CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1795|Reply: 1

5 Waktu Terbaik Minum Air Masak

[Copy link]
Post time 23-7-2015 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Dah jadi lumrah manusia, bila haus;  mesti air yang dicarinya. Tak kiralah air tu sejuk ke, suam ke, manis  ke, semuanya boleh. Janji ianya bersih dan dapat membasahi tekak  memasing.  Tapi, sebaik-baiknya biarlah air masak yang menjadi pilihan  utama.

Kenapa air masak???
Air masak ni akan memelihara kesihatan tubuh, melancarkan sistem metabolisme tubuh serta membantu mengurangkan berat badan kita (mesti ramai yang suka "point" ni).

Sebabnya, bila air dalam badan kita mencukupi, ia sekaligus dapat membakar kalori dalam tubuh. Hah! Kan bagus tu. ;)

Fuhhhh.... memang nikmat tak terkata bila dapat air ketika ini. Begitu juga kalau tersedu mahupun tercekik, kan? Grrrr...


Minumlah Air Masak - WebMD.com

Ok lah, sekarang jom kita lihat pula bilakah 4 waktu terbaik untuk minum air masak selain ketika haus.

#1 Sebelum tidur

Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok.

Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.


#2 Bangun tidur

Minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita.  

#3 Sebelum mandi

Ada baiknya minum segelas air masak waktu ni. Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.

#4 Sebelum makan

30 minit sebelum makan, eloklah minum  dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem  penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan.  Takdelah terkejut. Huhu...


Alhamdulillah... sekarang anda dah tahu waktu yang baik untuk minum air masak, kan? Akhir kata, jangan lupa amalkannya ya!

petuasejagat


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2015 01:29 PM | Show all posts
tajuk 5 waktu terbaik..content 4 waktu jer..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.065712 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list