CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22302|Reply: 207

[Tempatan] NAMA SAYA FAIZUL RIDZUAN - Reply to ZAHRA

[Copy link]
Post time 13-7-2015 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Faizul Ridzuan
18 hrs · Edited ·
NAMA SAYA FAIZUL RIDZUAN DAN SAYA SEDIH TENGOK GRADUAN SEKARANG.


.
Salam semua. Baru-baru ni saya tengok ramai yang kongsikan kisah graduan berumur 23 tahun yang menceritakan kisah sedih beliau yang bagaimana graduan sekarang adalah umpama pengemis. Saya tak menyokong atau pun mengkritik beliau sebab saya rasa rintihan beliau adalah rintihan orang muda yang masih belum faham realiti kehidupan.
.
Memandangkan beliau berumur 23 tahun skrg, saya nak ceritakan sikit apa yang saya ada ketika berumur 23 tahun (tahun 2004) :
.
1. Saya baru graduate dari University Malaya dalam jurusan software engineering. Saya bekerja di Starbucks sejak tahun 1999 sehingga 2004 untuk mencari wang poket. Boleh lah dapat gaji RM800 hingga RM1000 sebulan, cukup untuk bayar motor skuter saya, makan minum dan duit untuk dating dgn ex-GF seminggu sekali.
.
2. Saya beli motor skuter waktu belajar guna duit saya dapat dari p/time pembancuh kopi. Itulah kenderaan rasmi saya setiap hari. Keluarga saya tak mampu nak beri saya kereta walaupun sambung bayar. Jadi Saudari Z, anda lebih bertuah dari saya. At least bapa anda mampu bagi kereta untuk anda pakai.
.
3. Waktu itu adalah zaman gawat dalam undustri IT di Malaysia. Berpuluh ribu graduan IT dan komputer sains yang dilahirkan setiap tahun tetapi pekerjaan yang ada mmg terhad. Ini disebabkan kerana dotcom bubble di USA pada tahun 2001/2002 yang menyebabkan banyak syarikat dalam industri ini tutup kedai. Kerja pertama yang saya dapat sebagai programmer, gaji yang ditawarkan cuma RM600 sebulan + penginapan disediakan.
.
4. Bayangkan, gaji pertama saya dalam indusri ini selepas belajar 4 tahun di university yang di-iktiraf lebih rendah dari gaji saya sebagai pembancuh kopi di Starbucks. Saya tak berani nak komplen pun sebab ada ramai lagi graduan yang kerja pun tiada.
.
5. Selepas setahun dalam industri IT, saya putuskan saya nak belajar berniaga sebab nak ubah nasib. Tetapi disebabkan tiada modal, saya putuskan untuk bekerja dulu dan kumpul modal. Tapi saya putuskan yang semua pekerjaan yang saya pilih mesti berikan saya ilmu dan ajaran untuk jadi seorang peniaga yang berjaya. Kesimpulannya, saya tak akan ambil apa-apa pekerjaan semata-mata kerana gaji.
.
6. Pekerjaan pertama yang saya pilih selepas buat keputusan ini, adalah sebagai jurujual kad kredit. Saya pilih pekerjaan ini kerana saya nak belajar menjual, dan teknik jualan adalah perkara asas kalau nak jadi peniaga yang berjaya. Gaji basic saya adalah RM0, sebab saya cuma dibayar komisyen 100%. Kalau saya gagal jual apa-apa, saya akan makan pasir bulan itu. Saya seumpama dicampak dalam air dan kena belajar berenang secepat mungkin sebelum mati tenggelam.
.
7. Jurujual kredit kad Ini pekerjaan yang anda tak perlukan SPM untuk diterima. Ibu saya cukup risau tapi beliau still merestui keputusan saya. Ayah saya berpendapat ini pekerjaan untuk orang yang tiada pendidikan, dan saya seumpama membuang ijazah yang saya berusaha 4.5 tahun untuk dapat. (matrikulasi dan tambahan 1 semester). Sebulan beliau tidak berbicara dgn saya sebab dia kecewa dengan pilihan saya. Ramai kawan-kawan beranggapan saya sudah hilang akal. Tiada seorang pun rakan dan ahli keluarga saya yang berikan sokongan penuh, mungkin sebab mereka risau. Cuma Ex-girlfren saya beri sokongan penuh walaupun beiiau kurang faham. (Hari ini, ex-GF dah naik pangkat jadi isteri).
Waktu itu, memang rasa seperti kita berseorangan dalam dunia yang besar.
.
8. Hari pertama saya bekerja, saya dihantar ke stesen minyak BhP di Shah Alam untuk jual kredit card kepada orang yang sedang mengisi minyak. Saya menggigil bila berjumpa prospek. Saya baca dari kertas skrip jualan saya sebab masih tak hafal. Sebelum ni hanya tahu berbicara dengan komputer, sekarang saya kena berbicara dgn manusia lain dan buat pekerjaan yang saya langsung tiada kepakaran.
