CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19073|Reply: 196

[Tempatan] Melayu, kenapa kau nak jadi Arab?

[Copy link]
Post time 17-7-2015 12:31 AM | Show all posts |Read mode
Melayu, kenapa kau nak jadi Arab?
Noor Azam Shairi, Astro Awani | Diterbitkan pada: Julai 27, 2014 09:00 MYT


Melayu, kenapa kau nak jadi Arab?

SAMPAI habis bulan puasa saya tak jumpa jawapan kenapa apabila menjemput berbuka puasa atau bercerita bab buka puasa, ada sesetengah orang Melayu menyebutnya sebagai "iftar"? Hanya sesetengah, bukannya semua. Kenapa tidak kata "buka puasa"? Kenapa "iftar"?

Kalau segan sebut "buka puasa", kenapa tidak kata "sungkai"? "Sungkai" dalam ejaan baku atau "sung-kei" dalam sebutan lisan adalah perkataan yang juga membawa maksud "buka puasa". Ia bahasa sukuan Melayu di Sabah dan Sarawak.

Kenapa jauh-jauh sampai ke Arab mencari perkataan untuk "buka puasa"? Kenapa tidak jenguk ke Sabah dan Sarawak?

Saja tanya: Apakah lebih diterima puasa mereka yang "iftar" berbanding mereka yang "buka puasa"? Wallahu'alam.

Bagi sebuah negara yang Islamnya disekutukan dan diinstitusikan dengan Melayu serta tidak boleh lekang dengan Melayu -- bahawa Melayu itu Islam dan masuk Islam itu masuk Melayu -- kenapa "buka puasa" jadi Arab dan tidak jadi Melayu?

Sehari dua ini pula, sesetengah daripada mereka melayangkan ucapan "Eid Mubarak", bukan lagi "Selamat Hari Raya". Apa dosanya mengucapkan "Selamat Hari Raya" maka ditukar jadi "Eid Mubarak"? "Aidilfitri" pun ditukar jadi "Eidul Fitr".

Ini bukan masalah "iftar" dan "eid mubarak" sahaja. Ini masalah sejak sembahyang jadi solat, tudung jadi hijab. Sedekah yang sudah memang asal perkataan Arab itu pun tidak lagi cukup untuk mengungkapkan pemberian harta kepada orang lain maka sekarang disebut infaq.

Kata Melayu yang hendak jadi Arab: "Kalau anta senyum, itu pun sedekah tapi kalau anta beri duit, itu namanya infaq."

"Okay, bro. Tapi kenapa telekung jadi busana solat?" tanya Melayu yang bertahan cuba jadi Melayu.

Dari mana asal-usulnya semua ini sehingga Melayu hendak jadi Arab? Kenapa Melayu gila hendak jadi Arab? Kenapa NGO Melayu tak beri perhatian soal Melayu tak mahu jadi Melayu ini? Bukankah kalau Melayu jadi Arab maknanya nanti Melayu akan hilang di dunia?

Adakah ini kesan panjang sejak Ayatollah Ruhollah Khomenei pulang ke Tehran pada 1 Februari 1979 dan memulakan revolusi agung terakhir, sekaligus membuka imaginasi seluruh dunia tentang Islam dan negara Islam. Sejak itu, Tanah Melayu ini diislamkan semula selepas pengislaman pertama oleh para pedagang yang singgah di pelabuhan Melaka semasa zaman kesultanan Melayu lama.

Atau apakah mungkin sebab lidah orang Melayu sekarang lebih mengenal nasi Arab berbanding nasi minyak dan nasi tomato atau setidak-tidaknya nasi ulam?

Di satu sudut Kampung Baru, kawasan petempatan tradisional orang Melayu tidak jauh dari KLCC yang dipertahankan bermati-matian biarpun terus diasak pembangunan dan pemodenan, sekurang-kurangnya ada empat buah restoran nasi Arab berderet di sebatang jalan.

Adakah itu sebabnya? Wallahu'alam.

Kepada Melayu-Arab, eid mubarak. Kepada Melayu yang lain-lainnya, selamat hari raya.

p/s: Orang Arab Islam menyambut Aidilfitri hanya sehari. Orang Melayu yang Arab atau yang lain-lain, Aidilfitrinya tidak usahlah terhentak sampai ke Hari Raya Haji.

http://www.astroawani.com/perspe ... nak-jadi-arab-40752


bahasa jiwa bangsa   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2015 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Penyajak dari indon,gus mur pun pernah tegur awat org indo ramai nak ikut sangat arab.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2015 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
nama melayu pun nma arab. respek indon nama indon.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2015 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan setakat melayu ni kemaruk nak jd arab ,lps kes lowyat,ada dah melayu nak jadi cina pulak..mungkin depa ni malu mak pak depa orang melayu kot..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2015 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
jika orang eropah berdakwah kt tanah melayu dlu, dh lama dh melayu jdik org eropah. tapi yg dtg arab. jdk arab la..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2015 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Mia ade kacuk arab pe...rilek je mia mkn gulai tempoyak ikan patin...kihkihkih..

