CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11327|Reply: 70

[Dunia] Setahun Selepas Tragedi MH17: Memorials & bideo dokumentari pg3

[Copy link]
Post time 12-7-2015 02:07 AM | Show all posts |Read mode
Edited by dani-rox at 17-7-2015 11:18 PM

SEPANG, 11 Julai (Bernama) -- Paparan nama mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di layar skrin mengundang sebak dan linangan air mata hadirin pada upacara memperingati tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Sabtu.

Hadirin termasuk waris yang berpakaian warna suram tidak dapat menahan linangan air mata apabila senarai nama kesemua 298 penumpang dan anak kapal yang terkorban dalam tragedi pada 17 Julai 2014 itu dipaparkan menerusi layar skrin di hadapan pentas yang mengambil masa kira-kira 10 minit.

Sebelum senarai itu dipaparkan, 10 anggota Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai Pegawai Waran 1 Mohd Fauzi Mohd Ali naik ke pentas sambil membawa 10 bendera negara mangsa yang terlibat iaitu Australia; Belgium; Kanada; Jerman; United Kingdom; Indonesia; Belanda; New Zealand; Filipina selain Malaysia.

Ketika satu persatu nama mangsa dipaparkan mengikut negara masing-masing diiringi alunan muzik, selama itu jugalah waris mangsa dilihat mengesat air mata dek tidak dapat menahan kerinduan sehingga mengundang perasaan sedih kepada hadirin yang lain.

Sejurus kesemua nama mangsa dipaparkan, semua hadirin bertafakur selama seminit yang mana hadirin beragama Islam menyedekahkan bacaan al-Fatihah, manakala yang lain bertafakur mengikut cara agama masing-masing.

Kira-kira 1,000 orang hadir dalam upacara itu.

Upacara memperingati tragedi MH17 itu turut disiarkan secara langsung antaranya oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kabinet, pemimpin-pemimpin agama dan perwakilan-perwakilan asing juga hadir.

Terdahulu, satu paparan video mengenai rentetan tragedi MH17 berdurasi tiga minit disiarkan sekali gus turut mengundang rasa hiba dalam kalangan waris.

Upacara yang bermula pada 10 pagi mengambil masa kira-kira sejam, diadakan dalam suasana ringkas dan ketertiban namun penuh penghormatan.

Sebelum upacara bermula, pin ribon bermotifkan pakaian seragam MAS diedarkan kepada hadirin.

Upacara mengenang kehilangan insan tersayang itu bukan hanya dirasai oleh waris, tetapi juga Perdana Menteri apabila nada suaranya agak sayu ketika berucap.

Najib akui, beliau turut berasa hiba dengan tragedi MH17 itu kerana kehilangan seorang nenek tiri iaitu Siti Amirah Prawira Kusuma yang ketika itu dalam perjalanan ke Jogjakarta, Indonesia dari Amsterdam.

Tragedi pada 17 Julai 2014 itu mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan, termasuk 43 rakyat Malaysia.

Penerbangan MH17 itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur semasa ia ditembak jatuh di Ukraine.

Kompleks Bunga Raya KLIA juga merupakan venue penerimaan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 itu yang dijalankan secara berperingkat tahun lepas.

-- BERNAMA



Last edited by dani-rox on 21-7-2015 04:47 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2015 02:07 AM | Show all posts
"Bawa Pihak Bertanggungjawab Ke Muka Pengadilan" - Waris Mangsa MH17
Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2015 1:53 PM

SEPANG: Waris dan ahli keluarga mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 terus menaruh harapan supaya pihak bertanggungjawab mengakibatkan berlakunya insiden pada 17 Julai lalu dibawa ke muka pengadilan.

Mereka hadir pada upacara memperingati tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu.

Clement Anthonysamy Soosai berkata, penyiasatan akan memperincikan apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang harus dipertanggungjawabkan.

"Laporan akhir teknikal akan dikeluarkan, jadi kita harap ia dapat hasilkan penemuan untuk membawa mereka yang berkenaan ke muka pengadilan.

"Saya berterima kasih di atas usaha kerajaan menuntut bela nasib semua mangsa yang terkorban, termasuk adik perempuan saya," katanya yang merujuk kepada adik perempuannya, mendiang Mabel Anthonysamy Soosai yang terkorban bersama suami, Paul Rajasingam Sivagnanam dan anak lelaki, Matthew.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya pada majlis memperingati itu memberitahu, siasatan jenayah akan diteruskan sehingga akhir tahun ini, manakala laporan akhir siasatan teknikal akan dikeluarkan Oktober depan.

Bagi Madzalina Ghazalee yang merupakan kakak kepada seorang penumpang, Allahyarham Ariza Ghazalee pula berharap proses pendakwaan dapat dilakukan dengan sewajarnya.

"Sudah tentu kita berharap ia dapat menegakkan semua keadilan. Kita lihat butiran laporan siasatan teknikal yang akan dikeluarkan pada Oktober ini," katanya sambil terus berdoa mengenai arwah adik perempuannya yang terkorban dalam nahas bersama suami dan empat anaknya.

