CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4156|Reply: 55

[Tempatan] Roti Canai Tumpulkan Memori?

[Copy link]
Post time 26-7-2015 02:30 PM | Show all posts |Read mode
Roti canai tumpulkan memori?

BEBERAPA tahun lalu, seorang sahabat memberitahu penulis mengenai penuntut tahfiz sukar untuk menghafaz al-Quran jika mereka makan roti canai. Beliau bertanya sama ada penulis tahu apakah bahan dalam roti canai yang menyebabkan keadaan tersebut.

Satu daripada bahan yang dapat penulis fikirkan ialah polycyclic aromatic hydrocarbon (PAH). PAH ialah sebatian kimia terhasil apabila bahan makanan yang dipanaskan hingga hangus.

Sebatian PAH yang utama ialah anthacene, phenanthrene, tetracene, chrysene, triphenylene, pyrene, pentacene, benzo[a]pyrene, corranulene, benzo[ghi]perilene, coronene dan ovalene. Sebatian PAH adalah serupa dengan sebatian kimia terdapat pada bitumen iaitu cecair hitam pekat yang biasa digunakan sebagai bahan untuk menurap jalan.

Terdapat sebuah kajian ke atas tikus yang menunjukkan bahawa benzo[a]pyrene iaitu sejenis PAH mengganggu memori dan pembelajaran spatial (pembelajaran secara keseluruhan, bukan secara urutan). Kajian yang dimaksudkan berjudul New candidate proteins for

Benzo[a]pyrene-induced spatial learning and memory deficits’ terbit dalam The Journal of Toxicologal Sciences (2011).

Untuk pengetahuan pembaca budiman, asap rokok, kerak nasi, sate, makanan salai, makanan BBQ dan makanan yang digoreng terlalu garing mengandungi PAH.

Marjerin

Bahan kedua dalam roti canai yang mungkin boleh menumpulkan daya hafalan seseorang yang penulis fikirkan ialah marjerin! Marjerin digunakan bagi menggantikan ghee atau minyak sapi bertujuan melembutkan dan sebagai penambah perisa roti canai. Ia merupakan satu

satunya bahan yang ditelah (diteka) oleh sahabat penulis yang bercerita mengenai kaitan roti canai dan kemerosotan hafalan penuntut hafazan al-Quran.

Boleh dikatakan hampir setiap marjerin tidak mengira jenama mengandungi lemak trans. Penulis akan terangkan dahulu mengenai lemak trans sebelum menunjukkan bukti kaitan antara pengambilan lemak trans dengan kemerosotan memori dari sudut kajian sains.

Lemak trans merupakan konfigurasi terhasil daripada proses tekanan tinggi dalam penghasilan lemak terhidrogenasi. Hidrogenasi pula ialah proses penambahan atom hidrogen bagi mengubah sebatian lemak tak tepu kepada sebatian lemak tepu. Penambahan atom hidrogen pada sebatian lemak tak tepu menyingkir ikatan ganda dua yang biasa dimiliki oleh lemak tak tepu.      

Lemak tak tepu mengandungi satu atau lebih ikatan ganda dua. Lemak tak tepu mono (1 ikatan ganda dua) atau poli (2 atau lebih ikatan ganda dua) bersifat cair pada suhu bilik kerana memilki konformasi bersiku. Sebaliknya lemak tepu yang memiliki konformasi lurus pula beku. Proses hidrogenisasi bertekanan tinggi mengubah sifat lemak sayuran kepada sifat lepa susu asli pada suhu bilik. Tambahan perisa dan pewarna dilakukan bagi menarik perhatian pengguna.

Lemak tak tepu semulajadi terdiri dari konfigurasi ‘cis’ di mana kedua-dua atom hidrogen terletak pada sisi yang sama relatif ikatan ganda dua. Pada konfigurasi trans pula atom hidrogen terletak pada sisi bertentangan relatif ikatan ganda dua.

Dalam setiap proses hidrogenisasi (penambahan atom hidrogen) bukan semua ikatan ganda dua berupaya diubah kepada stuktur lemak tepu di mana sebahagian kecil produk yang dihasilkan adalah terdiri dari konfigurasi trans.

Ikatan ganda dua pada lemak-lemak sayuran semulajadi (istilah yang tepat ialah rekaan/ciptaan ALLAH SWT) samada pada lemak tak tepu atau lemak mono tak tepu biasanya terdiri dari konfigurasi cis. Namun terdapat juga lemak tak tepu dengan ikatan ganda dua konfigurasi trans pada daging, susu dan produk tenusu terhasil dari haiwan-haiwan seperti lembu, kambing biri-biri dan kambing.

