CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6397|Reply: 41

[Tempatan] Gambar Wefie DS Khairuddin Dan Pemilik Sarawak Report, Claire Brown.

[Copy link]
Post time 4-7-2015 11:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Anak_Nogori at 4-7-2015 11:33 PM

JULY 4, 2015Gambar Wefie DS Khairuddin Dan Pemilik Sarawak Report, Claire Brown


Kadangkala CTS tertanya-tanya bagaimana seseorang yang telah diistiharkan bangkrup kini sudah melangsaikan hutang-hutangnya yang berjumlah berjuta-juta ringgit kurang dari tempoh setahun dan dilepaskan dari senarai orang-orang yang muflis dan bangkrap. Sesuatu yang Rakyat Malaysia perlu pelajari daripada Datuk Seri Paduka (DSP) Khairuddin Abu Hassan.

Khairuddin merupakan penyokong kuat Tun Dr Mahathir dan baru-baru ini beliau telah ke London untuk bertemu Claire Brown, pemilik Sarawak Report. Khairuddin dengan bangganya memuat naik gambar "wefie" di blog sendiri! Ini buktinya beliau tidak lagi muflis kerana orang bangkrup dan muflis tidak dibenarkan ke luar negara.

Mungkin kehadiran Khairuddin ke London ada kena mengena dengan kenyataan Ken Brown dari Wall Street Journal (WSJ) yang menyebut dalam satu wawancara bahawa mereka mendapat dokumen mereka dari sumber yang tidak dikenali yang boleh dipercayai dan mendakwa RM2.6 billion dimasukkan ke akaun Perdana Menteri?

Mungkin DS Najib adalah betul apabila belau berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa beliau percaya bahawa Tun Dr Mahathir di belakang semua serangan media asing baru-baru ini kepadanya. Walaupun tidak konklusif, foto di atas adalah petunjuk sama ada apa yang DS Najib dakwa awal hari ini adalah betul atau salah. Sebagai Perdana Menteri dan mengawal perisikan domestik, kita pasti beliau mempunyai bukti yang cukup untuk mengatakan yang ada Rakyat Malaysia terlibat di belakang serangan ini, di negara kita sendiri dengan menggunakan media asing.

Cumanya kita perlu berhati-hati menerima bantuan asing terutama dari media berat kerana sejarah telah acap kali mendedahkan apa agenda tersembunyi mereka. Malah Tun Dr Mahathir sendiri selalu memberi amaran kepada kita mengenai hal media asing ini. Bantuan negara-negara asing untuk campur tangan dalam politik domestik biasanya datang pada harga yang tinggi kepada negara kita Malaysia.









[url=][/url] [url=][/url] [url=][/url] [url=][/url] [url=][/url] [url=][/url] [url=][/url]
WRITTEN BY CUCU TOK SELAMPIT AT SATURDAY, JULY 04, 2015
IMAGE:




Read more at http://khairulryezal.blogspot.co ... yfCZShfB9fQxvc22.99

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2015 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
With the money, jibbi boleh twist apa saja
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 12:19 AM | Show all posts
Dulu media luar di ludah tapi sekarang di jilat , demi dendam kesumat  
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
dah dijangka pasti ada barua yang menjadi penghubung

jika tidak kejadahnya rakyat UK bernama clare rewcastle perang tu menyibuk sangat dengan hal ehwal malaysia

dah la guna nama sarawak tanpa bayar royalti, tak pasal2 buruk nama negeri bumi kenyalang
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada dua barua umno dlm malaycaridotcomdotmai juga tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 12:41 AM | Show all posts
Apa la nak jadi.. dulu2 anti sangat ngn media barat kununn berat sebelah bagai.. la ni.. dok pergunakan pula demi kepentingan peribadi.. harap2 DS Najib jangan termasuk dalam perangkap malaun2 nii..

Kalo betul terjadi masokkan duit dalam account peribadi memang bodo laa.. patut guna la teknik " cuci duit " secara terancang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2015 04:38 AM From the mobile phone | Show all posts
OncOnce machai forever machaiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 05:35 AM | Show all posts
apoh nak hairan kan...Home Ministry...oreng porty mano..?????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2015 05:59 AM | Show all posts
d'zeck replied at 5-7-2015 12:26 AM
dah dijangka pasti ada barua yang menjadi penghubung

jika tidak kejadahnya rakyat UK bernama clar ...

dan barua ini menjadi barua tun...maklumat disalurkan tanpa bukti kukuh ditelan oleh tun tanpa soal dan dikaji sedalam2nya.

maka krebiliti Tun semakin terjejas semata2 krn benci sangat dgn Najib...pertimbangan akalnya tidak lagi berfungsi dgn baiknya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2015 06:05 AM | Show all posts
silencekiller replied at 5-7-2015 12:41 AM
Apa la nak jadi.. dulu2 anti sangat ngn media barat kununn berat sebelah bagai.. la ni.. dok perguna ...

see...bukan saya seorang je fikir kepentingan peribadi..kita boleh tengok dgn jelas..tuduhan dibuat tanpa bukti..main tembak je..

dan macai2 sambut pula tanpa rasa bersalah sedikit pun dan lansung tak mahu fikir..pahala dosa fitnah belakang kira..

saya fikir...rakyat Malaysia bakal ditimpa bala yg lagi besar..krn fitnah sudah tidak lagi dapat dikawal oleh sebilangan rakyat Malaysia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2015 06:42 AM | Show all posts
Gambar intim pengikut Mahathir dan pemilik Sarawak Report jadi persoalan..
2:30 AM  Maikel De Turtle  0  panas


Tidak ada lagi yang yang lebih jelas daripada ini siapakah dalang sebenar di belakang serangan oleh Sarawak Report.

