tanya bukan sahaja dari rakyat Malaysia malahan para pemimpin dunia yang lain juga.

Oleh itu berbagai teori timbul dalam mencari punca sebenar Tun bertindak ‘gila’ memburukkan nama negara di persada dunia. Isu proton, jambatan bengkok, Mukhriz jadi Perdana Menteri dan lain-lain lagi mula dianalisa satu persatu.

Gerakan pertama yang rakyat terlepas pandang.

Desakan halus supaya PM Najib lepaskan jawatan Menteri Kewangan 1:

Tun Daim pernah menulis surat mencadangkan agar Perdana Menteri jangan jadi Menteri Kewangan.

Tun Daim: Sebab itu dari dulu saya kata, saya pernah menulis surat mencadangkan Perdana Menteri jangan jadi Menteri Kewangan. Kalau ada masalah macam ini (1MDB) bukan salah Perdana Menteri jika beliau bukan Menteri Kewangan. Tetapi saya tidak tahu mengapa Perdana Menteri mahu juga menjadi Menteri Kewangan, Pak Lah pun macam itu juga.

Ia akan wujudkan konflik. Kalau Menteri Kewangan bukan kesilapan, dia juga Perdana Menteri, hendak marah tidak boleh, hendak buang tidak boleh. Kalau Menteri Kewangan orang lain, kita boleh ambil tindakan. Ketua Audit Negara memang membuat audit dan akan menyerahkan kepada Kementerian Kewangan.

Semasa saya dulu kita terima sahaja. Dia hendak tulis apa, tulislah dan kita terima.

Kalau kita hendak perbetulkan dari bagi tahu, ini jangan tulis, itu jangan tulis susahlah. Kesilapan yang berlaku kita perbetulkan. Jabatan Audit Negara memang bebas walaupun di bawah Kementerian Kewangan.

Sekarang ini memang susahlah sebab Menteri Kewangan adalah penasihat kepada 1MDB. Ini masalah besar. Saya pun tidak tahu, patut beliau fikir sedalam-dalamnya apa yang baik kepada negara.

Perdana Menteri pun sibuk, banyak masa diperlukan untuk memerintah negara, perlu tahu perkara hal ehwal luar negara. Jadi Menteri Kewangan pula jaga kementerian yang besar, terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan, berkaitan dengan wang pula.” – Malaysia Gazette

Daim dilihat sebagai cuba memberi tekanan kepada Najib agar melepaskan jawatan Menteri Kewangan dengan alasan agar lebih fokus kepada pentadbiran negara.

Menurut sumber, Mahathir menggunakan Daim untuk menyatakan pandangan tersebut memandangkan Daim adalah bekas Menteri Kewangan di zaman beliau dan dilihat sebagai Menteri Kewangan berkaliber. Mahathir dan Daim sebenarnya dilihat mahukan Menteri Kewangan yang boleh dikawal agar kepentingan peribadi mereka akan terjaga. Namun langkah Mahathir dan Daim sumbang, PM Najib kekal untuk menjawat jawatan tersebut. Apakah PM Najib sudah boleh menghidu apa yang sebenarnya niat mereka berdua itu?

Mahathir mengejar waktu, proksi bakal cabut lari.

Mungkin Mahathir fikir bahawa rakyat Malaysia mudah lupa dan mudah untuk diperbodohkan. Perundangan dunia mengenai ‘cross-border monetory’ berubah sejak insiden 911.

Segala urusan transaksi kewangan yang ingin dibuat antara negara perlukan pengesahan dari Menteri Kewangan sesebuah negara. Apakah tujuan wang yang ingin dipindahkan ke sesebuah negara? Syarat yang ketat ini dipersetujui oleh semua negara yang pada asasnya ingin mengekang unsur pengganas dan ini membuatkan sesiapa yang ada banyak simpanan di luar negara akan amat terasa tekanannya. Bagaimana nak bawa pulang simpanan wang yang bergunung kalau ianya tiada sebab yang konkrit?

Samada wang itu milik sendiri ataupun menggunakan nama proksi, prosedurnya sama sahaja. Menteri Kewangan kena luluskan.

Kalau jumlahnya sedikit, pemiliknya tidak akan menjerit.

Benarkah jumlahnya lebih dari RM100Billion?

Dan ianya disimpan dalam akaun milik puluhan proksi yang dihimpun selama 22 tahun?

Kalau peniaga yang mempunyai alasan untuk melabur seperti membeli ladang sawit dan sebagainya maka urusan transaksi ini akan menjadi amat mudah.

Namun menurut sumber, Mahathir mengejar waktu kerana beliau melihat proksinya sudah liat dan seperti mendoakan beliau ‘jalan’ lebih awal supaya mereka boleh menggunakan dana simpanan itu sebebasnya tanpa lagi perlu risaukan Mahathir?