Ujian memori

Sebahagian besar asid lemak yang dihasilkan oleh haiwan tersebut biasanya terdiri dari asid lemak trans karbon 18 (lemak trans C18) di mana separuh darinya adalah asid vaccenic.

Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menganggarkan jumlah pengambilan lemak trans tersebut dalam diet manusia adalah antara 15 – 20 peratus. Perbezaan ketara antara lemak trans semulajadi (ciptaan ALLAH SWT) dengan lemak trans olahan/ciptaan manusia ialah jadi segi keselamatan. Ia tidak berbahaya kepada kesihatan manusia seperti dibuktikan oleh kajian sains.  

ALLAH SWT yang Maha Bijaksana memang merekacipta bahan makanan yang sesuai dengan fisiologi manusia termasuk lemak trans terkonjukasi (conjugated) yang dihasilkan oleh haiwan ruminan yang biasa dimakan manusia.

Sebaliknya, lemak trans ciptaan manusia telah didapati dari masa ke masa menimbulkan kesan buruk pada fisiologi.      

Sebuah kajian berjudul A Fat to Forget: Trans Fat Consumption and Memory yang diterbitkan oleh PLOS ONE (Jun 2015) menunjukkan bahawa pengambilan makanan mengandungi lemak trans yang tinggi dikaitkan dengan melemahkan memori pada golongan lelaki berusia 45 dan ke bawah.

Beberapa saintis penyelidik diketuai oleh Beatrice A. Colomb, MD, PhD menilai data dari 1,018 lelaki dan wanita di mana mereka diminta menjawab soal selidik berkaitan makanan dan ujian memori yang melibatkan pengingatan perkataan. Secara purata, lelaki berusia 45 dan ke bawah berupaya mengingati 86 perkataan.

Bagaimanapun, setiap penambahan pengambilan lemak trans sebanyak 1 gram sehari menyebabkan pengingatan mereka merosot sebanyak 0.76 perkataan. Ia diterjemah sebagai kemerosotan 12 perkataan yang dapat diingati oleh golongan muda yang mengambil makanan mengandungi lemak trans pada paras paling tinggi dalam kajian berbanding dengan mereka yang tidak mengambil lemak trans sama sekali.      

Lemak terhidrogenasi

Harapan penulis ialah dengan pendedahan ini, kesan kemerosotan memori yang dialami oleh penuntut hafazan al-Quran akibat makan roti canai seperti dicerita sahabat telah terungkai. Pada masa sama, diharapkan ibu bapa yang mengharapkan kecemerlangan memori anak agar membimbing anak mereka dengan mencadangkan pengambilan makanan yang bermanfaat dan mengelakkan makanan yang menggganggu kesihatan termasuk makanan untuk kesihatan serta kecermerlangan otak.

Di Amerika Syarikat dan Singapura, kandungan lemak trans kurang daripada 0.5 gram untuk setiap hidangan boleh didakwa oleh pengeluar produk sebagai bebas lemak trans. Ia boleh menimbulkan kekeliruan kepada pengguna di mana mereka mungkin akan mengambil makanan ‘bebas’ lemak trans dan mengakibatkan mereka mengambilkan secara berlebihan.

Selain roti canai, lemak trans biasanya terdapat dalam aiskrim, biskut, kentang goreng (french fries) dan kek. Terdapat air soya diimpot dari Thailand berkemungkinan mengandungi lemak terhidrogenasi. Pada label ia hanya dinyatakan minyak kacang soya atau sawit sahaja.

Namun dari segi rasa air, kemungkinan yang ditambah ialah lemak terhidrogenasi.

