CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8166|Reply: 8

20 Tanda Lelaki Dicintai Jin Betina

[Copy link]
Post time 26-7-2015 01:14 PM | Show all posts |Read mode


Sekadar perkongsian untuk semua. Akibat beberapa sebab seperti selalu berbuat maksiat, jin akan cepat berdamping dengan orang-orang seperti ini. Tidak hairan jika ada jin betina suka kepada lelaki yang suka buat maksiat. Apabila seseorang manusia lelaki itu dicintai jin betina maka ia ada beberapa tanda:

1) Mempunyai sikap  seperti wanita. Bagi lelaki yang mengalami keadaan ini sikap mereka akan  menjadi seperti seorang wanita. Contohnya sangat beremosi seperti pemarah,  cepat merajuk, cepat panik dan gelabah, pemalu, mudah putus asa dan  sebagainya.
2) Sangat suka  menyendiri dan tidak selesa berada dikhalayak ramai. Tanda yang boleh  diperhatikan ialah apabila anda berada dikhalayak ramai tambah pula kalau  anda menjadi tumpuan masyarakat ialah sekurang-kurangnya jari anda akan  menggeletar. Kalau yang lebih teruk anda boleh jadi menggeletar seluruh badan  dan menjadi sangat panik.
3) Suka mengelamun dan berkhayal  perkara-perkara romantik. Contohnya anda selalu membayangkan yang anda sedang  berasmara atau berkasih mesra dengan perempuan, tidak kiralah samada  perempuan tersebut anda kenal atau tidak, perempuan yang anda pernah lihat  atau perempuan yang anda cipta sendiri dalam bayangan anda.
4) Suka bersendirian ketika berjalan  terutamanya pada waktu malam.
5) Suka duduk mengelamun bersendirian  melayan perasaan di bawah bulan purnama.
6) Sering merasa  sedih, gembira, sayu atau rindu pada seseorang, tetapi anda sendiri tidak  tahu siapa orang tersebut.
7) Anda akan sangat mudah untuk jatuh  cinta pada mana-mana wanita, tidak kiralah samada wanita yang baru atau pun  telah lama kenal. Bahkan mereka yang telah dipikat oleh jin wanita juga akan  mudah jatuh cinta pada wanita yang baru sekali dipandang. Dan perasaan cinta  tersebut diikuti dengan rasa rindu yang teramat sangat.
8) Anda akan selalu didatangi oleh wanita  samada yang anda kenali atau tidak. Wanita yang sama atau berganti-ganti akan  datang pada anda ketika anda mula mahu melelapkan mata atau pun di tengah  malam, dalam keadaan anda antara tidur dan jaga. Selepas didatangi apa sahaja  kemungkinan boleh berlaku, samada sekadar bergurau senda, berasmara atau  boleh jadi lebih dari itu.
9) Anda kemungkinan akan bermimpi  didatangi dan berasmara dengan seorang wanita. Dan kalau sampai ke tahap di  mana anda dan wanita itu melakukan persetubuhan, maka ianya sangat bahaya.  Kerana ianya mungkin mimpi bagi anda tetapi baginya ia suatu perkara yang  benar-benar berlaku. Akan menjadikan jin itu ketagih dan semakin sayang  kepada anda. Dari situ jin tersebut akan terus menjaga anda dengan amat  ketat.
Dan kalau ditakdirkan dari perhubungan  itu terjadi anak, anda akan selalu termimpikan anak tersebut. Kalau dicuba  untuk memutuskan hubungan tersebut, risikonya sangat tinggi kerana akan  menyebabkan anda menghampiri atau menjadi gila. Atau anda akan melakukan  sesuatu yang di luar jangkaan disebabkan oleh tekanan angin bisa ataupun  dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.
10) Kalau melibatkan gangguan yang lebih  teruk, jin tersebut akan menjelma dihadapan anda dalam bentuk manusia. Ketika  ini anda akan merasakan bahawa betul-betul berhubungan dengannya di alam  nyata. Dalam keadaan ini, mangsa akan lebih suka menyendiri untuk bersama  kekasihnya dan akan dilihat bercakap seorang diri sedangkan pada pandangannya  ada teman yang sedang berbicara dengannya.
11) Apabila anda  bangun pagi anda dapat merasakan seolah-olah anda ditemani oleh seseorang dan  anda juga dapat merasakan seperti yang menemani anda itu adalah seorang  wanita.
12) Apabila anda bangun pagi anda  merasakan bahawa pada malamnya ada melakukan persetubuhan dengan seseorang  walaupun anda sedar bahawa anda tidur berseorangan.
