CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5246|Reply: 66

[Tempatan] Tuduhan terhadap Najib, dua saksi diperlukan - Hadi Awang

[Copy link]
Post time 8-7-2015 06:16 AM | Show all posts |Read mode
Dua saksi diperlukan
08 Julai 2015 2:20 AM


0 0 Google +0


KOTA BHARU 7 Julai – Pas meminta pihak yang melemparkan pelbagai tuduhan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi artikel disiarkan Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini mengemukakan dua saksi yang adil.

ABDUL HADI AWANG

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pendirian itu adalah selaras dengan kehendak Islam seperti keputusan yang dibuat parti tersebut dalam kes liwat bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pendirian kita pendirian Islam, kalau tuduhan atas Anwar kita kata kena ada empat saksi kerana kes liwat dan kita tidak boleh kata Anwar malaikat. Empat saksi kena ada dan dia bukan malaikat.

“Najib, dia bukan malaikat kena ada dua saksi sama saja, kena kemuka saksi yang adil bukan saksi yang kaki lima, kita ikut asas Islam,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat tarawih di Raudah Madinah di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din supaya tuduhan yang dilemparkan kepada Najib menerusi satu artikel WSJ perlu disiasat terlebih dahulu kerana dilihat tidak logik.

Baru-baru ini, WSJ dan portal Sarawak Report menerbitkan satu artikel dengan mendakwa AS$700 juta (RM2.6 bi-lion) dana awam telah dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Perdana Menteri menafikan segala tuduhan tersebut yang disifatkan sebagai sabotaj politik dan pada masa sama menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang membuat fitnah berkenaan.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, kenyataannya itu bukan kerana Pas beralih arah untuk menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Sikap kita apa yang baik kita sokong, yang tak baik kita tentang.

“Sikap kita konsisten kita mahu perkembangan semasa tidak menyusahkan rakyat, saya tidak mahu rakyat menjadi korban, biar perubahan berlaku dalam proses yang betul,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tindakan beberapa tokoh dalam Pas untuk menubuhkan parti baharu, beliau berkata, Malaysia adalah negara demokrasi.
“Itu terpulang, negara demokrasi, 10 parti pun boleh buat.

“Anak-anak bila merajuk dengan ibu bapa dia akan keluar rumah, lama-lama ada yang akan balik dan ada yang tak nak balik,” katanya.



- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.vYMRqnSx.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2015 06:18 AM | Show all posts
Cik AN tetiba jadi pemenat Hj Hadi
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 06:20 AM | Show all posts
Dok mengutuk Hj Hadi berpuluh tahun... bila Hj Hadi bela Najib terus jadi source of inspiration
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 06:21 AM | Show all posts
kalo membuat fitnah kat porem cari ni .. ramai jer porumer leh jadi saksi
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 06:30 AM | Show all posts
itulah indahnya islam dan hudud, setiap perkara perlu diselidik dan bersaksi sebelum menjatuhkan hukuman. Tidak kira siapa orang itu pembangkang, penyokong atau rakyat marhain setiap perkara yang salah akan tetap salah jika memang terbukti salah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman nabi dulu xde bukti transaksi, bukti data elektronik,
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-7-2015 06:33 AM | Show all posts
espri6006 replied at 8-7-2015 06:30 AM
itulah indahnya islam dan hudud, setiap perkara perlu diselidik dan bersaksi sebelum menjatuhkan huk ...

dlm kes ni..jangan kata 2 saksi...bukti pun tak ada...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
arasham replied at 8-7-2015 06:18 AM
Cik AN tetiba jadi pemenat Hj Hadi

Haha. I know right.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2015 06:38 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 8-7-2015 06:33 AM
dlm kes ni..jangan kata 2 saksi...bukti pun tak ada...

xpe...biar mereka buat kerja mereka...selain dari saksi, siasatan juga diperlukan. Insya Allah yang benar akan tetap benar dan yang salah akan tetap salah. cuma lambat atau cepat sahaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2015 06:43 AM | Show all posts
espri6006 replied at 8-7-2015 06:38 AM
xpe...biar mereka buat kerja mereka...selain dari saksi, siasatan juga diperlukan. Insya Allah yan ...

try baca artikal kat bawah ni pula....ye...yg benar tetap akan benar..yg bathil tetap bathil.

