CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

[Tempatan] Tuduhan terhadap Najib, dua saksi diperlukan - Hadi Awang

[Copy link]
 Author| Post time 8-7-2015 07:17 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2015 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
klu ada 10 saksi pon tp yg tertuduh rilek je masih pegang kuasa..ko ingat 10 org saksi tu tak kucut tulur?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2015 07:29 AM | Show all posts
Bukti Dokumen Palsu Oleh #WSJ Fitnah @NajibRazak.
Posted by: pisau  in Berita Nasional 5 hours ago



WSJ terkantoi lagi apabila dokumen  yang mereka dedah mengaitkan kononnya wang masuk ke akaun Ds Najib ternyata palsu.

Akaun di tutup bulan ogos 2013, tapi masih ada transaksi dibuat tahun disember 2014? wah, hebat betul sumber bukti forensik lembu2 anti najib ni ye.



Baca pendedahan dokumen palsu oleh 2 blog ini

Hasil Siasatan Forensik Dokumen Menunjukkan WSJ di Pihak Benar :KLIK SINI

Anti @NajibRazak Keluarkan Dokumen Bank Kononnya Dari WSJ … Sayangnya Diubahsuai – : KLIK SINI


Pisau kata ” Bulan Ramadhan ni..ramai yang berlapar walau pun makan taik fitnah pakatan”
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 07:30 AM | Show all posts
masa nie nak tengok siapa kawan siapa lawan.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2015 07:36 AM | Show all posts
HASIL SIASATAN FORENSIK DOKUMEN MENUNJUKKAN WSJ DI PIHAK BENAR ...
10:10 PM  MEGABIDAMAN  
Pernah tengok dokumentasi palsu tak ? Sekali lalu tengok dokumen palsu ni memang kadang-kadang kita tak tahu benda tu palsu , cuma terserlah kepalsuannya bila siasatan lebih teliti melalui kaedah-kaedah tertentu dijalankan keatas dokumen.

Zaman sekarang zaman digital, ramai yang dah cukup hebat dengan photoshop , tahun 1998 aku baru kenal dengan perisian Adobe Photoshop , seronok edit itu ini dengan perisian berkenaan.

Masa zaman student faham2 je lah memang sengkek , kadang2 roadtax moto mati masa tengah "gerhana" atau "krismos a.ka money crisis" .




Ada sorang sahabat aku ni sebab takut kantoi dengan polis roadtax mati.

Dia guna kaedah photoshop untuk "renew" dia punya roadtax . Hanya perlu sediakan scanner dan printer.

Hasilnya memang nampak macam real , tambah2 lagi roadtax tu di-cover dengan sarung kunci . Zaman sekarang sepatutnya teknik photoshop lebih dahsyat , cuma kadang-kadang bila sesetengah individu nak buat fitnah nampak kecacatan dalam kemahiran individu berkenaan bermain photoshop.

Hari ni Wall Street Journal telah keluarkan satu dokumentasi transaksi amaun jutaan ringgit kedalam akaun yang mereka dakwa sebagai akaun Perdana Menteri . Beberapa orang kawan aku yang bekerja dalam industri perbankan dan kewangan bagi komen , pindahan amaun jutaan ringgit kedalam akaun peribadi seseorang itu bukan boleh buat senang-senang ja.

Ada deklarasi dan sebagainya lah , hal berkaitan tax lagi dan macam-macam prosedur . Selain tu, depa bagi komen juga , kalau betul nak songlap duit.. orang takkan masuk dalam akaun sendiri sebab boleh jadi "easy target" . Sebab tu lah orang selalu dok cerita pasal "money laundring"

Berbalik kepada dokumentasi transaksi yang didedahkan Wall Street Journal , entah mana depa dapat dokumen berkenaan , cuma bila diteliti balik memang ada beberapa keraguan .

Sebelum ni masa bekerja dalam bidang gas dan minyak, aku pernah nampak cetakan pemindahan wang ke akaun syarikat sebagai bukti pembayaran dalam sesuatu urusniaga . Cetakan komputer  pastinya menunjukkan konsistensi dalam huruf dan nombor yang dicetak . Dalam bahasa mudah .. font kena sama. Itu lah trick atau angle yang aku pantau sebelum buat photoshop dalam sesuatu dokumentasi tu , kena pastikan font sama, pattern dokumentasi tu dikekalkan.

Berikut adalah siasatan forensik untuk dokumen yang didedahkan WSJ itu , aku tak pasti siapa yang menyiasat tetapi individu berkenaan pastinya mahir dalam kerja-kerja mengenalpasti dokumen yang diubahsuai . Terlalu banyak kecacatan "photoshop" yang ditunjukkan oleh penyiasat berkenaan hingga menimbulkan keraguan samada dokumen yang disiarkan WSJ itu adalah palsu .  