Benarkah Vincent Tan, Syed Mokthar, Ananda Krishnan, Francis Yeoh, Lee Kim Yeu, Syed Azman, Aramugam etc merupakan proxy Mahathir?

Alasan Jambatan Bengkok dan suntikan dana tambahan untuk Proton bernilai RM1.7Billion bukanlah alasan sebenar kalau dilihat dari segi serangan Mahathir yang sudah masuk fasa bergabung dengan pihak parti pembangkang.

Bagi Mahathir, apa nak jadi, jadilah!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2015 01:15 AM | Show all posts
Memanglah. Ini bukan rahsia.
Tetapi yang menjadi isu sekarang ini adalah apakah yang Najib telah buat untuk mendapatkan balik apa yang telah hilang tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2015 05:55 AM | Show all posts
ipes2 replied at 5-7-2015 01:15 AM
Memanglah. Ini bukan rahsia.
Tetapi yang menjadi isu sekarang ini adalah apakah yang Najib telah bu ...

bagi saya....kalau Tun pandai membuat cerita dan berdasarkan persepsi tanpa bukti dan berselindung di sebalik soalan yg perlu dijawap.

maka Tun kena jawap lah juga persepsi yg ditimbulkan ini...dan kita tahu sudah beberapa kali Pengerusi KITA Kedah mempersoalkan kekayaan luar biasa anak2 Tun sehingga mempunyai jet peribadi...dimana sehingga sekarang tun masih tidak menjawapnya lagi.

pasal tu saya sering kata...tun ni meludah kelangit jatuh kemuka dia semula..krn dia pun tidak lah benar2 nampak bersih..byk gak rekod sejarah lampaunya yg dibangkitkan oleh pembangkang satu ketika dulu...dan saya yakin satu2 akan keluar juga akhirnya nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
kasi jel la itu madey..takot?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 07:39 AM | Show all posts
rakyat la tanggung sume tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
walau apapun penyebab Tun nak sangat jatuhkan PM,

diharap Tun sempat menjadi waras semula dan membantu dalam usaha menyatukan kelompok2 melayu muslim yang kini terpecah bertaburan,

sebelum ajal menjemput beliau
Amin
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-7-2015 08:04 AM | Show all posts
Aaaaa bukan Pengerusi KITA Kedah je persoalkan kekayaan luar biasa anak2 Tun....Zaharin pun persoalkan...ada Tun jawap?..

Tuesday, 5 May 2015 DUTA BESAR MALAYSIA KE INDONESIA PERSOAL KEKAYAAN ANAK BERANAK MAHATHIR YANG MERAGUKAN. Alih bahasa lebih kurang apa yang ditulis diakhbar diatas ialah :  ..
"Saya secaa peribadi tahu kereta-kereta  yang dipandu mereka bernilai jutaan ringgit . Mereka tidak datang dari keluarga kaya .. Bapa mereka hanya berpendapatan RM20,000 sebulan sebagai Perdana Menteri dan datuk mereka hanyalah seorang guru. Saya perlukan penjelasan dari Dr Mahathir mengapa dia tergamak mempersoal kekayaan Najib sedangkan anak-anaknya sendiri hidup mewah" ...

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim Walapun secara peribadi Omak Kau tidak setuju cara Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim berpolitik namun tidak semestinya jika apa-apa kenyataan dan soalan jika ada kebenaran walaupun sedikit, sebagai penggiat blog, yang telah dididik dan asuh supaya sentiasa sedaya upaya tegakkan kebenaran walaupun pahit, tanpa mengira siapa yang berkata, maka wajar jua Tun Mahathir memberikan jawapan yang dilontarkan ini.

Sebab sebelum ini semasa Tun Dr Mahathir masih menjawat sebagai Perdana Menteri, hampir setiap ceramah Pembangkang ketika itu Angkatan Perpaduan Ummah, disusuli dengan Barisan Alternatif, boleh kata setiap pemimpin yang berucap, akan mempersoalkan kekayaan luar biasa yang dipertikaikan milik anak beranak Tun Mahathir.

Malahan teriakkan Reformasi'98 dengan slogan Nepotisme, Kronisme dan Korupsi (NKK) tercetus semasa era pemerintahan beliau. Dato' Seri Anwar Ibrahim terpelanting keluar dari UMNO dan terus menyinggah sebagai penghuni penjara Sungai Buluh selama lebih 6 tahun dikatakan berpunca dari keengganan Anwar Ibrahim turut kemahuan dan arahan Tun Mahathir menggunakan wang rakyat bagi menyelamatkan syarikat perkapalan anaknya, Mirzan Mahathir yang ketika itu diambang muflis.

