CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9179|Reply: 88

[Tempatan] Ds Najib menegaskan beliau tidak akan sesekali mengkhianati rakyat

 Close [Copy link]
Post time 5-7-2015 10:31 PM | Show all posts |Read mode

Terpalit dengan dakwaan skandal dana 1MDB yang disalurkan ke akaun peribadi beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau sesekali tidak akan mengkhianati rakyat.

"Sungguh, sebagai perdana menteri saya tidak akan mengkhianati rakyat Malaysia dan harta rakyat.

"Itu sudah janji saya," katanya kepada kira-kira 400 hadirin di majlis berbuka puasa bersama penduduk di Semenyih, hari ini.

Sehingga kini Najib belum memutuskan untuk memulakan proses perundangan terhadap akhbar Wall Street Journal (WSJ) yang mengaitkan beliau dengan dakwaan mengambil wang dari dana 1MDB.

Menurut WSJ, transaksi itu berlaku pada Mac 2013 dan Disember 2014 hingga Februari lalu.

Sebelum ini pelbagai pihak - sama ada pembangkang atau tokoh dalam kerajaan sendiri - menyarankan Najib segera mengambil tindakan perundangan terhadap WSJ kerana ia membabitkan integriti beliau sebagai perdana menteri dan ketua kerajaan.

Dari negatif kepada stabil

Kata Najib, beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan menyaman WSJ dan tidak akan membiarkan kuasa luar mengancam atau menumbangkan kawalan BN dalam kerajaan.

"Ini kerana kita dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi," katanya.


Sementara itu, Perdana Menteri dalam ucapannya turut menyentuh penarafan positif Fitch Ratingsterhadap ekonomi Malaysia yang didakwanya dibuat selepas agensi berkenaan melakukan banyak kajian.

Ia termasuk melawat kawasan pembangunan Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia - dua projek dikendalikan oleh 1MDB.

Kata Najib, agensi penarafan itu menaikkan status Malaysia daripada "negatif" kepada "stabil".

"Isu ini digembar-gemburkan tetapi ia tidak menjejaskan penilaian mereka (Fitch Ratings). Mereka tetap katakan bahawa isu tersebut tidak mendatangkan risiko kewangan secara sistemik.

"Mereka yakin dengan pelan pemulihan ataupun rationalisation yang dibentangkan oleh 1MDB. Sebab itulah mereka telah memberi markah yang lebih baik kepada Malaysia, dari negatif jadi stabil," katanya.


Ramai macai akan jadi gile dengar penegasan Ds Najib ni..Tahniah Ds Najib kerana sentiasa mendahulukan rakyat..kami rakyat yang rasional dan waras sememangnya sentiasa percaya kepada kepimpinan Ds Najib dan tidak akan sesekali terpengaruh dengan fitnah-fitnah pihak tertentu..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2015 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
percaya tul dia dgn agensi penarafan yahudi tu yerrrr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2015 10:40 PM | Show all posts
kecimpret replied at 5-7-2015 10:33 PM
percaya tul dia dgn agensi penarafan yahudi tu yerrrr

Ds Najib berhadapan dengan situasi paling sukar..Dalam politik..kalau diserang..kita sepatutnya serang balas pada musuh yang menyerang..tapi ds najib diserang secara serentak oleh bermacam-macam pihak..samada secara terang mahupun berselindung...

justeru satu satu nya langkah yang boleh diambil adalah menjelaskan kepada rakyat berkenaan segala keberkesanan tindakan/dasar yang telah dilaksanakan..diharap dengan cara ini..rakyat dapat menyedari segala kebaikan yang telah dilaksanakan oleh ds najib..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
idop najib!...mohon jgn resign dulu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 5-7-2015 10:33 PM
percaya tul dia dgn agensi penarafan yahudi tu yerrrr

Cuba kalau agensi tue bg rating sebaliknya mau lain plak cakapnya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
hidop pahlawannn
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-7-2015 10:52 PM | Show all posts
kecimpret replied at 5-7-2015 10:44 PM
idop najib!...mohon jgn resign dulu

Ds Najib xkan resign..Kalau Tun M bawa malaysia ke belakang selama 22 tahun..Ds Najib yang akan memimpin malaysia ke hadapan akan memerintah lebih dari 22 tahun..
ayat bagi macai lebih kepanasan..kalau saya nak menyamun pun..xkan lah saya simpan dekat bank di malaysia..


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan rasa penghargaannya kepada Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang meragui kesahihan laporan Wall Street Journal (WSJ).