Tuesday, July 7, 2015BETULLAH KATA HADI AWANG... PUNYALAH NAK TIPU SAMPAI TARIKH PUN TERLUPA NAK TUKAR!!!




Nampak dan sibuk sungguh sebahagian besar orang berkokok dan menyalak kerana telah ada 'bukti kukuh' Najib bakal terhumban dan bakal jatuh terduduk.

Mereka berpegang dan mengimani benar dengan 'bukti' yang disiatkan oleh Wall Street Journal yang diterbitkan di New York, Amerika Syarikat.

Lebih menarik ialah apabila ada pula yang berhujah WSJ tidak pernah menipu dan jujur sentiasa dalam laporan mereka!!!

Jom kita tengok bukti yang diberikan oleh WSJ.

Menurut WSJ ini adalah akaun bank milik Najib Abdul Razak yang didakwa telah ditutup pada 30 Ogos 2013.  Bagaimanapun pada 2014 dan 2015, masih ada aliran wan masuk ke akaun tersebut.



Pelapor WSJ barangkali terlalu bijak sehingga mampu menipu sebahagian rakyat Malaysia yang sudah sedia tertanam kebencian kepada Najib Abdul Razak. Manipulasi berita walaupun tarikh dan faktanya bercanggah antara satu lain tidak mampu mematangkan atau mencermati berita yang dihidangkan.

Berdasarkan 'bukti' yang diberikan oleh WSJ dan kesalahan fakta yang sengaja dilakukan itu, seperkara yang terlintas adalah akaun berkenaan adalah akaun palsu dan sekatan BAFIA pula tidak membolehkan pihak bank menafikan atau membenarkan tuduhan berkenaan.

Yang berkuasa penuh dan elepasi sekatan BAFIA hanyalah SPRM!

Barangkali pindaan dibuat dalam grafik salinan akaun tersebut dan mereka pula terlupa hendak 'membetulkan tarikh-tarikhnya!!!






Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 06:49 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 8-7-2015 06:43 AM
try baca artikal kat bawah ni pula....ye...yg benar tetap akan benar..yg bathil tetap bathil.

T ...

dunia maya - macam - macam boleh dilakukan. Tunggu je siasatan je dulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2015 06:52 AM | Show all posts
espri6006 replied at 8-7-2015 06:49 AM
dunia maya - macam - macam boleh dilakukan. Tunggu je siasatan je dulu.

dulu lagi dah cakap..termasuk cakap kat Tun...tunggu lah hasil siasatan PAC..kalau Najib salah...dakwa dia..jangan buat spekulasi, persepsi atau yg buruk sekali buat fitnah.

bila jadi fitnah dan berpanjangan pula..kesan dia bukan pada Najib, Tun je..tapi pada negara, ekonomi dan kesan pada kita semua juga..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Transaksi bank tu kira bukti jugaklah hj. Hadi oii....ko nk saksi manusia saja ker
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Duh..whatever la lobai hadi

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2015 06:56 AM | Show all posts
MENGEJUTKAN!!! Jawapan TG Haron Din Isu Najib Dan 1MDB!!!


Tidak masuk akal adalah ungkapan yang dapat menggambarkan perasaan Datuk Dr Haron Din berhubung dakwaan media luar mengenai penyaluran dana ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Ditemui media di Putrajaya hari ini Haron berkata, logik akal menyatakan jika seseorang mahu mengambil dana awam ke akaun persendirian, mereka tidak akan melakukan sebegitu.

Sebaliknya, kata Haron, dana itu akan disalurkan ke akaun rahsia.

Bagaimanapun Haron tidak menyatakan sama ada bersetuju atau tidak dengan dakwaan berkenaan.



Kata Haron, banyak berita timbul baru-baru ini dan ia kelihatan benar tetapi kemudian terbukti sebaliknya selepas siasatan dijalankan.