13) Kemungkinan pada wajah anda akan ada  aura dan cahaya kelembutan, kesan dari jin yang mencintai dan mendampingi  anda. Masyarakat sekeliling akan menjadi lembut hati apabila memandang anda  seolah-olah mereka sedang memandang seorang wanita cantik. Dan cahaya  kelembutan itu akan bertukar kepada cahaya mendung apabila jin tersebut  menjadi marah terutamanya disebabkan oleh amalan pendinding yang diamalkan  mula memberikan kesan.
14) Sekiranya melibatkan gangguan yang  lebih teruk, kemungkinan anda akan mengalami kerasukan atau kesurupan dimana  anda dirasuk oleh jin betina yang telah jatuh cinta pada anda.
15) Anda juga akan dapat merasakan bahawa  anda sedang diekori oleh seseorang ke mana sahaja anda pergi.
16) Orang lain juga akan perasan  seolah-olah ada bayangan hitam atau seperti seorang wanita sedang menemani  anda. Tetapi apabila menghampiri bayangan hitam atau kelibat wanita tidak  kelihatan.
17) Sekiranya jin yang mencintai anda  merupakan jin yang kuat sifat cemburunya, maka anda kemungkinan akan dihalang  dari berkahwin kerana dia tidak mahu berkongsi kekasihnya dengan orang lain.
18) Sekiranya ditakdirkan anda berkahwin,  maka ia akan cuba memporak perandakan rumah tangga anda. Anda dan isteri akan  selalu bergaduh walaupun disebabkan perkara kecil. Ia akan cuba sedaya-upaya  menjadikan anda dan isteri bercerai supaya anda hanya menjadi miliknya.
19) Nafsu anda juga akan menjadi tidak  terkawal. Anda akan selalu menginginkannya tidak kira masa dan tanpa sebab  yang munasabah. Dan tidak mustahil kalau jin betina itu menjadikan isteri  anda terhalang untuk melaksanakan tugasnya supaya anda akan memuaskan nafsu  anda dengan cara yang tidak elok. Dan kemungkinan juga ia antara faktor yang  menyebabkan terjadinya keganasan seks, seperti merogol, terutamanya kalau jin  tersebut kuat seks supaya ia boleh turut serta.
20) Kalau ditakdirkan anda mendapat anak,  tak mustahil ia akan mendatangi anak tersebut seperti mana-mana cara yang  dilakukan oleh anda ketika mendatangi anak anda, terutamanya kalau anak itu  anak lelaki.
Jadi apa yang boleh saya simpulkan dalam  keseluruhan artikel ini ialah tidak mustahil berlakunya keadaan di mana jin  yang mencintai manusia, tidak kiralah jin betina mencintai manusia lelaki  atau sebaliknya. InsyaAllah dalam artikel terbaru saya akan saya kongsikan  pula dengan pembaca tanda-tanda jin jantan menyintai seorang wanita.
Adalah sebaiknya kita amalkan membaca  ayat-ayat untuk pendinding diri dari gangguan atau dipanggil ayat ruqyah  sebagai usaha yang dapat kita lakukan. Yang selebihnya kita bertawakal kepada  Allah dan memohon perlindungan-Nya dari kejahatan makhluk jin ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2015 01:18 PM | Show all posts
sekadar hiasan...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 01:54 PM | Show all posts

scary nya image nih kakak.. seram!
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Uiks

Sewammmmm nyaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 02:08 PM | Show all posts

eeeeeEEEE. tatot
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 03:42 PM | Show all posts
Stim pulak Spidey tengok gambar gadis tu. Spidey fetish vampire.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-7-2015 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
mhamirol replied at 26-7-2015 01:54 PM
scary nya image nih kakak.. seram!

Kannn... tp nmpk cm best je peluk.. haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2015 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 replied at 26-7-2015 03:42 PM
Stim pulak Spidey tengok gambar gadis tu. Spidey fetish vampire.

Amboih...


Hahaha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2015 05:26 PM | Show all posts
scarry jugak kalu terrsuka dekat bf jin betinaa....mintak dijauhkanlaa....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.081057 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list