CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1550|Reply: 5

[Tempatan] Adakah Isle terhina lagi? Mercun dari kertas Quran?

[Copy link]
Post time 22-7-2015 08:29 PM | Show all posts |Read mode



Posting oleh Facebook Islam mendakwa kertas al-Quran lama digunakan bagi membalut mercun dari China. - Foto FAcebook Islam

KUALA LUMPUR 22 Julai: Dalam kemeriahan umat Islam menyambut hari raya, sebuah laman Facebook mendedahkan sekeping foto yang dimuat naik menunjukkan mercun yang diimport dari negara China, dipercayai mengunakan kertas daripada Al-Quran lama.

Laman Facebook ‘Islam’ itu memuat naik status yang menyebut: “Al quran lama di guna untuk membalut mercun,sudah tiba masanya umat Islam di Malaysia memulaukan barang barang dari China. Jangan beli dan main mercun.”

Status yang dimuat naik sejak 12 jam lalu telah dikongsi lebih 50 kali.

Seorang netizen, Burhanuddin Marzuki yang berkongsi status tersebut berkata: “Fikirlah dengan akal yang bijak Allah bagi tu.

“Korang rasa tauke mercun tu tau ke kertas yg di gunakan? Yang pergi beli mercun kenapa kan kerajaan dah haramkan mercun. Kalau dah haram tu haramlah. Melayu juga yang gatal nak beli mercun kemudian selak kertas mercun yang terbakar, last jumpa kononnya kertas alquran.

“Sekarang heboh korang kutiplah kertas tu satu satu kemudian bakarlah. Abu kena hanyutkan ke laut.

Manakala Dianuddin Othman pula berkata: “Jangan di beli mercun itu. Itu bukan budaya kita.”

The Rakyat Post menghubungi Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang berkata, umat Islam yang bermain mercun kemudian meyakini kertas balutan mercun itu adalah dari helaian kertas al-Quran, perlulah mengutip semula kertas yang terbakar itu dan dibuang ke sungai atau laut.

“Helaian kertas al-Quran tidak boleh dibiarkan terbakar tanpa membuang cebisan atau abunya ke sungai atau ke laut untuk melupuskannya,” ujarnya.

Sambung beliau lagi, permainan mercun sudah pun dilarang oleh kerajaan kerana ia merbahaya dan banyak berlaku kemalangan.

“Benda kalau sudah di haramkan (dilarang) tetap haram tetapi ada umat Islam degil. Tiap tahun bila tiba hari raya mereka nak main mercun atau buat mercun sendiri.

“Ada yang hilang jari, hilang mata dan kecacatan seumur hidup, itukan merugikan diri sendiri.” ujarnya.


Read more: http://bm.therakyatpost.com/viral/20...#ixzz3gbALm3gl



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2015 08:33 PM | Show all posts
Mak tak kenal tau..adakah itu kertas dari Al Quran ataupun sebaliknya. Sebab banyak juga orang bukan berugama Islam menggunakan tolisan seperti itu. Salah satunya bible arob Christian,
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
degil dot com
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 08:38 PM | Show all posts
Setuju dengan Mr Mufti.

Kalau tak kutip kertas mercun yang berkecai tu dan orang terlangkah ka atau terpijak ka macamana?

Tau tau dah bengkak jer kerandut dia.... Terpaksa plak papah dia bawak pi jumpa Haron Din......
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 08:42 PM | Show all posts
yang gatal nak main mercun kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 08:53 PM | Show all posts
cash lah sis...dah bertobat nasuha x smua2 terrorist wannabe slama nih ko duk letupkan ayat2 Koran jah sepanjang bulan Remdan....

p/s: Ummah mungkin stop main mercun kerna takut dilihat kurang isle, bukan sebab kes2 kudung dan cabut kepala pelabagai..selayaknyalah ummah3 sebegini resah dgn benda2 remeh sebegini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.188726 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list