"Jadi saya perlu periksa sama ada berita ini benar atau tidak terlebih dahulu," katanya.

Haron juga berharap tuduhan terhadap perdana menteri itu tidak benar demi kepentingan negara.

Tuntut isytihar harta

Jika tidak, katanya, perkara itu sangat malang terutama kerana ia berkait dengan ekonomi Malaysia yang semakin lemah.

Jika dakwaan itu benar, kata Haron, pelabur asing akan menjadi tidak selesa melabur di Malaysia dan orang ramai akan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan negara.

"Sebab itu saya berharap akan ada penafian dan penyelewengan tidak pernah berlaku.

"Tetapi jika tidak berlaku juga, ia adalah perkara yang sangat malang dan tidak boleh dipandang ringan," katanya.

Semalam Wall Street Journal melaporkan hampir AS$700 juta wang daripada dana 1MDB disaluran ke akaun persendirian atas nama "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak" menjelang berlakunya pilihan raya umum ke-13.

Ekoran dakwaan itu PAS kemudian menuntut Najib dan isterinya, Datik Seri Rosmah Mansor membuat pengisytiharan harta.

Najib kemudian menafikan dakwaan itu dan menegaskan beliau tidak pernah menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.
Diterbitkan Belia Bangkit Pada 9:34:00 PTG
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2015 06:58 AM | Show all posts
Skandal USD 700 juta : Task Force “Et tu, Brute?”, WSJ Mana Buktinya?


Apabila muncul tuduhan bahawa sebanyak USD 700 juta wang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dipindahkan melalui pelbagai transaksi ke dalam beberapa akaun yang didakwa milik Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri sendiri mengarahkan penubuhan Pasukan Khas menyiasat tuduhan tersebut.

Pasukan penyiasat ini terdiri daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Persuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Sebentar tadi Pasukan Khas ini mengumumkan enam akaun dibekukan tanpa menjelaskan milik siapa.

Susulan kepada kenyataan media bertarikh 4 Julai 2015, Pasukan Petugas Khas ingin memaklumkan kemajuan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Pasukan ini sehingga kini.

Perintah pembekuan enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes ini telah pun dikeluarkan pada 6 Julai 2015.

Selain itu, Pasukan Petugas Khas telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun dari dua buah bank bagi membantu siasatan.

Pasukan Petugas Khas juga telah mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit.

Siasatan masih berjalan. Justeru, Pasukan Petugas Khas menyeru kepada semua pihak agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan.

Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara Malaysia
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia
Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara Malaysia
Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Namun Malaysiakini yang memetik sumber dalaman penyiasatan menyatakan tiga daripada akaun tersebut milik Mohd Najib Razak manakala tiga lagi tidak didedahkan oleh sumber tersebut.

This was revealed by a highly placed source familiar with the ongoing investigation into the scandal that has threatened Najib’s political career.

“Yes, the three accounts are his (Najib’s),” said the source, who spoke on condition of anonymity.

“We have to be careful and tread cautiously on this matter,” he told Malaysiakini, but declined to reveal details on the other three accounts.

Malaysiakini Berbohong atau ada Brutus?

Mengapa sumber Malaysiakini mendedahkan tiga akaun milik Najib Razak tetapi enggan mendedahkan tiga lagi akaun yang dibekukan?

Apakah ada yang lebih besar dari kedudukan Perdana Menteri sehinggakan tidak mengapa mendedahkan nama Najib tetapi tidak boleh dedahkan tiga akaun lagi?

Sama ada Malaysiakini berbohong atau ada orang tertentu dalam pasukan terbabit yang menjadi agen memporak-perandakan politik negara demi kepentingan pihak lain dalam UMNO.

Apakah ada Brutus di kalangan ahli pasukan Task Force ini?

Raja Petra Kamaruddin mengandaikan dokumen-dokumen ini sama ada diubah atau tulen telah dibocorkan kerana ada kumpulan tertentu khuatir penyiasatan mendapati tiada salah guna kuasa dilakukan oleh Mohd Najib Razak. Jika ini berlaku ia akan menjejaskan agenda mereka menukar Mohd Najib yang sudah terlewat sebulan.

