CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2355|Reply: 8

[Jenayah] Terawikh 2 in 1 di Segamat

[Copy link]
Post time 6-7-2015 10:14 AM | Show all posts |Read mode
JenayahTerkini                                Jul 6, 2015               
22
Dua suspek yang ditahan reman di percayai terlibat dengan beberapa kes memecahkan wang tabung masjid juga melarikannya. - Foto Ahmad Ismail (BH Online)





SEGAMAT – Dua lelaki berpura-pura menyertai solat tarawih semata-mata mahu meninjau kedudukan tabung masjid atau surau yang hendak dicuri mereka.
Namun, kelicikan mereka yang mendalangi sekurang-kurangnya empat kes pecah tabung masjid sekitar daerah ini, berakhir apabila ditahan polis pagi semalam.
Suspek pertama berusia 24 tahun ditahan di rumah dekat Jalan Hassan, di sini, jam 2.45 pagi semalam, membawa kepada penahanan rakannya yang berusia 22 tahun di Batu Anam, 15 minit kemudian.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi, berkata pemeriksaan lanjut terhadap suspek mendapati mereka positif dadah jenis syabu dan kini direman empat hari untuk siasatan lanjut.
“Susulan penahanan dua suspek itu, polis menemui semula sebuah peti besi di Kampung Kuala Paya, dekat sini, kira-kira jam 2.30 petang tadi.
“Kedua-dua suspek dipercayai terbabit dalam kejadian pecah tabung masjid dan surau yang dilaporkan di sekitar daerah ini sejak beberapa minggu lalu.
“Kita percaya mereka juga terbabit dalam kejadian terbaru pada 29 Jun lalu di Masjid FELDA Medoi, yang berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di situ,” katanya.
Mohd Kamil berkata, antara surau dan masjid yang menjadi sasaran suspek sejak beberapa minggu lalu ialah surau Kampung Tasek Alai, Kampung Kuala Paya, Simpang Jabi dan Masjid FELDA Medoi.
“Suspek dipercayai bersama berjemaah lain menunaikan solat tarawih di masjid sasaran mereka untuk meninjau kedudukan dan tahap keselamatan tabung sebelum kembali mencurinya,” katanya. – BHarian Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2015 10:21 AM | Show all posts
Jalan Hassan?
OMG, umah lama aku..
Sape la tu ehh?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 10:30 AM | Show all posts
padan muke.....buat jahat sgt kn....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 10:33 AM | Show all posts
Alahai. muda2 lagi. dah mencuri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2015 10:39 AM | Show all posts
ni akibat tengok majalah 3 ke dek pasal tabung masjid Negara haritu.goncang2 keluar berkepuk duit dalam tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 10:46 AM | Show all posts
aiyo...moslem dekkk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2015 11:02 AM | Show all posts
kesempitan atau untuk tujuan khayal....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 11:45 AM | Show all posts
gaara_X replied at 6-7-2015 11:02 AM
kesempitan atau untuk tujuan khayal....

"Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi, berkata pemeriksaan lanjut terhadap suspek mendapati mereka positif dadah jenis syabu dan kini direman empat hari untuk siasatan lanjut."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2015 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
jawa johor
tak mampu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.073552 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list