.
9. Bulan pertama saya jadi jurujual, alhamdulillah saya dapat jadi top-3 dalam jualan. Saya pun terperanjat sebab saya sendiri tak sangka boleh buat dan dapat top-3 secepat ini. Saya rasa nekad saya membuang ijazah untuk cuba bidang baru buat saya lebih berusaha sebab saya nak buktikan kepada mereka yang tak sokong saya dan menghina saya yang saya boleh buat benda ni dan dapatkan pendapatan yang melebihi apa yang saya pernah dapat. Majoriti rakan-rakan seperjuangan saya pulak orang cina, dan diorang memang sangat berusaha. Jadi saya dapat belajar dari mereka macammana nak tinggikan work-ethic, tingkatkan EQ dan tingkatkan skill komunikasi saya. Saya fikir sebab niat saya elok dan nak cari duit halal, Allah SWT banyak tolong permudahkan. Alhamdulillah, pendapatan saya tak pernah kurang dari RM2000 sebulan. Ini kejayaan kecil saya yang pertama.
.
10. Selepas hampir setahun, saya ditawarkan bekerja dalam bank pula sebagai management trainee. Saya dah mahir menjual dan berbicara ( bahasa inggeris saya ada slang amerika ) , dan saya rasa pekerjaan ini berikan saya peluang yang baik untuk belajar ilmu duit dan macammana sistem perbankan kita berfungsi bila saya berniaga kelak.
.
11. Mereka hanya ambil 20 calon daripada hampir 1000 calon yang apply. Bila waktu interview ada 2 jabatan yang memilih. Saya dianggap tak layak untuk masuk ke jabatan perbankan-korporat, tetapi Pn Z di Consumer Banking pilih saya sebab saya ada attitude dan semangat yang positive. Dan masuk hari pertama, saya dapati yang majoriti dari mereka yang dipilih semunya graduan universiti luar negara, dengan keputusan yang hebat. Sekali lagi, saya bermula dari kosong dalam pekerjaan yang saya langsung tiada pengalaman atau kepakaran, dan kena bertarung dengan 19 calon lain yang lebih berkelayakan dan lebih bijak dari saya untuk dapatkan jawatan tetap selepas satu tahun. Tapi sebab saya dah ada pengalaman dan keyakinan selepas berjaya menjadi penjual kredit kad, saya positif yang saya boleh gunakan EQ saya untuk berjaya dalam bidang ini. Gaji tetap saya dalam posisi ini RM2500 sebulan.
.
12. Sebagai management trainee, memang standard la kalau kita disuruh buat kerja kuli dan kerja yang tak berapa penting. Ramai rakan-rakan saya yang hari hari waktu makan akan komplen sebab boss mereka bagi kerja yang tak penting. Saya hanya diam dan bersyukur sebab masalah-masalah ini JAUH LEBIH MUDAH berbanding dgn waktu saya jual kredit kad. Waktu jual kad kredit, kalau saya gagal jual, saya tak makan. Di sini, saya tak perlu jual apa-apa pun masih dibayar gaji penuh. Jadi attitud saya mmg sgt positif sebab bagi kerja ini sgt mudah. Saya tak pernah komplen, dan saya akan buat apa yang diminta dan saya akan tambahkan sikit lagi. ( Extra 10% effort).
.
13. Masalah? Memang ada kalau betul saya nak jadikan issue. Di dalam bidang perbankan, orang Melayu dan orang Islam adalah minoriti. Saya pernah ada rakan sekerja yang berkata “Ini bank Cina, orang melayu tak patut kerja di sini”. Tapi saya ada beratus lagi rakan sekerja berbangsa Cina yang sgt baik. Takkan sebab seorang bangsat saya nak kena salahkan seluruh bangsa dan biarkan orang bangsat ni rosakkan hari saya?
.
14. Saya juga pernah dapat 1 boss yang sentiasa mahu makan makanan tak-halal dalam lunch yang dibuat untuk jabatan. Sebab itu lunch untuk jabatan (department) saya ikut sahaja, dan saya tak perlu makan. Bila ditanya, saya cakap saya dah makan kenyang pagi tadi. Saya tak marah sebab saya seorang sahaja yang tak boleh makan benda tak halal, dan kalau majoriti yang nak makan, saya biarkan. Kita tak perlu makan. Tapi hanya boss ini sahaja yang macam tu, rakan sekerja dan boss lain semunya sgt baik dan selalu join saya makan benda halal yang boleh saya makan. Malah kalau nak diikutkan, 90% mereka akan teman saya makan benda halal sebab diorang tak kisah. Kadang-kadang saya pulak rasa bersalah sebab diorang tak boleh nak makan benda yang mereka nak makan semata-mata untuk temankan saya.
