CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5960|Reply: 43

PATUT LA SELANGOR TU KUCAR KACIR!!!

[Copy link]
Post time 5-7-2015 06:52 AM | Show all posts |Read mode
PATUT LA SELANGOR TU KUCAR KACIR!!!
POSTED BY SEMUT HITAM ON 12:00 PTG


Huh! Tak heran la kalau Negeri Selangor pada ketika huru hara dan menjadi kucar kacir. Habis semua benda tak mampu nak diuruskan dengan baik oleh Si Menteri Besar Selangor yang baru tu.


Daripada isu sampah sarap yang tak berkutip, longkang tersumbat yang masih mengakibatkan banjir, isu bekalan air yang masih membelenggu rakyat, sampai ke urusan Politik.


Semuanya dilihat masih lagi GAGAL untuk ditangani oleh Si Menteri Besar Selangor tu walaupun sebelum ini dia mendabik dada kata dia lebih baik jika dibandingkan dengan Khalid Ibrahim.


Korang bayangkan la. Macam mana Si Menteri Besar Selangor tu mampu nak uruskan sebuah Negeri jika adik beradik dia sendiri pun dia tak mampu nak bimbing sampai tahap biadap dengan semua orang?


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, baru-baru ini menegur tindakan melampau Azwan Ali memaki hamun pengikutnya di Twitter sehingga tidak menampakkan dirinya seperti orang Islam yang sedang berpuasa.


Menurut Mufti Perak itu, tweet-tweet yang dimuat naik oleh Azwan Ali itu menunjukkan ciri-ciri golongan fasik kerana tidak menggambarkan teladan dan sifat seorang Muslim yang sebenar.


Berikutan itu, Azwan Ali memuat naik gambar Mufti Perak berkenaan di laman Instagramnya.


"Jutaan terima kasih Mufti Perak Darul Ridzuan. Sempat tegur 1001 cerita panas truly Diva AA. Sikit tak luak, after all teruja seorang ulamak punya gigih ambil kita Azwan Ali. Hebatnya penangan nama besar Azwan Ali. Kau mampu?


"Fatwa? Hukum? Semua dah ada dalam genggaman hidup Azwan Ali. Sah-sah arwah abah aku ustaz. So? So? So? Cuma Azwan Ali hanya hambaNya. If even kau di luar sana meroyan, menyalak, mencemar busuknya Azwan Ali.


"Macamlah aku ini tak tahu hukum hakam. Why bother? Why bother? Why bother? Go ahead. But remember doa hambaNya yang teraniaya. Kau carilah mufti besar Arab Saudi pulak. But its okay. Terima kasih atas teguran.


Tapi ingat semua, atas dunia kau boleh buat apa saja untuk berkuburnya nama besar Azwan Ali. Akhirat, azab kau amatlah pedih. Tuhan Maha Mengetahui siapa benar siapa salah. Kebenaran mungkin tidak di dunia pasti di akhirat. Nawaitu kau lebih penting tika memporak peranda kes ini. Nahuzubillahminzalik," katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2015 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Another. Azwan. Ali's. Thread. In. disguise...... mohon. Tindakan. Mod..... @Muntz, @spiderman80, @perang_sivil
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
thread pasal ni lagi..macam ni pon boleh nak kait pasal politik jugak

@spiderman80 @Muntz @perang_sivil @admin6
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2015 07:05 AM | Show all posts
MeghanK replied at 5-7-2015 06:58 AM
thread pasal ni lagi..macam ni pon boleh nak kait pasal politik jugak

@spiderman80 @Muntz  ...

itu pun nak heran....buah kurma pun boleh jadi bahan politik.

Saturday, 4 July 2015Lagi Adu Domba Pembangkang , Agihan KURMA Jadi Bahan FITNAH !![size=10.8000001907349px]

[size=13.1999998092651px]

Nampaknya fitnah terus menjadi makanan utama pembangkang untuk mendapatkan perhatian daripada rakyat tanpa langsung wujud rasa berdosa mahupun bersalah bagi setiap tindakan yang dilakukan.