Sementara itu, isteri juruterbang Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin pula sedia menunggu siasatan jenayah dan teknikal yang dilakukan pelbagai pihak dalam dan luar negara, termasuk kerajaan selepas pengumuman yang dibuat Perdana Menteri.

"Saya memang mengharapkan keadilan untuk arwah dan kami sebagai keluarganya mahu orang yang bersalah dihukum," kata Mariyam Yusoff.

Sementara itu, bagi seorang warga Belgium, Ria Derden, kunjungannya dari negaranya untuk menghadiri upacara memperingati tragedi MH17 di Malaysia pada Sabtu sedikit sebanyak berbaloi apabila penjelasan Najib menjawab persoalan berhubung perkembangan siasatan nahas.

Anak saudara kepada seorang penumpang, Liliane Derden berkata, pemergian insan yang tersayang amat dirasai, oleh itu wajar untuk terus memperjuangkan hak mereka yang terkorban dalam nahas itu.

"Saya tiba di Malaysia semalam (Jumaat). Pada pagi ini, Perdana Menteri Malaysia sudah pun memberi penjelasan semasa mengenai siasatan.

"Sama-samalah kita berdoa supaya ada sesuatu yang positif nanti sebagaimana yang semua harapkan," katanya yang turut bercadang untuk menghadiri upacara memperingati tragedi MH17 yang bakal diadakan di Belanda pada 17 Julai ini.

Majlis memperingati ini diadakan sempena ulang tahun pertama tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lepas, yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 rakyat Malaysia.
SOURCE

*Maaf gambar2 takdak caption





































Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 02:10 AM | Show all posts
Pejam celik pejam celik dah setahun tragedi ni. Salam takziah dan alfatihah utk semua mangsa.


Pembunuh tak dapat tangkap lagi ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2015 02:12 AM | Show all posts
enchikfitz replied at 12-7-2015 02:10 AM
Pejam celik pejam celik dah setahun tragedi ni. Salam takziah dan alfatihah utk semua mangsa.

masih dlm siasatan katanya. laporan teknikal pon akan keluar bulan oktober nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 02:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih ingat semua  ni..apatah lagi keluarga dab org tersayang yg kehilanga seseorg.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 04:38 AM | Show all posts
Nice gesture, tapi in reality nyer tak akn ada closure dalam hal sebegini.
Tiada pihak yang akan conclusively ngaku that they did it; if terbukti pon depa akan kata kami tengah perang baru je An-22 lalu kat atas tu we all ingat satu lagi An-22 etc etc. Very upsetting and unsatisfactory and demoralizing.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2015 05:10 AM | Show all posts
Tacing btul...anak pilot yg kcik tu sebijik muka bpak dia...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 05:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Besar dah Abderrahman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2015 05:42 AM From the mobile phone | Show all posts
enchikfitz replied at 12-7-2015 02:10 AM
Pejam celik pejam celik dah setahun tragedi ni. Salam takziah dan alfatihah utk semua mangsa.



raya ni kan baru genap setahun, pasti mnjadi raya yg paling syahdu sebab sama lak tarikhnya
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 11:01 AM | Show all posts
hiba plk tgk gambar2 ni.. bertabahlah ahli keluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 12:15 PM | Show all posts
Sedih plak... Adui arini sedih sokmo.. Dh pa grup wsap rmai duk post psl ramadhan yg tgl 5 ari lg sedihnya mcm2 post
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 01:03 PM | Show all posts
aku terperanjat jugak baca berita semalam yg isteri kapten tak dapat apa2 pampasan dari MAS, syarikat insurance pun tak cover katanya sebab kes kematian yg macam ni.. dia cuma dapat duit SOCSO je RM80+ sehari .. n skrg berjualan ni pasar ramadan.. setahu aku, kompeni tempat aku bekerja yg non high risk macam mas ni pun, setiap kematian staff tak kira melalui kemalangan atau apa2 sebab pun waris dapat at least setahun gaji akhir staff
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 02:28 PM | Show all posts
Alahai....Abderrahman kan tu....encem...mcm ayah dia juga...

sedihhhh....bila tgk gamba2 camni
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 03:25 PM | Show all posts
setahun dulu najib dengan lantang menjerit kat tv yang pihak yang bertanggungjawab tu akan 'swiftly brought to justice'.

setahun dah berlalu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 03:45 PM | Show all posts
Saya ada jugak dengar desas desus bahawa MH370 adalah MH17...nta betul ke idak...tapi da dibuktikan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 03:57 PM | Show all posts
sendu jah thread ni...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2015 04:35 PM | Show all posts
sethn dah berlalu
Takziah
Siapa yg tk rasa sedih
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 04:37 PM | Show all posts
cutenya abderrahmannnn
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 04:41 PM | Show all posts
mesmerize replied at 12-7-2015 01:03 PM
aku terperanjat jugak baca berita semalam yg isteri kapten tak dapat apa2 pampasan dari MAS, syarika ...



biar betul.... MAS yg company besar tu pun takkan la kedekut benor tak bagi pampasan?

my colleague, husband dia meninggal due to accident, dapat saguhati 120ribu dari syarikat kami, itu belum lagi campur dengan pampasan dari syarikat husband dia kerja....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 05:05 PM | Show all posts
i baca thread ni je dah nangis..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 1.991801 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list