.
15. Dengan gaji RM3000 sebulan, saya boleh menyimpan lebih RM1300 sebulan sbb saya naik moto dan duduk dgn keluarga. Tak sampai setahun saya bekerja di bank dan s, saya dapat beli rumah pertama, tanpa pakai duit. Saya belajar ilmu hartanah 2 tahun sebelum beli. Rumah pertama saya beli adalah kondo di Kelana Jaya berharga RM140,000. Rumah landed? Memang tak mampu la tapi saya bersyukur sebab umur 25 tahun dah boleh beli rumah. Zaman ibu-bapa saya, jarang boleh jumpa orang boleh beli rumah sebelum umur 35 tahun. Saya masih naik motor waktu ini.
.
16. Selepas kerja 3 tahun di bank saya ditawarkan bekerja disyarikat MNC lain sebagai “Businesss Development Specialist” oleh ex-boss saya yang dulunya bekerja di bank yang sama. Beliau tgk saya boleh buat kerja, so bila ada opening di syarikat baru dan beliau perlukan pekerja yang rajin, beliau cari saya. Beliau orang Cina. Saya engaja highlight bangsa beliau sebab ramai orang komplen yang orang cina tidak akan bagi peluang pada orang Melayu. Memang ada minoriti kecil yang rasis, tapi bukan semua. Orang melayu pun ada yang macam tu kan?
.
17. Saya diinterview 4 kali sebab jawatan yang diberikan itu, biasanya untuk orang yang berumur 30 tahun ke atas. Jawatan iddle manager. Kalau saya dapat, saya akan jadi orang plg muda di seluruh asia pasifik yang memegang jawatan itu. Mereka ambil saya sebab saya cerita kisah saya dari A-Z dan mereka ambil saya sebab mereka suka attitude saya. Saya tiada pengalaman menjaga 50 orang dan buat korporat sales tetapi saya diambil sebab attitude saya betul. Gaji saya mereka naikkan dari RM3300 sebulan ke RM9000. Tak sampai 4 tahun lepas saya berkerja jual kredit kad tanpa gaji tetap. Sekarang dapat RM9000 sebulan. Saya syukur lagi banyak sebab rezeki saya Allah yang bagi.
.
18. Tahun yang sama, saya melangsungkan perkahwinan. Belanja hampir RM30,000, satu sen pun saya tak hutang. Masih naik motor tapi dah beli 4 bijik hartanah sebelum nikah.
.
19. Saya kerja di syarikat ini hampir 5 tahun, sampai gaji berbelas ribu. Gaji dah naik sampai 11 ribu, baru beli kereta RM75,000. Second hand je. Graduan sekarang? Baru gaji RM2500 dah menggelupur nak beli Honda City dan VIos.
Saya berhenti kerja tahun 2013 untuk kejar impian saya, buat bisnes konsulting hartanah pertama kat Malaysia. Saya dah puas bekerja dengan orang, saya nak berniaga sbb itu impian saya. Tinggalkan gaji berbelas ribu. Tak ramai orang yang akan ambil jalan yang saya pilih untuk bermula dari kosong bila dah ada gaji berbelas ribu, hartanah dah beli lebih dari 20 puluh.
.
20 Seminar yang saya buat memang muhibah, semua bangsa dan agama datang belajar. Saya sengaja buat seminar dalam bahasa inggeris sbb majoriti ilmu pelaburan dan informasi dalam bahasa inggeris. Saya cukup bangga sebab seminar saya 1Malaysia untuk orang yang rajin nak timba ilmu. Orang malas saya memang benci, tak kira bangsa apa.
.
21. Bila saya buka FAR Capital Sdn Bhd, sekali lagi saya diberitahu yang saya tidak akan ada orang yang sanggup bayar beribu untuk dapatkan nasihatkan pelaburan. Saya kurang bersetuju sebab hanya orang yang tak faham kepentingan masa dan kos kesilapan akan cakap fee saya mahal. Ramai client FAR Capital cakap fee saya murah sebab mereka faham kelebihan yang mereka dapat bila mereka jadi klien saya. Dan bukan susah untuk saya buat balik 5-10 kali ganda keuntungan berbanding dengan apa yang mereka bayar saya.
.
22. Masa saya sekarang bernilai beratus untuk setiap jam, dan ada yang sanggup bayar beribu sejam untuk dengar pendapat saya. Tapi peningktirafan paling besar saya dapat ialah bila saya diberi kepercayaan untuk membentangkan proposal berkaitan perumahan kepada Perdana Menteri Malaysia ( 100% tiada kaitan dgn 1MDB). Saya tak dibayar apa-apa bila saya dipanggil utk kongsikan kepakaran saya, tapi saya cuba sebaik boleh sebab bagi saya ini sgt penting. Ada cadangan yang saya bentangkan saya tgk telah diimplikasikan dalam Budget 2015. Saya bersyukur diberi peluang berbakti balik kepada negara gunakan kepakaran saya dalam bidang. Kalau saya dipanggil balik beratus kali pun saya akan buat secara PERCUMA sebab saya nak berbakti balik kepada negara saya. Saya tak perlu dibayar dan saya pun takkan minta projek sebab ini bukan saluran rezeki yang saya nak.