Konklusinya , hasil siasatan forensik dokumen menunjukkan WSJ di pihak yang benar MENIPU.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2015 07:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-7-2015 08:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 08:05 AM | Show all posts
dey veteran, setakat kopi dan paste tanpa komen2 hang, baik x pyh bukak thread baru la...diu...
eh, da tukar tuan ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2015 08:09 AM | Show all posts
macam kancil sebalik bus double decker aje..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
hasil siasatan dari blogger2 malaya kah?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 08:39 AM | Show all posts
Edited by lkick2113 at 8-7-2015 08:42 AM
kalau betul nak songlap duit.. orang takkan masuk dalam akaun sendiri sebab boleh jadi "easy target" . Sebab tu lah orang selalu dok cerita pasal "money laundring"

aku pun terpikir the same thing sejak semalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2015 08:43 AM | Show all posts
THE BOTCHED ASSASSINATION ATTEMPT ON JUSTO
July 5, 2015
by Super Admin


The stakes are getting very high and in a high stakes game like this murder is not an unusual option. The Malaysian police has already been informed about this attempt and they have requested the Thai police to improve Justo’s security and not allow any harm to come to him.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

My deep throat in Thailand just called and said that there was a botched assassination attempt on Xavier Andre Justo. It seems the Thai authorities managed to thwart an attempt to poison him. At this stage I do not have any further information but will update you if something new comes in.

According to my deep throat, they believe it has something to do with the Malaysian police’s request to meet Justo to interrogate him regarding his meeting with Sufi Yusof, Tun Dr Mahathir Mohamad’s aid. Whether this was an attempt to prevent him from revealing his link to Sufi is still not known yet but the real story will probably all come out in the next couple of days.

The stakes are getting very high and in a high stakes game like this murder is not an unusual option. The Malaysian police has already been informed about this attempt and they have requested the Thai police to improve Justo’s security and not allow any harm to come to him.


Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 08:46 AM | Show all posts
ni haa saksinya..takkan tu pun x tau hadi???

Sharia law was invented before the advent of modern banking and computer records, which provide rather better proof than 4 witnesses.  Neither is it the law that governs Malaysia.

But, if Mr Hadi must have his way, then he should consider how many banks are witnesses to these events.

There was witness 1 Falcon Bank.

Witness 2 Wells Fargo Bank.

Witness 3 Bank of Malaysia

Witness 4 AmBank


Each of these have numerous officials, who will have handled the identical data that goes into a transaction document.  Is that enough for Hadi – or has some of that US$700 million filtered into buying the unqualified support of the awkward squad of PAS?



Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 08:48 AM | Show all posts
ahkak hanya mampu tersenyum sinis jekk hadi awang nak 4 jek saksi...
ahkak syaki satu bala tentera tau la dek nonnn citer nehhh..
nak ngaku jadi saksi ke tak jek persoalannya....
bukan trending macai sembah najib ke....sebab macai byk takut najib dari takut tuhan...
hamdalah.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2015 08:51 AM | Show all posts
Home » 1MDB » Tuduhan RM2.6 Bilion Ke Atas DS Najib Satu Pembohongan Di Siang Bolong
Tuduhan RM2.6 Bilion Ke Atas DS Najib Satu Pembohongan Di Siang Bolong
6 July 2015

1. Dakwaan kononnya Falcon Private Bank Swiss private banking cawangan Singapura telah menyalurkan USD 619,999.998 ke akaun peribadi Dato Sri Mohd Najib bin Hj Abd Razak yang bernombor 2112022009694 Ambank pada 21/03/2013, manakala Tanore Finance Corp yang berdaftar di British Virgin Islands menghantar USD60.999.998 ke akaun yang sama pada 23/03/2013. Walau bagaimanapun akaun yang dikatakan milik Dato Sri Najib tersebut ditutup pada 30/08/2013.

2. Satu persoalan yang amat jelas, dengan jumlah wang yang begitu besar, apa kah Bank Negara Malaysia tidak mengetahui? Dan juga apa kah pihak Amerika Syarikat tidak manaruh curiga terhadap peredaran wang tersebut kerana melibatkan USD?

3. Mengapa hanya didedahkan pada 2 julai melalui WSJ? Mengapa melalui WSJ? dan kemudian diuar-uarkan oleh Sarawak Reports? Apa kah Sarawak reports bersandiwara dengan WSJ? kerana portal itu didapati kantoi atas laporan yang dikaitkan dengan PetroSaudi dan 1MDB dimana maklumat yang diperolehi daripada bekas kakitangan PetroSaudi Xavier Andre Justo yang mencuri maklumat daripada majikannnya, kemudian maklumat itu ditokok tambah, direkayasa. Mengapa hanya sekarang didedahkan sedangkan perkara itu sudah berlalu lebih 2 tahun.

4. WSJ dalam laporannya cuba memerangkap sumber daripada Pasukan Khas yang ditubuhkan pada 9 Mac 2015 bagi menyiasat 1MDB. Benar juga, salah seorang yang terperangkap dengan laporan WSJ tersebut tidak lain tidak bukan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail.

5. Dalam memberi respon kepada laporan WSJ tersebut, DS Najib macam hilang pertimbangan, selain mendakwa laporan tersebut merupakan satu sabotaj bagi memburukkan beliau dan juga mengaitkan laporan tersebut kepada Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad. Kenyataan demikian itu, memang boleh berlaku apabila seseorang terkejut and marah.

