CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2593|Reply: 0

5 Bahaya Keringkan Pakaian di Dalam Rumah

[Copy link]
Post time 24-7-2015 05:29 PM | Show all posts |Read mode

       
Peluang membasuh pakaian bagi anda yang bekerja mungkin pada hujung minggu. Namun kadang-kadang kain yang terlalu banyak menyebabkan anda terpaksa menjemur di dalam rumah kerana tiada ruang untuk sidai kain. Cuaca juga boleh menjadi penyebab anda tidak jemur kain di luar rumah. Tetapi tahukah anda jemur kain di dalam rumah boleh berkait dengan masalah kesihatan?


        Cuba lihat beberapa alasan yang menyatakan kenapa jemur kain di dalam rumah tidak elok dari segi kesihatan...


        1. Boleh Jadi Kanser        Jika anda suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan acetaldehydes yang tinggi menjadi sebab utama penyakit kanser. Lebih elok cuba elak menjemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika anda selalu sedut udara tersebut.


        2. Pengaruh Alergi        Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menjadi bakteria. Kalau anda yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah, ya. Sebab ini salah satu faktor utama anda mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.



        3. Beracun        Pernah tak anda basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walau pun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut beri kesan buruk kepada kesihatan kepada anda tanpa disedari.


        4. Asma        Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembaban ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu alasan utama penyebab asma dan alergi.


        5. Lemahkan sistem ketahanan tubuh
        Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selesema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain.



        Jalan penyelesaiannya, anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah. Kalau tiada tempat sangat, cuci kering lagi selamat. Cuma jimat tidak begitu nak menjadilah! Semuanya di tangan anda, kalau boleh pastikan kain yang basah terdedah dengan sinaran matahari tetapi jangan secara terus. Nanti cepat pula kusam dan luntur warna kain anda.

mingguanwanita


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.052058 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list