Sebagai penutup penulis hairan mengapa laman web Unilever Food Solutions tidak menyenaraikan langsung kandungan pelbagai jenis lemak termasuk lemak trans yang terdapat produk marjerinnya.

http://www.sinarharian.com.my/re ... kan-memori-1.413108


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2015 02:30 PM | Show all posts
Minum la air penerang hati atau makan kismis minda lepas makan roti canai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2015 02:34 PM | Show all posts
Makanan rebus lebih bagus dari goreng atau panggang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 02:34 PM | Show all posts
kalau makan roti arab cemana?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 02:36 PM | Show all posts
Aku tak makan marjerin. Aku makan butter.
Aku tak minum low fat milk. Aku minum full cream

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 02:49 PM | Show all posts
bukan takat roti canai je..

kfc pon tahfiz x leh makan.

hanya buley makan ayam radix fried chicken..

insyawloh.. hilang was was
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2015 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku makan roti canai, sate, bbq, salai, segala mala apa yg disebut atas tu aman2 jah dpt first class honor dah kalau xreti teknik makanan yg betul ko nak salahkan makanan pulak. Jarum2 halus teroris lebih bahaya drpd jarum halus yahudi!
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 04:00 PM | Show all posts
tepung gandum dan kacang utk kuahnya highly acidic...
mmg patut kurangkan makan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2015 04:07 PM | Show all posts
Alion replied at 26-7-2015 03:45 PM
Rugi hidup jika roti canai pun tak boleh makan. Itu tak boleh ini tak boleh.



hehe bukan tak boleh.

beringat juga la.. nanti dah macam2 penyakit baru tau. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 04:18 PM | Show all posts
nak cergas telan opti beri yang dijual oleh ex mlm score A .....tak pong epal bodo dijual pitosains
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 04:22 PM | Show all posts
kucingTomey replied at 26-7-2015 04:18 PM
nak cergas telan opti beri yang dijual oleh ex mlm score A .....tak pong epal bodo dijual pitosains

air anugerah yg 10menet sekali dipromot kat tibi oleh para setad tu jangan dilupa bang kucem
tapi tatau la apa khasiatnya
lebih bertambah iman
lebih rajin gi sejid
lebih rajin ngaji
lebih rajin semayang malam mungkin


Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 04:26 PM | Show all posts
haramkan je la roti canai
makanan zionis
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 04:27 PM | Show all posts
hzln replied at 26-7-2015 04:22 PM
air anugerah yg 10menet sekali dipromot kat tibi oleh para setad tu jangan dilupa bang kucem
tapi ...

ostad air anugerah tu bukan ke ostad yag kasi rawat perubatan lumsum 5 org sekali jalan ...ayat ruqyah 5 minit setengah satu kepala 60 hengget...air mineral masuk cas +6 persen gst ..dan jugak rawatan sosolan lebih kurang sama .....??

kira begitu setakat air anugerah masuk tb kasi tipu ummah jahil apa nak heran mek selin weyy.....

sok2 ade kuar tb ketupat yang dibaca 30 juzuk al quran ...elok dimakan bersama rendang di baca ayat yasiin...supaya ummah melayu tak kedarah supa setan di hari raya

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
roti canai ni ciptaan yahudi untuk menyesatkn umat islam
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 04:46 PM | Show all posts
hzln replied at 26-7-2015 04:22 PM
air anugerah yg 10menet sekali dipromot kat tibi oleh para setad tu jangan dilupa bang kucem
tapi ...

wins sgt nie !!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 05:20 PM | Show all posts
Salu aku makan roti canai bersama setad
so setad tu dapat tawarkan kezionisan roti canai tu
so setakat lani aku xla bodo sangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2015 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
hzln replied at 26-7-2015 04:22 PM
air anugerah yg 10menet sekali dipromot kat tibi oleh para setad tu jangan dilupa bang kucem
tapi ...

Air anugerah memudahkan lelaki utk berpoligami

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 05:42 PM | Show all posts
Sebagai penutup penulis hairan mengapa laman web Unilever Food Solutions tidak menyenaraikan langsung kandungan pelbagai jenis lemak termasuk lemak trans yang terdapat produk marjerinnya.


tak cukup lengkap artikel ni, sbb tak promote produk marjerin keluaran bumiputra isle jenama sekian2 yg tidak mengandungi lemak trans, dan segala bahan2 lain yg memudaratkan kesihatan, semuanya 100% bahan organik serta diperkayakan dgn makanan2 sunnah...mari kita sokong produk keluaran bumiputra isle  
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
dh bnyk iols baham roti canai..
alhmdulillah masih ingat sifir lg..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 06:58 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 26-7-2015 03:02 PM
Aku makan roti canai, sate, bbq, salai, segala mala apa yg disebut atas tu aman2 jah dpt first class ...

Aku kat u dulUplus budak2 cina
gigeh makan maggi segala malam2 esp nak exam
maklumlah kesuntukkan masa
alhamdulillah aman2 sahaja


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.062304 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list