CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19585|Reply: 193

[Tempatan] TAUBAT SEORANG FANATIKUS KPOP – “HIDUP MEREKA TOTALLY PLASTIC!”

[Copy link]
Post time 8-7-2015 10:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by obelisk at 8-7-2015 10:05 PM



Dua tahun saya di Korea. Waktu mula-mula ke sana dulu, saya masih lagi seorang Kpop. Dan masih lagi hanyut di dalam dunia hijabista.

“What do you like about Korea?” Satu hari professor saya yang berbangsa Korea berbasa-basi dengan saya.

“Oh, I really like the music. I’m a fan of Big Bang.” Jawab saya beria-ia. Sambil tersengih macam kerang busuk. Waktu itu umur saya dalam 26 tahun.

“Really? I don’t know that. I don’t listen to the young people’s music, because I cannot understand them.” Sekali lagi saya tersengih. Rasa macam bom pulak jatuh atas kepala. Adehh..


Taubat Seorang Fanatikus KPop – “Hidup Mereka Totally Plastic!”


Empat bulan pertama, saya mula dinampakkan dengan ‘Korea yang sebenar’. Perasaan saya terhadap Korea, kalau dalam bahasa orang putihnya, mulai ‘bitter’.

Tidak dinafikan, Korea ada kemajuan dan banyak kelebihan berbanding kebanyakan negara Islam sendiri, termasuklah Malaysia. Bab keselamatan, memang superb. Bab disiplin, memang power. Pengangkutan awam mereka, sangat reliable, selesa dan menepati masa. Dan mereka amat bangga sekali dengan produk keluaran negara mereka sendiri berbanding produk dari luar. Walaupun, ianya cuma sekeping pizza.

Dan pengalaman saya sendiri sebagai satu-satunya ‘bunga’ di dalam makmal di universiti saya, saya memang amat ‘dimanjakan’ oleh oppa-oppa dan dongsaeng saya. Mereka amat suka membantu, dan bila saya nampak macam bersedih (kadang-kadang ada jugak waktu monyok sebab homesick hihi), semua orang akan ‘menyebok’. Itu, memang saya tidak nafikan.

Tetapi di sebalik semua itu, inilah satu lagi wajah Korea yang saya kenal.

‘Why you are praying? You are wasting your time. Don’t pray.”

“You can go out with me if you want. But please remove this (sambil mencubit hujung tudung saya).”

Beberapa kali, agama saya diprovok. Kalau tak sabar, memang boleh bergaduh sebenarnya duduk di Korea ni. Hihi.

Paling saya tak gemar, dari hari Isnin sampailah ke hari Jumaat, mereka akan bekerja bermati-matian. Sampai ke tengah malam buta.

“You have to stay in the lab, you cannot go home, not until our professor goes home. If he goes at 1 am, then you can go. In the mean time if you already finished with your work, you can watch movie or do whatever you like. Just, don’t go home early.” –> Budaya kerja dan budaya bodek yang agak ekstrem pada pandangan saya. Kalau balik awal akan dianggap sebagai pemalas, tak guna dan tak buat kerja. Setahun kena umpat tak habis.

Senior di makmal sebelah saya pula, dah nampak macam kura-kura sebab hari-hari asyik kena tengking dan maki dengan profesor. Mujurlah, Allah beri saya profesor yang sangat baik. Alhamdulillah.

Tiba malam Jumaat, masa untuk mereka enjoyyyyy!!! Waktu untuk minum (serta makan babi bakar; makanan kegemaran orang Korea) dan bergembira dengan kawan-kawan.

Yang lebih veteran dan ada anak bini, masuk kelab yang bercermin gelap. Layan perempuan juga mungkin. Apedehal dengan anak bini. Dah penat kerja, enjoylah pulak kan.

Lepas tengah malam, bersepah-sepah Korean yang mabuk. Membebel-bebel tak tahu butir bicara. Lembik kaki dipapah kawan-kawan. Akhirnya terlentang tidur atas jalan raya.

Hari Isnin nak ke makmal, sisa muntah bersepah-sepah. Tepi jalan. Dalam terowong. Geli!! Sampai di makmal, bau mulut sorang-sorang ya Rabbi!! Sebatu dah bau arak. Stres.

Dan jelak. Saya amat jelak sekali dengan semua itu. Mujur Allah hantar saya ke sana. Kalau tidak, mungkin sampai ke hari ini saya masih lagi hanyut. Sebagai K-popper dan hijabister tegar.

Universiti saya sendiri, memang terkenal sebagai universiti artis. Sebab universiti kami ada fakulti seni yang bagus. Jadi ramai artis yang belajar di sana.

Mungkin sekali atau dua kali setahun, akan ada mini konsert. Mujurlah, waktu itu hati saya sudah tawar dengan K-pop. Pernah juga diajak ke konsert artis Korea, tapi mujurlah Allah beri kekuatan kepada saya untuk menolak.

Entahlah. Saya jemu. Jemu dengan hidup yang sebenarnya penuh dengan ke’hipokrit’an. Totally plastik.

Bercakap pasal plastik, di fakulti saya, ada dua orang Korean yang merupakan sahabat saya sendiri yang telah melakukan pembedahan plastik. Bahkan dah jadi kebiasaan bila ibubapa hadiahkan anak mereka dengan tajaan pembedahan plastik di Korea.

Sebab dengan cantik, hidup akan jadi lebih mudah. Lebih ramai kawan. Lebih senang dapat kerja. Lebih ramai calon untuk dipilih sebagai suami atau isteri. Pendek kata bila cantik, hidup akan berubah lebih baik.

Dan tahukah anda? Boleh dikatakan 99% artis Korea yang ‘comel’ tu semuanya buat pembedahan plastik.