Kun anta
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2015 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Laaahhh..itu pun nk jd isu.sukati la org nk sebut iftar ke..buka puasa ke..breaking fast ke..hak memasing.x pernah lak trfikir puasa lebih mulia bila sebut iftar.dr duk sibuk psl nk jd arab,baik ko sibukkan anak2 muda yg sibuk nk jd omputih
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2015 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
tricomonas replied at 16-7-2015 04:42 PM
Bukan setakat melayu ni kemaruk nak jd arab ,lps kes lowyat,ada dah melayu nak jadi cina pulak..mung ...

Amboii sempat ko kan dek memalam raya neh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2015 12:50 AM | Show all posts
xda jati diri.. nasib baik aku kalis pengaruh..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2015 12:52 AM | Show all posts
remeh , petty matters , they can use latin for the word iftar if they want to. who cares really. it's just language. no big deal.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2015 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahasa diSyurga kelakpun adalah bahasa ARAB jd mengapa nk pertikaikan org Melayu gunakan bahasa Arab. Dah org Islam digalakk belajar bahasa Arab utk.memahirkan diri belajar dan baca alQuran. Kalau.nk ikutkan, debelum.pergi melancong jauh2 keluar beribu2 duit ke tmpt2 peranginperanginan, maka dimestikan seorang Islam.yg berkemampuan tu pergi mengerjakan haji krn ditakuti kalau asyek berjalan melancong sampai.lupa buat yg wajib dia akn.mati dlm.kekufuran.
Jadi kalau tahu sepatah dua elokla di prektiskan lama2 boleh tahu banyak. Kelebehan bahasa Ereb adalah kerana byk.kitab2 Ugama adalah dlm bahasa Ereb hatta ilmu duniawi seperti sains, perubatan, kajibintang adalah hasil kajian & tulisan Ulamak2 spt al Farabi,Ibnu Sinna yg beddasarkan kajian ke atas alQuran. Lalu diterjemahkan dlm penulisan berbahasa Ereb. Lalu dicuri oleh org2 kafir dari Eropah yg juga mesti mempelajari bahasa Ereb utk.mengetahui isi kandungannya. Soapa.yg peliknya bangsa lain.mempelajari bahasa Ereb. Tak macam bahasa cina selet, nk belajar dari kawan2 China pun susah nak berahsia sgt takut depa ckp cing cong cing cong org Melayu boleh paham meka dok.ngutuk Meleis. Chaus la sgt
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2015 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking replied at 17-7-2015 12:47 AM
Amboii sempat ko kan dek memalam raya neh

Mr.ghost..
Melayu nak jd cina tu jenis ikut ikutan je..hakikatnya depa kedarah nasik pakai tangan jugak..tak reti pakai chopstick pun..pas ni keluar isu lain depa jd india,kokusen ,yahudi pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2015 01:08 AM | Show all posts
eid mubarak tu sebenarnya yang betul
hari raya tu salah
kawan2 paki dan bangla aku bila nampak billboard ed mubarak, mereka akan ckp "di tempat saya, hari raya disebut mcm tu"
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2015 01:10 AM | Show all posts
TuntungReturn replied at 17-7-2015 12:43 AM
jika orang eropah berdakwah kt tanah melayu dlu, dh lama dh melayu jdik org eropah. tapi yg dtg arab ...

itulah pasal
dah menganut pun agama arab
jadila arab
makan kurma pun sunnah, sebab apa? sebab di tanah arab ada kurma, nabi makan kurma, jadila sunnah walaupun beribu batu dari tanah melayu yg takdak kurma pun ni gigihlah melayu import kurma sebab nak ikut sunnah, berjubah, makan dlm talam, makan guna tangan

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2015 01:13 AM | Show all posts
sebab kitarang cinta pada Rasulullah saw....idola kitarang tu..

jadi kita ikut la gaya hidup junjungan besar kitarang...

lu mana taw ni semua...



Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2015 01:16 AM | Show all posts
Suka hati diorang la nak cakap apa2 pun !!
Ikut arab ke, ikut mat saleh ke, ikut apa bahasa pun !!!
Org Melayu tak kisah, tt pulak yg gatei jubor.

Yang tt susah hati apa pasal ?.
If you don't like it, you can shove it inside your ass !!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2015 01:19 AM | Show all posts
Redskin replied at 17-7-2015 01:16 AM
Suka hati diorang la nak cakap apa2 pun !!
Ikut arab ke, ikut mat saleh ke, ikut apa bahasa  ...

selamat menjamu rendang khinzir  
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2015 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak lagi? Happy birthday ditukar menjadi 'Sanah Helwah'

Eid Mubarak semuaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2015 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak salahpun mempelbagaikan penguasaan bahasa..sikit2 lelama fasihla
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2015 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
As long tak berdosa takpe kot..
Lainlah beramai nk murtad ke..
Biasalah trending..sok luse normal la balik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.516208 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list