.
Dah berjela saya ceritakan pengalaman hidup saya. Kalau saya boleh ringkaskan pengalaman dan pendapat saya :
.
a. Kalau nak berjaya EQ kena tinggi. Banyak orang berjaya lain saya tengok bukan sebab mereka pandai, tetapi mereka punya attitud yang sangat positif dan susah nak putus asa.
.
b. Kena usaha cari ilmu. Bila ada ilmu, duit insyaAllah akan confirm datang. Fikir jangka-masa panjang.
.
c. Kena fikir international, dan english kena bagus kalau nak berjaya dalam karier atau business. Orang tak peduli kalau anda petah berpidato waktu university kalau nak jawab soalan waktu interview pun tergagap-gagap.
.
d. Jangan takut nak buat benda baru. Saya bermula sebagai programmer, leaps tu buat sales, jadi manager di bank, buat korporate sales dan sekarang berniaga. If you dont like where you are today, just move. You are not a tree.
.
e. Jangan harapkan bantuan kerajaan untuk berjaya. Paling penting kita sendiri kena usaha keras. Kena sanggup kerja sampai pagi, kena travel keluar negara bila diperlukan. Orang yang gaji berbelas ribu tak balik kerja tepat 5.30 ptg. Mereka balik lepas kerja dah siap.
.
f. Ijazah anda atau apa-apa kelulusan anda hanya permulaan. Macam bila anda masuk maraton, anda kena bayar duit untuk masuk. Ijazah anda adalah duit tu. Semua org pun ada ijazah sekrang ni, so ia takkan beri anda apa-apa kelebihan. Macammana anda habiskan maraton tu yang penting. Maraton karier anda adalah sampai umur anda 55-60 tahun. Kalau anda bermula perlahan, no problem. Gaji saya cuma RM600 bila bermula kerja, dan bila saya berenti berbelas ribu, semuanya tak sampai pun 10 tahun. So kat mana kita mula tak penting, yang penting kita postif dan usaha keras.
.
g. Semua benda boleh jadi issue kalau anda nak jadikan issue. Boss jahat, rakan sekerja minum depan anda waktu puasa pun anda akan jadikan issue. Orang nak berjaya, kena selesaikan issue besar. Kalau orang minum depan anda yang berpuasa pun anda boleh jadikan issue, maaflah saya boleh cakap sekarang anda memang susah nak berjaya sebab masalh kecil macam ni pun akan ambil banyak masa anda.
.
h. Belajar melabur dan ilmu duit. Macammana anda gunakan duit anda akan membentuk masa depan anda. Kalau saya mula pakai kereta vios tahun 2005, saya takkan dapat capai apa yang saya dapat hari ini.
.
Agak-agak korang, kalau saya putus asa waktu umur saya 23 tahun dan mengadu dan menangis teresak-esak pada TPM sekalipun, hidup saya akan berubah tak?
_______________________________________________________________
Salam semua. Tak sangka tulisan saya sudah dapat lebih 1000 share. Ada yang menyokong, dan ada yang mengecam. Paling best ada yang labelkan saya ebagai Qarun moden, riak+berlagak dan ada yang minta saya tunjukkan semua benda elok yang pernah saya buat sedangkan kita digalakkan buat kebajikan secara senyap. upset emoticon
.
Masa saya mahal dan saya tiada masa nak menjawab beratus komen anda secara individu, jadi saya rumuskan jawapan saya kepada 2 yang berikut :
.
- Kepada yang faham dan sharekan post ini untuk pelajaran orang lain, saya nak ucapkan tahniah. Sebab mentaliti kita sama. Teruskan usaha dan saya doakan kejayaan anda dunia dan akhirat. like emoticon
.
Kepada yang mengecam, menuduh dan beri beribu alasan kenapa bangsa lain / Z****/ GST / Menteri / kerajaan / penjual henfon OPPO / Yahudi / bangsa lain / Faizul Ridzuan @ Qarun / atau apa-apa alasan baru yang menyebabkan korang tidak atau kurang berjaya, saya ucapkan takziah kepada anda dan saya doakan anda berubah sebab terus terang saya tak pernah berjumpa orang yang berjaya dalam hidup tapi kuat beri alasan.
.
Selamat bersahur, subuh dan selamat berpuasa ^^