Bercakap kepada media di Semenyih hari ini, Najib berkata, ramai yang tidak mempercayai laporan mengenai pengaliran wang dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun persendirian beliau di Malaysia.

"Saya berterima kasih ramai juga yang kata tak percaya berita tersebut, termasuk Datuk Haron Din (gambar).  Dia kata tak masuk akal nak saya lakukan perkara sebegitu," kata Najib.

Kata perdana menteri, dia menjadi mangsa serangan media sosial secara bertubi-tubi kebelakangan ini dengan mengaitkannya dengan menyalahgunakan wang negara.

"Kalau saya nak menyamun pun, takkkan saya menyamun bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia. Itupun saya kalau saya nak jadi seorang penyamun," katanya.

Najib berkata demikian dalam ucapannya di depan kira-kira 400 orang yang menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Bandar Rinching, Semenyih hari ini.

Dalam ucapannya, Najib juga memberitahu hadirin beliau baru saja mengadakan sidang media untuk memaklumkan beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan memulana proses perundangan terhadap WSJ.

Bagaimanapun mendapati didapati kurang terangsang dengan kenyataan itu.

Semalam Haron menyatakan rasa curiga beliau terhadap kebenaran laporan WSJ yang mengaitkan perdana menteri dengan pengaliran dana 1MDB ke dalam akaun peribadi individu didakwa Najib.

Haron juga berharap tuduhan yang dibuat ke atas Najib itu tidak benar.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2015 10:53 PM | Show all posts

darah dalam diri beliau merupakan darah pahlawan bugis..bukan darah lanun bugis macam sesetengah pihak yang tidak puas hati dengan beliau..tapi diri beliau sendiri merupakan pemimpin agung yang akan membawa malaysia ke arah kegemilangan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2015 10:56 PM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 5-7-2015 10:53 PM
darah dalam diri beliau merupakan darah pahlawan bugis..bukan darah lanun bugis macam sesetengah p ...

hahaha... koserrr akuu... pahlawan lagi si azwab ali nak banding ngn bijan ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 10:57 PM | Show all posts
kutipan zakat meningkat. ok le tu

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
najib kne belajar ngan mahathir. mana ada org berani lawan mahathir,die cantas awal2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2015 11:00 PM | Show all posts
Orix replied at 5-7-2015 10:56 PM
hahaha... koserrr akuu... pahlawan lagi si azwab ali nak banding ngn bijan ni

tu ds najib dah nak saman wsj..xpercaya lagi dengan kepahlawanan beliau??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2015 11:01 PM | Show all posts
ultra78 replied at 5-7-2015 10:57 PM
kutipan zakat meningkat. ok le tu

bukan kutipan zakat sahaja meningkat..pendapatan per capita pun dah banyak meningkat di bawah pentadbiran ds najib
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2015 11:02 PM | Show all posts
TuntungReturn replied at 5-7-2015 10:59 PM
najib kne belajar ngan mahathir. mana ada org berani lawan mahathir,die cantas awal2.

sebenarnya tun m yang pengecut..tengok lepas lawan tengku razaleigh..terus letakkan kuota..kalau nak cabar presiden umno..kena dapat 64 percalonan sekurang-kurangnya..semata-mata nak elakkan dari dicabar..
disebabkan ds najib memiliki darah pahlawan bugis..beliau telah menghapuskan undang-undang mengarut tersebut dan tidak gentar kepada persaingan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah org wat pitnah terus saman je la.... nak pikir2 apa lagi.... pahlawan apa gini org dah serang bertubi2 kita dok tunggu nak pikir dulu nak wat apa...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Step down najis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2015 11:07 PM | Show all posts
Kata Najib, beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan menyaman WSJ dan tidak akan membiarkan kuasa luar mengancam atau menumbangkan kawalan BN dalam kerajaan.


what? serious allegation kot, bole plak nak pikir2 lg... ini bukan setakat menjatuhkan maruah ko sbg PM tetapi rakyat Msia pon terpalit sama hokeh. i'd say go for it
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2015 11:09 PM | Show all posts
abangbeca replied at 5-7-2015 11:05 PM
Dah org wat pitnah terus saman je la.... nak pikir2 apa lagi.... pahlawan apa gini org dah serang be ...

nak saman kena lah semak dulu..berapa banyak fitnah yang ada..berapa nilai saman sepatutnya..xkan lah hari ini orang fitnah..esok boleh terus saman..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2015 11:10 PM | Show all posts

agak-agak lah panggilan anda tu..tolong jaga hati dan perasaan para penyokong beliau, para ahli keluarga beliau..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Iye datOokk??,,isk isk.. Dah dah la tu:zz
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.077196 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list