CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: freebird

[Jenayah] PM, Jangan berdolak dalih, nyatakan akaun wujud atau tidak - Bekas Peguam Negara

[Copy link]
Post time 6-7-2015 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
najib ni nk mengelat jer kejenyer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2015 09:06 AM | Show all posts
WSJ cakap ada wang masuk ke akaun peribadi dia..najib konar sy x guna utk personal use,ini sume political sabotage dr tun m..larik tajuk tul
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 09:22 AM | Show all posts
aku mcm menunggu ape benda akan berlaku xlama lagi sbg diversion kepada berita najib ni
pak maslan dan kata2 pujangganya mungkin?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 09:25 AM | Show all posts
Bila la dia nak berenti... muak dah.
Dari cara dia menjawab dah macam tak betul..
Cakap Ya ngan Tidak je pun susah
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 09:45 AM | Show all posts
pahlawan bugis yang pantang berundur ni tengah pening pikir apa dia nak buat
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 09:54 AM | Show all posts
bolo miya ahso

of course la akaun wujud

yang nak kena bukti duit yang
dituduh dimasukkan

bolo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2015 11:23 AM | Show all posts
Edited by EJALTI at 6-7-2015 04:45 AM

Akaun peribadi wujud atau tidak, soal bekas peguam negara kepada Najib

OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
Published: 6 July 2015 6:55 AM


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berucap pada majlis berbuka puasa di Masjid Bandar Rinching, Selangor semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 6 Julai, 2015.

Datuk Seri Najib Razak perlu segera menjelaskan sama ada beliau mempunyai beberapa akaun peribadi di sebuah bank swasta, berikutan pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) yang sebanyak RM2.6 bilion dikreditkan ke dalam akaun di bawah namanya, daripada berfikir untuk menyaman akhbar perniagaan itu, kata bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman.

Beliau berkata, dakwaan terhadap perdana menteri itu sangat serius dan penjelasan perlu untuk melindungi integriti jawatannya.

"Kesan memfailkan saman undang-undang terhadap WSJ akan mengambil masa yang lama. Perkara segera adalah bagi perdana menteri untuk menjelaskan sama ada beliau mempunyai akaun di bank itu," kata Abu Talib kepada The Malaysian Insider.

Najib berkata semalam, beliau akan membuat keputusan tidak lama lagi apakah tindakan akan diambil terhadap WSJ berhubung laporan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) disalurkan ke dalam akaun di Bank AmPrivate di Kuala Lumpur antara 2013 dan 2015.
Perdana menteri pada sidang media semalam memberitahu, beliau sudah berunding dengan peguam berkenaan "dakwaan berniat jahat" itu.

"Merujuk kepada tuduhan-tuduhan liar yang dibuat terhadap saya, yang saya didakwa mencuri AS$700 juta daripada 1MDB dan meletakkannya di dalam akaun peribadi saya, saya sudah merujuk kepada peguam dan mereka akan memberi nasihat tentang tindakan undang-undang dan lain-lain lagi yang boleh saya ambil, dalam dan luar negara.

"InsyaAllah, saya akan membuat keputusan dalam masa beberapa hari berkenaan apa tindakan selanjutnya yang akan diambil terhadap tuduhan berniat jahat itu," kata beliau di Masjid Bandar Rinching di Semenyih semalam.

Bagaimanapun, para pembantunya menghalang kakitangan media daripada membuat sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara itu selepas Najib memberi kenyataan.

Abu Talib berkata terdapat pihak akan mengeksploitasi dan mensensasikan perkara itu dan ini tidak baik bagi perdana menteri dan Malaysia.

"Semua orang ingin tahu sama ada perdana menteri mempunyai akaun dengan bank dan ia tidak adil jika beliau diserang berterusan," katanya.

Abu Talib, yang merupakan peguam negara selama 13 tahun sehingga 1993 berkata, beliau juga berpendapat ahli-ahli politik tidak perlu ke mahkamah untuk memfailkan saman bagi membersihkan nama mereka.

Selain itu, bank berkenaan juga boleh menjelaskan kedudukan Najib selepas mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa, katanya.

"Mereka perlu mengesahkan atau menafikan. Mengapa membuang masa pasukan petugas untuk menyiasat dan bukan menjelaskan isu itu dahulu kerana kedudukan perdana menteri adalah penting," katanya.

Minggu lepas, WSJ mendakwa sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion) dipindahkan ke akaun bank peribadi Najib di Bank AmPrivate, sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Najib bagaimanapun menjawab, beliau tidak pernah mengambil apa-apa dana daripada 1MDB untuk kepentingan peribadi dan menyalahkan laporan terkini kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang beberapa bulan kebelakangan ini menggesa peletakan jawatan Najib.

