CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2993|Reply: 4

[Dunia] Edisi KPop: Penyanyi Korea, Psy Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya

[Copy link]
Post time 20-7-2015 09:45 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Korea, Psy Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya
Jul 19, 2015



PENYANYI terkenal dari Korea Selatan, Psy, telah dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah bas awam di Hangzhou, China, lapor media tempatan.

Kereta mewah jenis Rolls Royce yang dinaiki oleh pelantun lagu popular Gentleman dan Gangnam Style itu telah berlanggar dengan sebuah bas dari arah belakang kenderaan awam tersebut.





Psy atau nama sebenarnya Park Jae-Sang; bersama-sama dengan pengurus serta seorang pekerja dari China yang menaiki kenderaan itu dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut sumber, Psy dalam perjalanan dari lapangan terbang ke hotelnya sebelum keretanya yang berwarna merah itu melanggar sebuah bas dan mengakibatkan bahagian hadapan keretanya mengalami kerosakan teruk.




Walaubagaimanapun, ada sumber menyatakan Psy, 37 tahun; bersama-sama dengan dua individu yang lain itu dalam perjalanan ke sebuah parti di sana.

Psy yang mula dikenali seantero dunia melalui lagu Gangnam Style nyanyiannya itu dikatakan telah dijemput oleh sebuah kereta jenis Porsche selepas kejadian itu berlaku. – Agensi/MYNEWSHUB.CC




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2015 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Berbelit nak faham apa video nak cerita. Tebal sangat accent
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2015 10:22 AM | Show all posts
alahhh...secuit jeee accident die....hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2015 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
One hit wonder
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2015 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
One hit wonder apanya. Dia nama besar di korea sana.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.414515 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list