The anti-Najib forces do not want to wait for the taskforce or PAC to complete their investigations. What if the taskforce or PAC comes out with a verdict that says Najib is innocent of all allegations and that they have not found any evidence to prove that the Prime Minister is guilty of embezzlement or stealing? After all, this is the allegation and if no theft is proven then the whole case against Najib falls to pieces.

So before any conclusive evidence is revealed, that may or may not clear Najib, they want to ‘play safe’ and oust him now. In that way, in case the whole thing does not work out the way they hope, and Najib is not implicated in theft, then Najib would be out anyway so it no longer matters.

Even while the taskforce, which Bank Negara is a member of, announces that the investigation is proceeding (see above), someone from Bank Negara leaks even more documents to the Wall Street Journal. The question is are these documents fake or doctored or are they authentic? And if they are authentic then who from Bank Negara or from the taskforce leaked these documents?

Tuduhan Ke Atas Najib Razak Masih Gosip Tanpa Bukti

Dokumen-dokumen yang diterbitkan oleh Wall Street Journal hari ini langsung tidak menunjukkan kehadiran nama Mohd Najib Razak pada akaun terbabit yang sengaja dipadamkan.

Jika benar ia akaun Mohd Najib Razak mengapa ia perlu digelapkan? Jika sebelum ini Wall Street Journal memaparkan keseluruhan nombor akaun bank yang dikatakan milik Mohd Najib mengapa hari ini menggelapkannya?

Jika dokumen tersebut dari sumber penyiasatan Malaysia mengapa sumber tersebut menggelapkan nama dan nombor tersebut sedangkan ia mahu menjatuhkan Mohd Najib?

Apakah kerana ia tidak terkait dengan Mohd Najib maka ia perlu dihitamkan?

Malahan lebih mengejutkan, tuduhan bahawa ia akaun peribadi Mohd Najib tetapi terdapat terlalu banyak orang yang mengendalikannya. Bagaimana ia satu akaun peribadi jika ada beberapa orang boleh mengeluarkan wang atau melakukan transaksi?

Lihat surat Nik Kamil kepada Pengurus Ambank. Beliau melantik seseorang lain pula sebagai pengendali akaun terbabit apabila beliau dan pemegang akaun utama tiada dalam negara.

nikfaisal

Sudah tiba masanya pasukan penyiasat ini mendedahkan keenam-enam penama akaun terbabit dan juga menyiasat siapakah “brutus” di kalangan mereka.

LEBIH PENTING KITA MAHU WSJ TUNJUKKAN MANA BUKTI IA AKAUN MOHD NAJIB RAZAK. YANG ADA SEKARANGA HANYALAH NOMBOR AKAUN DENGAN ANDAIAN IA MILIK PERDANA MENTERI. DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIBERIKAN WALAUPUN TAMPAK SEPERTI TULEN IA LANGSUNG TIDAK MENUNJUKKAN NAMA PERDANA MENTERI MOHD NAJIB RAZAK- www.mykmu.net
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2015 07:01 AM | Show all posts
sama sama lah kita berdoa agar Negara Malaysia milik kita akan bebas dari perkara negative. Tanah ini milik kita, Tanah yang dijuangkan oleh pahlawan-pahlawan kita. Yang benar kita sokong yang salah kita singkir.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 07:08 AM | Show all posts
nk komen byk2, takut tk betul fakta
tp yg pasti,,sejak najib jd pm...hidup semakin tertekan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2015 07:15 AM | Show all posts
Tuesday, July 7, 2015

Dokumen WSJ Terbukti Palsu, Fitnah Di Bulan Ramadhan



http://anginperubahan.blogspot.c ... alsu-fitnah-di.html
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 8-7-2015 06:20 AM
Dok mengutuk Hj Hadi berpuluh tahun... bila Hj Hadi bela Najib terus jadi source of inspiration

Haha usahkan hadi masa ni kalo  kambeng lembu kerbau cakap pun macai ambik kira gak....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.111944 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list