Bagaimanapun, ahli-ahli politik pembangkang menyelar "penafian kabur" Najib, manakala WSJ mempertahankan laporannya, dan berkata ia berasaskan bukti yang kukuh.

Peguam Negara Tan Sr Abdul Gani Patail mendedahkan dalam satu kenyataan pada Sabtu, pasukan petugas khas menyerbu 3 syarikat yang dikaitkan dengan dana didakwa disalurkan kepada akaun bank peribadi Najib dan beliau menerima kertas siasatan berhubung perkara itu.

Gani berkata, beliau meneliti semua dokumen dan memberikan nasihat lanjut dan arahan kepada pasukan petugas yang terdiri daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Bank Negara Malaysia.

Gani berkata, para pegawai pasukan petugas menyerbu SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan pejabat Ihsan Perdana Sdn Bhd pada Jumaat dan mendapat lebih banyak dokumen.  β€“ 6 Julai, 2015.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 11:30 AM | Show all posts
simple YES or NO question gitewww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2015 11:35 AM | Show all posts
woiiiiii WSJ dapat nombor akaun najib woiiiiii!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
d'zeck replied at 6-7-2015 09:54 AM
bolo miya ahso

of course la akaun wujud

Kesian macai, tulis pon cam lehnat mabok ketum. Dah xdpt nak backup dgan fakta,  terus merapu kahkahkah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 12:02 PM | Show all posts

PM nak tunggu semua terburai baru nak jawab?
mentaliti org melayu ni kalo berdiam erti nye setuju..


Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 12:37 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 6-7-2015 08:09 AM
Kan... benda mudah...just kata saja duit  masuk atau tidak.... kesan tindakan dia yg kornar sana s ...

bro, ko rasa isu ni dah check mate najib ke????

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 12:41 PM | Show all posts
d'zeck replied at 6-7-2015 09:54 AM
bolo miya ahso

of course la akaun wujud

x pyg dolak dalih la...pi la kutuk bekas peguam negara tu...lu bolo miya
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 12:41 PM | Show all posts
lkick2113 replied at 6-7-2015 12:37 PM
bro, ko rasa isu ni dah check mate najib ke????

Belum lagi.... isu ini akan lemahkan dia tapi aku rasa pukulan ko akan menyusul...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 12:49 PM | Show all posts
ada telor ke nak jawab bai...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 12:52 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 6-7-2015 12:41 PM
Belum lagi.... isu ini akan lemahkan dia tapi aku rasa pukulan ko akan menyusul...

tapi kalau ikut kebiasaan burden of proof ni jatuh atas pihak yang menuduh.....tapi ni sebaliknya......ntah la...aku dah macam tunggu je kesudahan episod drama the advanture of jibby ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2015 01:23 PM | Show all posts
Satu satu kain jibby terlondeh..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 01:23 PM | Show all posts
Maw buat mcm org Flipina buat dgn Marcos dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 01:39 PM | Show all posts
lkick2113 replied at 6-7-2015 12:52 PM
tapi kalau ikut kebiasaan burden of proof ni jatuh atas pihak yang menuduh.....tapi ni sebaliknya. ...

tak betullah kalau yg menuduh dlm hal2 macam ni kena provide proof..
suspicion atau a little bit of proof patut dah trigger pihak2 berwajib untuk buat siasatan
sprm ka polis ka atau sapa2 yg diberi kuasa itulah yg patut siasat habis2.. itu kan tugas hakiki mereka..

tapi di malaysia ni bila tang jerung pihak yg ada kuasa semua terkemut2 nak siasat
malah selalunya siasat lebih kurang lps tu kata takda kes
atau terus buat2 lupa..

inilah bahananya bila ahli politik pm dan menteri2 yg berkuasa salahguna kuasa
institusi atau pihak berkuasa yg patut bebas habis diletak bawah telunjuk atau dipijak2
semua dah jadi balaci mereka belaka
maka penyamun dan rasuah pun berleluasa.. malah dlm kes najib ni mcm dia percaya bila tang duit rakyat dia ada kuasa penuh yg org tak boleh nak kacau..
bila org tau mulalah main taichi main acilut sana sini..
can syiall..





Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 01:45 PM | Show all posts
leylapple replied at 6-7-2015 01:01 AM
khen???sampai skrg tak tau sapa bunuh dan motif...

and lagi satu, semua org dah tak percaya dgn ...

bile die kate gitu?

npe lar khir toyo dan len2 x wat gitu gk.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.101447 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list