Tidak dinafikan anak-anaknya terlibat dalam perniagaan, tetapi jika mereka bukan anak seorang Perdana Menteri ketika itu adakah mampu mengumpul kekayaan seperti apa yang dimiliki kini? Dari mana mereka memperolehi modal untuk membuka syarikat-syarikat gergasi dsbnya. Tun Dr Mahathir perlu jawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh Duta Besar Malaysia ke Indonesia demi membersihkan namanya dimata dan hati rakyat. Harap sangat-sangat Tun Mahathir memberikan respon secepat mungkin sebab bak kata Tun Mahathir rakyat berhak tahu.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 09:00 AM | Show all posts
dulu bukan main di bangga, sokong, jilatnya,  Mahadir masa jadi PM, ada kuasa... sekarang, perghhh macai macai ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2015 09:17 AM | Show all posts
adoi najib yg curik duit, mahathir plk yg jd isu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak nogori mesti penat dln bulan mulia ni, penat nk cari artikel2 yg mencuci bontot tuannya
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 09:27 AM | Show all posts
orang sama yg menjerit2 INI FITNAH bahwa mahathir songlap ratus2 bilion melalui proksi2nya
fast forward 15 tahun
orang yg sama pula yg menjerit woiiiii mahathir songlap ratus2 bilion woiiiiiii!


Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 09:41 AM | Show all posts
APA BUKTI TUN MAHADIR CURI DUIT BERBILLION-BILLION.........???????
Ini AYAT MACAI & NAJIB.
Bila buat tuduhan, sila beri bukti, bukan yang dituduh perlu mencarm bukti...........
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 08:00 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 5-7-2015 05:55 AM
bagi saya....kalau Tun pandai membuat cerita dan berdasarkan persepsi tanpa bukti dan berselindung ...

Betul kata Anak Nogori bahawa Tun M pun ada isu berkaitan nepotism etc. Itu masaalah Tun M dan dia kena tangani melalui cara sendiri.
Tetapi isu sekarang ialah pasal 1MDB dimana dananye sudah hilang dn ini memang sah.. berbillion.
Di Malaysia tak dibincang lah sebab news channel tidak bebas tetapi di luar memang di bincang.
Jumlah yang hilang ialah jumlah duit rakyat; kerana kehilangan ini, banyak restricitons yang negara kena buat untuk jimat eg potong penghantaran pelajar ke peringkat tinggi dan macam macam lagi yang mechanisma nye susah kita nak explain tetapi tetap terlibat kena potong.
Banyak sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 08:07 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 5-7-2015 05:55 AM
bagi saya....kalau Tun pandai membuat cerita dan berdasarkan persepsi tanpa bukti dan berselindung ...

satu ketika ada pegawai tinggi beritahu saya ber-list list cutbacks yang telah dibuat tetapi kita tak terasa..byk sangat.
saya takut kerajaan bankrap kerana ini..yang paling kena padah adalah orang Melayu lah; orang Cina dgn orang India tidaklah suspen sebab depa confident dgn kekuatan ekonomi yang sangat kuat di PRC dan India. India, Brazil dan a few others sekarang ni economy depa sangat mencanak. Kita tak ada newschannel atau TV programmes kat Mesia yang bincang pasal ni yang interviews world experts dan provide educations dalam bidang ini. Financial tradings is not a priority in Malaysia. Contoh yang mudah ialah orang di Malaysia tak paham kenapa Singapore is really strong economically walhal depa tak produce apa apa pun.. its their financial districts yang generating billions, not their production lines.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2015 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 5-7-2015 08:00 PM
Betul kata Anak Nogori bahawa Tun M pun ada isu berkaitan nepotism etc. Itu masaalah Tun M dan dia ...

Saya masih tak faham tentang dana 1mdb tu telah hilang berbillion.

Boleh ko buktikan?.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2015 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 5-7-2015 08:07 PM
satu ketika ada pegawai tinggi beritahu saya ber-list list cutbacks yang telah dibuat tetapi kita  ...

Tapi berdasarkan kajian yg ko buat berdasarkan statistik, tanda2 ekonomi..ko rasa malaysia bila nak bengrap?.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2015 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kipidap cai dongibab...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 08:40 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 5-7-2015 08:26 PM
Saya masih tak faham tentang dana 1mdb tu telah hilang berbillion.

Boleh ko buktikan?.

No I cant tetapi isu ni heboh sudah lama.
Ada orang yang pernah bagi dengan terperinci what was involved dulu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 08:43 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 5-7-2015 08:30 PM
Tapi berdasarkan kajian yg ko buat berdasarkan statistik, tanda2 ekonomi..ko rasa malaysia bila na ...

No I tak buat kajian statistics (ha ha eventho kebetulan i tgh study statistics books today) but it is generally known that economy kita is very unhealthy at the moment. Alah macam orang yang ada cancer lah, orang lain tak tahu apa sakit dia dan mungkin dia pon tak tahu tapi bila kita tengok dia kita tahu something is horribly wrong with the patient.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2015 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 5-7-2015 08:40 PM
No I cant tetapi isu ni heboh sudah lama.
Ada orang yang pernah bagi dengan terperinci what was i ...

Base pasal hebuh bukan base pada buktilah.

Then..i rest my case.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.137996 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list