Bagi mereka bukan soal kebenaran tetapi jauh lebih kepada kepentingan politik yang boleh dijadikan sebagai platform untuk berkuasa walaupun kedudukan kuasa itu berlaku atas dasar lendir dan nanah yang amat menjijikkan.

Begitulah sikap pembangkang , bukan sahaja tidak ikhlas membantu rakyat tetapi lebih terarah kepada melakukan kerja-kerja sabotaj yang berlandasakan kepada kepentingan politik semata-mata.Satu kaedah dan gerak kerja kotor yang selama ini mendapat restu pucuk pimpinan mereka yang tidak berubah walaupun kini berada di penjara kerana meliwat.

Semalam pihak pembangkang PKR Sarawak telah membuat satu tuduhan dan fitnah yang cukup jahat terhadap Biro Kebajikan UMNO Malaysia yang diterajui oleh Datuk Azeez Rahim kononnya telah menyumbang buah kurma yang telah tamat tarikh luput ke Sarawak.

Sebelum itu Biro Kebajikan UMNO Malaysia bersama dengan Biro Kebajikan Barisan Nasional telah dan sedang menyelesaikan Misi Jelajah Ramadhan satu program penyampaian buah kurma,air zam-zam dan kain baju melayu kepada masjid-masjid di seluruh negara sempena bulan ramadhan.

Setakat ini program Jelajah Ramadhan sudah pun menjelajah ke seluruh negeri dan ianya kini berada di fasa terakhir untuk menyelesaikan pengagihan barangan terbabit ke beberapa buah negeri sahaja lagi yang dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh beberapa hari ini.

Namun keihklasan dan kesungguhan itu amat dicemburui oleh pembangkang memandangkan usaha murni sebegini secara tidak langsung terus sampai ke akar umbi.Dan sudah tentu ruang dan peluang ini akan dianggap oleh pembangkang sebagai peluang untuk UMNO mendekati rakyat dalam konteks politik seperti mana pembangkang sering lakukan sebelum ini.

Walhal Datuk Azeez Rahim selaku Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia sendiri sudah pun mengesahkan program ini melibatkan kesemua masjid di seluruh negara dan Perdana Menteri sendiri telah menyatakan kepada beliau jangan mengambil kira faktor politik memandangkan ianya adalah sumbangan dan pengagihan kepada umat Islam sempena bulan ramadhan.

Mungkin kerana teruja untuk terus menyerang parti UMNO dan keperibadian YAB Perdana Menteri barangkali maka PKR Sarawak telah bertindak menyiarkan 2 gambar di akaun facebook milik mereka mendedahkan kononnya pengagihan itu melibatkan buah-buah kurma yang telah tamat tarikh luputnya.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2015 07:18 AM | Show all posts
rosmah dipakaikan kasut pun jadi bahan politik...tak kisah plak..

Saturday, July 04, 2015
APA MASALAH RAKYAT MALAYSIA NI ??? ISU DS #ROSMAHMANSOR DIPAKAI KASUT PUN NAK KECOH KERR ???


apa jadah semua ni ??? ini pun rakyat malaysia nak memekak !!! apa masalah dengan Datin Seri Rosmah yang sedang dipakaikan kasut ??? itu pun boleh jadi isu.apa ni ??? wahai rakyat malaysia,anda nak tau tak umur Datin Seri Rosmah Mansor 64 tahun.kalau dah 64 tahun faham-faham jer laaa.mengikut apa yang saya dapat tau,Datin Seri Rosmah ada masalah lutut dan badannya yang agak besar membuatkan beliau susah nak pakai kasut.itu jerrr !!! apa salahnya beliau dipakaikan kasut ??? Ini pun nak jadi isu ke ????

cuba pembaca Badut Rakyat yang suka atau tidak Datin Seri Rosmah ni bayangkan mak kita atau nenek kita atau makcik kita yang ada masalah lutut dan kita pakaikan kasut kepada dia dan benda tu pun menjadi isu besar ??? anda senditi marah tak ??? adakah itu semua ok untuk anda ???