https://www.facebook.com/faizul.ridzuan.7/posts/960511043999398:0

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2015 03:09 PM | Show all posts
smash tepat ke muka zahra.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
i tengok ramai jugak orang yang marah bila kita argue si zahra ni..termasuk kawan2 kat fb i
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 03:12 PM | Show all posts
Zahra oh Zahra... Aku pon graduate undang2... tapi penah jadi Jaga 6 bulan gak lepas grad tau... Pastu keje kilang setahun... Lepas dh buat CLP, 4 tahun lepas tu baru dapat offer gomen... aku kehulu kehilir dgn motosikal je bawak kes kat Mahkamah... Fail2 aku sumbat dalam peti blakang motor tu.. Ko kurang2 ada gak kete (walaupon kete bapak ko).. lepas 5 tahun aku dgn gomen sbg DPP, aku benti.. Gaji gomen kecik.. Aku bukak firm sndri... Baru la dapat hidup mcm hari ni... Dan semua tu ambil masa kurang lebih 10 tahun lepas grad..

Ingat senang ke habis belajar terus nak keje bagus...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 03:14 PM | Show all posts
Hah ingat faizal riduan tadi...yg tu jenis nak duduk u takmau kuaq2...asik drag paper jah
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 03:16 PM | Show all posts
graduan sekarang tak tau hidup bermula dengan 'susah' manja barangkali..entah la....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2015 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman dulu lain lah dgn zaman skang.. Skang sume mahal..

Cadangan: agar PM tetapkan gaji minimum graduan starting 10k.. Baru graduan bole idop bmewah .bole beli iphone6,bole beli umah Kat Mont kiara,bole beli kete honda crv and bole berkuntum lepak kat Starbuck,instacafe utk bgossip n update status check in dgn iphone6 tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 03:19 PM | Show all posts
poyo la minah tu...masing2 punya luck..xde la smua sama...ade je plus minus...bersyukur rezeki ada kat mana2...jgn memilih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2015 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Panjannya semput adik nak baca.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 03:25 PM | Show all posts
byk songeh zahra tu ek...abis bljr trus nk gaji besau...
cuba2 la keje ....cr penglmn kje yg lain2 dulu...
penglamn ni mematagkn kita
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian..zahra oh zahra..there is no short cut to success..remember that..ijazah bkn passport ke arah hidup kaya raya ye
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 03:37 PM | Show all posts
aku percaya dunia ni dicipta secara seimbang
penghuni dunia ni ada yg kaya, senang, susah dsbnya
x semua dicipta utk jd usahawan kaya raya billionair
pasti akan ada yg jd miskin sederhana susah dsbnya

