CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1378|Reply: 6

[Tempatan] Mercun Yang Syumul Katanyerrrr

 Close [Copy link]
Post time 23-7-2015 07:50 AM | Show all posts |Read mode
Mercun dari kertas al-Quran lama?
Posting oleh Facebook Islam mendakwa kertas al-Quran lama digunakan bagi membalut mercun dari China. - Foto FAcebook Islam



[size=100%]KUALA LUMPUR 22 Julai:
Dalam kemeriahan umat Islam menyambut hari raya, sebuah laman Facebook mendedahkan sekeping foto yang dimuat naik menunjukkan mercun yang diimport dari negara China, dipercayai mengunakan kertas daripada Al-Quran lama.

Laman Facebook ‘Islam’ itu memuat naik status yang menyebut: “Al quran lama di guna untuk membalut mercun,sudah tiba masanya umat Islam di Malaysia memulaukan barang barang dari China. Jangan beli dan main mercun.”

Status yang dimuat naik sejak 12 jam lalu telah dikongsi lebih 50 kali.

Seorang netizen, Burhanuddin Marzuki yang berkongsi status tersebut berkata: “Fikirlah dengan  akal yang bijak Allah bagi tu.

“Korang rasa tauke mercun tu tau ke kertas yg di gunakan? Yang pergi beli mercun kenapa kan kerajaan dah haramkan mercun. Kalau dah haram tu haramlah. Melayu juga yang gatal nak beli mercun kemudian selak kertas mercun yang terbakar, last jumpa kononnya kertas alquran.

“Sekarang heboh korang kutiplah kertas tu satu satu kemudian bakarlah. Abu kena hanyutkan ke laut.

Manakala Dianuddin Othman pula berkata: “Jangan di beli mercun itu. Itu bukan budaya kita.”

The Rakyat Post menghubungi Mufti Perak, Tan Sri Harussani  Zakaria yang  berkata, umat Islam yang bermain mercun kemudian meyakini kertas balutan mercun itu adalah dari helaian kertas al-Quran, perlulah mengutip semula kertas yang terbakar itu dan dibuang ke sungai atau laut.

“Helaian kertas al-Quran tidak boleh dibiarkan terbakar tanpa membuang  cebisan atau abunya ke sungai atau ke laut untuk melupuskannya,” ujarnya.

Sambung beliau lagi, permainan mercun sudah pun dilarang oleh kerajaan kerana ia merbahaya dan banyak berlaku kemalangan.

“Benda kalau sudah di haramkan (dilarang)  tetap haram tetapi ada umat Islam degil. Tiap tahun bila tiba hari raya mereka  nak main mercun atau buat mercun sendiri.

“Ada yang hilang jari, hilang mata dan kecacatan seumur hidup, itukan merugikan diri sendiri.” ujarnya.



Read more: http://bm.therakyatpost.com/viral/2015/07/22/mercun-dari-kertas-al-quran-lama/#ixzz3gfRR0beL

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2015 07:58 AM | Show all posts
ahkak ghost dah bes bercoti raye..

ahkak antu cuti raye, terus sunyi bod CI dgn tajuk2 benang yg gempak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2015 08:23 AM | Show all posts
delsmomm replied at 22-7-2015 11:58 PM
ahkak ghost dah bes bercoti raye..

ahkak antu cuti raye, terus sunyi bod CI dgn tajuk2 benan ...

tulah tahun ni cuti lama.Selama hari raya delsss
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 08:23 AM | Show all posts
orang kita juga yang main mercun.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Thread ni dah ada la kak ghost
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 08:25 AM | Show all posts
GhostWalking replied at 23-7-2015 12:23 AM
tulah tahun ni cuti lama.Selama hari raya delsss

selamat ari raye gak utk kaka antu..
maap zahir batin ye..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-7-2015 08:36 AM | Show all posts
@spiderman80 momod tolong tutupkan.maap la tak perasan kata dah ada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.065266 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list