Bagi setiap artis Korea, paling tidak mereka memerlukan masa 1 ke 2 tahun untuk menyempurnakan diri sebelum mereka debut sebagai artis. Latihan tarian, nyanyian, lakonan dan juga pembedahan plastik. Kerana bagi mereka, entertainment is a serious business. And fast money. So everything must look perfect.

Jadi hidung yang mancung, dagu yang tirus, mata yang bulat, bibir yang mungil, itu semua sebenarnya FAKE!!

Jadi please… Mohon jangan buang masa tertipu dengan semua itu.

Lagi budaya orang Korea, mereka amat suka bergosip. Tidak kiralah samada lelaki mahupun perempuan. Boleh bayangkan tak, oppa-oppa tu semua bersidai ramai-ramai (kalau kat Malaysia ni macam makcik-makcik yang selalu mesyuarat tingkap kat tepi longkang di petang hari tu), pastu potpet potpet mengumpat. Ya Allah, buruknya rupa.. Sungguh gelimat. Dekat makmalpun jadi dorang ni.

Letih sebenarnya saya. Letih dengan semua itu. Sebab itulah saya kembali semula kepada Islam. Waktu itu mata saya betul-betul terbuka. Ceh, sebelum ni ingatkan best sangatlah Korea tu kannn..

Betapa, syukurnya saya dipilih oleh Allah dan dilahirkan sebagai seorang Islam. Alhamdulillah, syukur. Syukur saya tak perlu strive gila-gila untuk hidup semata-mata untuk diterima macam orang Korea. Tak perlu jadi cantik, pandai atau kurus.

Syukur sebab dengan Islam, kita cuma perlu jadi diri kita sendiri dan cuma perlu taat perintah Allah sahaja untuk dapat syurgaNya.

Inilah, sedikit perkongsian tentang sebahagian daripada wajah yang saya kenal. Renung-renungkanlah.

Mana yang baik datang daripada Allah. Yang buruk daripada saya. Wallahu’alam. Wassalam.

Salam sayang,
Cikbeah @CBO Studio.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Sumber : FB via terbakor.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2015 10:05 PM | Show all posts
sedapnye tetek kena sentuh artis kpop

mesti masih terngiang-ngiang sampai sekarang rasa sentuhan tangan tu kat buah dada pompuan tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu pi sana dh tau lifestyle depa mcm tu & mmg depa suka repair sana sini. Jakun sgtla tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak tak pergi sana pun dah tau diaorang plastik dik...

Hidung masing2 tajam mengalahkan kokesen.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi orang korea mengumpat memang kalah acik2 kampung bermesyuarat tingkap. Ada aja buruk orang mereka nampak. Tak sedar diri datang dari keturunan hidung pesek, mata sepet.

Lebih perasan syumul berbanding setazah2 porem.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 10:38 PM | Show all posts
plastic surgery tu tak payah citer la, semua org tau. heran dgn peel koreans suka mengumpat? abis kat msia ni bukan aktiviti masa lapang paling popular adalah menjuyah

satu jah pangai k-poppers yg baru ai tahu dan teramat scary, sasaeng. karats kat bod gosip patut sembah ratu dgn derang nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2015 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
bodek tu mmg btul. aku bukak kpop segment dkat 705. boyband laki dah mcm pmpuan cantiknya. ada sesetengah tu, muka pempuan badan lelaki. pelik cemana bbnu boleh minat.

aku cuma mencintai joo won dan bbaekga saja. other than that, aku hencap.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
K-poopers hijabistas meleis ni kan kemaruk sgt nk jd ummah korean....hantar je depa ni sume pi north korea
Duk kat negara komunis nun ..sama jah korean gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2015 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku tahu unnah k-pork mmg suka wat tariab degup jantung kencang
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 10:43 PM | Show all posts
yang penting berak x cebok dik...walaupun lap pakai tisu, tapi tetap x hygiene
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Peminat kpop di mesia kebanyakkan gemok,hitam,berkerak n pesek.. Takde plak nk ikut retis kpop mancung ,comel n cute
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
#beliabenciKpop
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 10:46 PM | Show all posts
Pasal kerja bermati-matian tu jepun pun sama. Memang hari biasa duduk lab buat kerja dari pagi sampai petang. Lunch pun makan kejap je lepas tu lari ke lab.

Kalau di west pun most of mat salleh/minah salleh hari kerja mmg hari-hari datang kerja walaupun tak payah log in. Weekend, west ke east mmg keluar makan-makan lepas tu gi pub mabuk-mabuk.

Cuma di sini, budak-budak yg belajar datang lab ikut suka hati mak bapak diaorang je.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 10:49 PM | Show all posts
sutun murtad je yg  kemaruk layan kpop...





Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 10:56 PM | Show all posts
hyie replied at 8-7-2015 10:43 PM
yang penting berak x cebok dik...walaupun lap pakai tisu, tapi tetap x hygiene

Wow... Silap lah kalau kata korean tak basuh. Dia orand lagi advance dari mulayu tau.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
ummah kpoppers hijabster ni kalo kat media social.
suka muncung2 mulut mcm diva AA. nak aje aku tegor terlebih makan sipot sedut ke dikkkk


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2015 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Jepun..korea lebih kurang sama jer
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 11:07 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 8-7-2015 10:56 PM
Wow... Silap lah kalau kata korean tak basuh. Dia orand lagi advance dari mulayu tau.

yeke? ok fine...dalam vc wondergirls bos dia berak pastu tetiba tisu dah abes, dan2 meroyan...takde pon pakai toilet bowl yang tekan button terus keluar air tapi pakai tisu pun masih dikira beristinjak kan? ke guane? off topik sudeyyy
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam sama jah kat malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah jenis berubah terus fefeeling holier than thou
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.090613 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list