6. Selepas DS Najib tenang semula, beliau pada Ahad di Semenyih Selangor, menyatakan pihak peguamnya sedang menyusun strategi bagi menyaman WSJ. Para peguam beliau mengumpul semua fakta sebagai asas kepada saman tersebut.

7. Bagi AYT adalah terlalu songsang seorang yang berkedudukan tinggi seperti DS Najib begitu daif mempergunakan akaun peribadi apa tah lagi berkaitan wang "curi". Sesuatu yang amat lucu apa yang dilakukan oleh WSJ kemudian, laporan tersebut diuar-uarkan pula oleh pembangkang termasuk seluruh portal mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2015 09:34 AM | Show all posts
Masyarakat jangan terus percaya laporan WSJ
08 Julai 2015 2:21 AM
  1  0 Google +0
KUALA LUMPUR 7 Julai – Masyarakat disarankan agar tidak terus mempercayai sebarang dakwaan di laman-laman media sosial berkaitan dengan laporan Wall Street Journal (WSJ).
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya berharap rakyat tidak sewenang-wenangnya membuat sebarang spekulasi dan andaian sehingga pasukan khas selesai menjalankan siasatan.
“Selagi siasatan belum selesai dan pasukan penyiasatan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau laporan, saya anggap perkara ini masih belum mendapat jalan penyelesaian mengenai kes tersebut.
“Saya rasa kita tidak perlu membuat sebarang kesimpulan sendiri dan terus menghukum kerana tidak adil kepada pihak yang dituduh sehingga mendapat kata putus,” katanya.
Ismail Sabri berkata demikian dalam sidang akhbar ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih 2015 di Dewan C, Maeps, Serdang dekat sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai laporan WSJ kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sejumlah wang daripada 1Malaysia Development Bhd., (1MDB) melalui akaun peribadinya yang tersebar baru-baru ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.VXHNFkGR.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2015 09:48 AM | Show all posts
Editor: KuntaKinte Malaysia | Diterbitkan pada: 8 July 2015| Kategori: Semasa,Utama | 1 Comment »

Eksklusif: Nik Faisal Dakwa Ia Bukan Akaun Najib Razak


Nik Faisal Ariff Bin Nik Othman Ariff Kamil menafikan akaun-akaun yang terdapat dalam suratnya kepada Ambank merupakan akaun peribadi Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak seperti yang didakwa oleh Wall Street Journal (WSJ) semalam.

MYKMU turut mencabar WSJ menunjukkan sebarang bukti bahawa Nik Faisal bertindak bagi pihak Najib Razak. Ini kerana berdasarkan surat yang disiarkan ia langsung tidak menyebut nama Najib Razak.

Malam tadi, sumber MYKMU memberitahu, Nik Faisal telah memberi kenyataan kepada pasukan khas bahawa akaun tersebut bukan sahaja tiada kena mengena dengan Najib Razak, malah ia juga tidak membabitkan sebarang urusniaga dengan 1 Malaysia Development Berhad.

Nik Faisal kelihatan kecewa dan marah kerana perniagaan beliau, SRC International, dilibatkan dalam “pergaduhan politik” Najib Razak – Tun Mahathir.

“Ini semua akaun saya dan SRC International. Tiada kena mengena dengan Perdana Menteri mahu pun 1MDB.”

Menurut Nik Faisal kepada sumber kami, beliau dan SRC International telah keluar dari 1MDB sejak 2012 lagi dan perniagaan mereka selepas itu adalah atas kepentingan perniagaan tersendiri.

Nik Faisal juga menyatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membocorkan suratnya kepada Ambank dan akaunnya kepada umum.

Sumber kami juga memmaklumkan semalam, pasukan khas penyiasatan dakwaan penyelewengan dana 1MDB ke akaun Perdana Menteri ke rumah Nik Faisal di Shah Alam bagi mengambil beberapa dokumen yang diperlukan.

Nik Faisal telah memberi kerjasama kepada pasukan terbabit.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 10:03 AM | Show all posts
Edited by rashiman at 8-7-2015 10:06 AM
kecimpret replied at 8-7-2015 08:46 AM
ni haa saksinya..takkan tu pun x tau hadi???

saksi2 itu kenalah buktikan...
kalau bank,
kena tunjukkan penyata bank tranksaksi tersebut, pengesahan dari bank, pengesahan pemilik akaun dll.

takkan...kerana tuduhan dari akhbar PM kena berundur....
kalau macam itu, akan kerap berlaku PM kena berundur....
Tak suka PM, buat tuduhan....betul atau tak betul....belakang kira...

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 10:06 AM | Show all posts
Walaupun aku dah bengang tahap gaban dengan bijan sekarang, aku amat berharap perkara ni tak benar.
Kalau ianya terjadi, hanya nampak masa depan yg kelam untuk malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku x nmpk kat mana hj hadi sokong ameno dgn bijan pun... Dia cuma bg pandangan dia ... Xkanla ckp kena ada 2 saksi trrus sokong bijan... Dh cukup la bukti2 yg ada .. Cuma siapa berani heret bijan anak beranak keluar dr istana dorg tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.067108 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list