Politikus UMNO yang juga bekas pemimpin peringkat Bahagian yang sebelum ini diisytiharkan muflis Datuk Khairuddin Abu Hassan dan sejak kebelakangan ini menjadi penyokong terkuat Tun Mahathir, dikhabarkan minggu lepas telah terbangi ke London minggu untuk bertemu Pn Claire Brown, pemilik Sarawak Report.

Sebagai warga muflis yang secara automatik tidak dibenarkan keluar negara, sudah pasti menimbulkan tanda tanya dari mana beliau mampu untuk membebaskan dirinya sebagai warga bankrap sehingga boleh melakukan perjalanan ke luar negara lagi.

Mungkin kenyataan WSJ, Ken Brown yang berkata dalam satu wawancara bahawa mereka mendapat dokumen mereka dari sumber yang tidak dikenali yang boleh dipercayai dengan mendakwa RM2.6bilion telah dimasukkan dalam akuan persendirian milik Najib sambil berkata memiliki beberapa dokumen baharu bakal dibongkar dalam artikel beliau seterusnya.

Disini jelas sangkaan dan tuduhan Najib tepat dan berasas dalam satu kenyataan hari ini yang berkata beliau percaya bahawa Tun M adalah dalang sebenar di belakang semua serangan media asing baru-baru ini terhadap dirinya.

Walaupun tidak konklusif, namun foto ini sebanyak sedikit mencuit minda untuk menerima sebagai salah satu pentunjuk jelas dan berfakta betapa kata-kata Najib awal hari ini mempunyai asas yang kukuh.

Sebagai PM dan mengawal serta mempunyai akses perisikan domestik, secara logik ikut hukum akal sudah pasti dia mempunyai bukti yang cukup untuk mengatakan siapa yang menjadi dalang serangan dengan menggunakan media asing. Yang menyedihkan ada rakyat Malaysia sanggup berkomplot dengan media asing yang kita sentiasa mencurigai dan tahu agenda tersembunyi mereka selama ini.

Peliknya Tun Mahathir pernah suatu ketika dahulu ketika Anwar Ibrahim menggunakan media asing untuk menyerang kepimpinannya menasihati rakyat agar sentiasa berhati-hari dan ada sifat curiga segala bentuk bantuan yang mau diberikan oleh media-media asing ini. Kini beliau kelihatan sudah menjilat balik kahak pekat hijaunya itu .. sanggup menjilat demi memuaskan agenda balas dendam kesumatnya.

Amaran dan peringatan Tun Mahathir tidak mungkin dapat rakyat melupakan begitu sahaja. Harus diingatkan ... bantuan media asing biasanya datang dengan harga yang tinggi kepada negara kita. - OK
                                            
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sanggup jilat ludah balik semata2 nak tujuan peribadi nya tercapai
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ni bila najib dah tak ada..harap gov baru ambik Claire ni jd patron mana mana organisasi...alhamdullillah ada org mcm dia yg concern pasal tanah kelahiran...kalau tak ada dia berapa agaknya najib dah menyonglap tak ingat mati
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
klu ada berita duit aku hilang..masuk dlm akaun sesiapa..aku pegi siasat kat bank..takde masa aku nak tau org yg kabor duit aku ilang tu ada wefie dgn sesiapa..dh la dgn awek x cun..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 02:19 PM | Show all posts
silencekiller replied at 5-7-2015 12:41 AM
Apa la nak jadi.. dulu2 anti sangat ngn media barat kununn berat sebelah bagai.. la ni.. dok perguna ...

Inilah antara contoh ahcai2, penyukom2, pengundi2 yg rela harta negara duit rakyat disongklap sesuka hati. Macam 2 orng mahchai setia tu. Attitude macam ini sgt merugikan negara. X mengapalh rasuah salah guna kuasa asalkan Melayu. Salah tetap salah. Hattapun kalaulah ditakdirkan DSAI skrg PM Mesia lalu terdapat bukti2, dokumen2, fakta2 ada tuduhan rasuah dan salah guna kuasa, kami x akan sekali-kali menerima dan menyukong Pemimpin rasuah. Better get lost foot lose
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dato khairudin tu dgn ms claire tu mcm ala2 gay friend je, mcm same2 shopping kat London
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2015 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 5-7-2015 03:02 PM
Dato khairudin tu dgn ms claire tu mcm ala2 gay friend je, mcm same2 shopping kat London

Pastu mana nak letak datin umi aida?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 03:33 PM | Show all posts
bioessence replied at 5-7-2015 04:17 AM
Sanggup jilat ludah balik semata2 nak tujuan peribadi nya tercapai

Kalau lah benar seperti yg ditelah oleh najib aku kesian dgn tun terpaksa menamatkan sisa sisa usia nya dgn mengulangi  tindakan kotor pihak Lawan yg pernah di kutuk nya selama ini.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih dgn tun m... seorg yg sgt hebat n dihormati, jd cam ni... byk lg cara tun m boleh buat kalau sungguh tak nak kan najib... tp tak perlu pilih nak hancurkan n aibkan negara, negara yg tun m sendiri bangunkn...
Tun m pun rasanya sekadar proksi... ada lg kepala besaq yg berselindung di sebalik semua ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 06:03 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 5-7-2015 06:05 AM
see...bukan saya seorang je fikir kepentingan peribadi..kita boleh tengok dgn jelas..tuduhan dibua ...

aku stop percaya politik. politik hanya candu pemikiran buat seluruh rakyat. rakyat pulak bak harimau tidur, itu yg politikus boleh berjoget sesuka hati.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.255017 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list