sama pekerjaan...kita rasa kita berjaya sbg doc, bisnesman, developer dll tp adakah kita bahagia dgn apa yg kita dpt dpd pekerjaan tu?
ada org hidup bahagia sbg pengutip sampah...bahagia sbg petani...bahagia sbb salesman....bahagia sbg menteri dll

so, jgn kita rasa kita berjaya dgn cara kita, kita harap org lain akan berjaya dgn cara kita jugak....
ada yg berusaha bertahun utk berjaya tp bukan rezeki dia utk berjaya

aku bkn penyokong zahra tp aku tgk ramai yg komen pasal zahra supaya jd mcm si 'pengomen' tu jgk

yg faizul pon komen dr sudut dia yg berjaya dr bawah

yg lawyer pon same....

kwn2 fb aku dok kata bersyukur la zahra ada gaji..tnya ke mana zahra guna duit gaji bla bla bla

semua nak zahra berada dlm 'kasut' masing2....

aku percaya setiap org ade inisiatif hidup masing2

ehhh ape aku membebel ni...huhuhu





Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 03:41 PM | Show all posts
Graduan sekarang (especially perempuan) baru kerja RM2500 dah nak keluar Honda City, Myvi dan kereta besar2. Walaupun bawak kereta macam pundek ayam. Then mengeluh jadi pengemis. Macam vuto. Jadi pelacur la Zahra kalau nak duit banyak kerja senang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 03:41 PM | Show all posts
lom usaha dah bersungut....hadoi....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 13-7-2015 03:37 PM
aku percaya dunia ni dicipta secara seimbang
penghuni dunia ni ada yg kaya, senang, susah dsbnya
x ...

Apakah maksud hang si zahra tu ditakdirkan boleh berjaya tanpa usaha & cukup sekadar merungut dpn TPM?
Pd aku point yg org ramai pakat cuba sampaikan adalah ijazah bkn tiket utk trus success... Tanpa usaha mimpi takkan jd kenyataan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 03:45 PM | Show all posts
yg betul2 excellent+rezeki jer yg berjaya lepas grad
kdg2 lom grad dah confirm keje gaji besau
sebilangan nye perlu melalui zmn 'gelap' tp itu semua aku rasa yg byk mematangkan mereka

huhu aku pon mula keja gaji 700 kontrak 2bln
pastu gaji 50/hari kontrak 6bln
pastu gaji 1000(plg tinggi) sbln
sampai 7thn baru dpt keja tetap

dah ini yg aku pilih so aku hargai sgt ape yg aku ada skrg nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2015 03:45 PM | Show all posts
yg betul2 excellent+rezeki jer yg berjaya lepas grad
kdg2 lom grad dah confirm keje gaji besau
sebilangan nye perlu melalui zmn 'gelap' tp itu semua aku rasa yg byk mematangkan mereka

huhu aku pon mula keja gaji 700 kontrak 2bln
pastu gaji 50/hari kontrak 6bln
pastu gaji 1000(plg tinggi) sbln
sampai 7thn baru dpt keja tetap

dah ini yg aku pilih so aku hargai sgt ape yg aku ada skrg nih
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 03:45 PM | Show all posts
uik gaji mula kerja dia sama dengan aku rm600 masa tu kakak aku kerja kilang gaji rm1100 gelak kat aku... ttapi hasil usaha sekarang dah senang... yang penting USAHA dan jangan lupa doa kat Allah permudahkan rezeki dan jgn lupa bg kat Ibu Ayah walaupun RM10.00 sebulan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 03:47 PM | Show all posts
Mary_jane replied at 13-7-2015 07:24 AM
Panjannya semput adik nak baca.

haip..jgn malas...teruskan pembacaan....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 03:50 PM | Show all posts
tightcherry replied at 13-7-2015 03:17 PM
Zaman dulu lain lah dgn zaman skang.. Skang sume mahal..

Cadangan: agar PM tetapkan gaji minimum  ...

kalo gomen tetapkan gaji minium RM10,000 sebulan, komfem la gomen pun akan naikkan cukai dan harga2 barang lain (esp Petrol) sbb gomen kata ummah sume bergaji besar
so sapa yg terseksa? kita sume lerrr
sbb rege barang turut sama naik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.075881 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list