Atau benda ni jadi isu sebab dia merupakan isteri kepada Perdana Menteri ??? Apa nak jadi dengan rakyat Malaysia sekarang ni ??? Dimana adab kita ??? Kalau tak hormatkan beliau sebagai isteri Perdana Menteri pun hormatkanlah dia sebagai seorang wanita yang berusia dan mempunyai masalah kesihatan.Kenapa perlu hina beliau macam tu ??? Untuk apa ??? saya cukup sedih lahhh dengan perangai orang kita sekarang ni.Kena ingat tau,kita pun ada emak,nenek dan orang yang ada masalah lutut dan berbadan besar serta susah nak tunduk untuk pakai kasut.Jangan lahh kita menghina dan membuat andaian yang tidak baik.Esok-esok kena kat kita baru padan muka.Bulan Ramadhan ni,bertaubatlah wahai rakyat malaysia yang kutuk beliau.pergi lahh minta maaf pada beliau.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak nogori bru blik dr planet mars
seluruh negara da kucar kacir disebabkan tuan ko
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2015 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by scorpionkiki at 5-7-2015 08:23 AM

Isu air dan sampah di Selangor amat penting berbanding pm Malaysia songlap rm2.8 billion
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
pendekatan fitnah dan memperbesar perkara remeh adalah trade mark rasmi pembangkang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2015 07:47 AM | Show all posts
oh bru hakak paham selangor sajalah negeri paling byk masalah kat Malaysia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kejadah adik dh 50 thn abg ttp kena jaga ...dah x boleh dilentur dah ..dah jd buluh kasap

lg pun terang2 azwana ckp dia dh buang famili.. Hopefully najibby pun boleh tegur nazir tutup mulut malu asik tegur 1mdb
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang tgh berkecamuk hati macam ni laa..rilex rilex sudaaa...

negara kita makin melingkup...oopss...tak laa...memang ekonomi dunia sekarang tak berapa bagus.. segala kenaikan adalah disebabkan tekanan dunia...bukan disebabkan salah urus...as sahibul dah buat yg terbaik utk menyelematkan negara seperti hanya berbuka dengan 3 biji tamar dan air kosong...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
desperet bebeno dah macai ni kekeringan isu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 09:43 AM | Show all posts
mn satu isu sbnr ni? isu aa ke isu rosmah dipakaikan kasut?

btw aa tu mmg mulut najis la. knp la mak pak dia leh dpt anak mcm tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila pulal selangor kucai kacir...shah alam  pun ok ja
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok la tahap pemikiran macai Ameno camne :zz
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 10:50 AM | Show all posts
[@Anak_Nogori] bulan puasa saboor bang.. ke elaun rayo?Banyak geng mau duit rayoo gak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2015 11:28 AM | Show all posts
alien3d replied at 5-7-2015 10:50 AM
[@Anak_Nogori] bulan puasa saboor bang.. ke elaun rayo?Banyak geng mau duit rayoo gak.

ni tengah sabooo lah ni...saya tak perlu duit raya utk berjuang memerangi jahiliion2 ini...duit saya cukup sampai hujung nyawa saya..insyaalah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 11:38 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 5-7-2015 11:28 AM
ni tengah sabooo lah ni...saya tak perlu duit raya utk berjuang memerangi jahiliion2 ini...du ...

kau patut layan real enemy da....  bukan pakatan rakyat.. . Bulan puasa. kena banyak sangka baik
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
dgr citer kerajaan selangor skrg dok gali bauksit..habis tanah dgn sungai bertukar warna merah..lori hantu bauksit pon bukan kain kurang hajar lagi langgar rakyat selangor..bila tv3 mau dtg lapor?..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2015 11:52 AM | Show all posts
alien3d replied at 5-7-2015 11:38 AM
kau patut layan real enemy da....  bukan pakatan rakyat.. . Bulan puasa. kena banyak sangka baik ...

saya ada 2 enemy sekarang.

eh...ada lagi ke pakatan rakyat?..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.068474 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list